Cara Menggunakan Buku Interaktif di Bilik Darjah
Buku interaktif boleh digunakan dengan pelbagai cara di dalam kelas dimana buku ini diadaptasi daripada buku biasa dengan disesuaikan menggunakan visual atau teks tambahan untuk membantu pembacaan. Dengan menggunakan buku interaktif ini, pelajar akan menunjukkan minat dalam pembacaan dan meningkatkan kemahiran pemahaman mereka.
Berikut adalah beberapa cara menggunakan buku interaktif dalam pembelajaran:
1. Sebagai aktiviti berkumpulan
Buku interaktif dijadikan sebagai menggeneralisasikan kemahiran arahan langsung ke aktiviti kumpulan dimana ia menjadikan pelajar lebih aktif berinteraksi.
2. Sebagai aktiviti pengajaran
Guru boleh menggunakan buku interaktif untuk mengajar pemahaman teks dengan meminta pelajar mencari gambar, memadankan gambar dan perkataan, meningkatkan perbendaharaan kata, dan sebagainya.
3. Untuk meningkatkan kemahiran komunikasi
Beberapa buku merangkumi soalan yang meminta pelajar menjelaskan. Sebagai contoh, anda boleh melakukan komunikasi ekspresif dengan meminta pelajar menamakan item atau gambar dalam buku atau menjelaskan mengenai apa yang berlaku di dalam buku.
4. Sebagai komunikasi tambahan atau alternatif
Di samping itu, anda boleh menggunakan gambar untuk meminta pelajar menerangkan apa yang mereka lihat pada halaman buku tersebut mengikut pemahaman dan ayat mereka sendiri. Selain itu, anda boleh meminta pelajar meringkaskan atau merumuskan isi kandungan terhadap buku yang dibacanya.
Start your first discussion