Mengawal tingkah laku pelajar yang menjengkelkan merupakan diluar bidang tugas seorang guru. Untuk menangani situasi seperti itu memerlukan kemampuan untuk mengatasinya. Sebagai seorang guru, adalah tanggungjawab untuk memastikan pertumbuhan positif pelajar. Berikut merupakan beberapa strategi yang boleh digunakan:
Membuat Strategi
Antara tingkah laku yang menjengkelkan boleh melibatkan pergaduhan, tidak hormat dan tingkah laku buruk yang lain. Sifat seperti itu adalah sebahagian dari setiap orang dan ia berlaku sesekali. Sebagai orang dewasa tahu bagaimana menanganinya, tetapi tidak pada sebilangan pelajar. Untuk mengatasi semua kemarahan dan kekecewaan, anda haruslah mempunyai kesedaran dan kejelasan hati serta fikiran. Dengan fikiran yang tenang dapat mengatasi masalah berikut menggunakan beberapa strategi:
1. Fahami sebab utama
Pertama sekali, anda perlu mengetahui mengapa pelajar bersikap menjengkelkan. Elakkan dari mengambil tindakan sebelum mengetahui punca dan sebabnya. Cuba berhubung dengan ibu bapanya dan ketahui adakah mempunyai tragedi atau perubahan dalam kehidupan pelajar tersebut seperti berlakunya perceraian, kematian, masalah kesihatan dan sebagainya yang boleh menyebabkan perubahan tingkahlaku pelajar.
Dengan pemahaman yang mendalam mengenai keadaan emosi dan mental seorang pelajar, anda dapat memutuskan langkah-langkah yang boleh diambil untuk membantunya.
2. Tentukan matlamat
Anda boleh memikirkan langkah demi langkah untuk menyelesaikan masalah tersebut. Berusaha untuk merapatkan hubungan dengan pelajar tersebut kemudian fikirkan jika ada keperluan untuk memberi kaunseling psikologi, pendidikan, atau cara profesional yang lain untuk mengatasi masalah tersebut.
Mengambil Tindakan
Setelah membuat strategi, anda boleh mula mengambil tindakan untuk menguruskan pelajar tersebut dan pada masa yang sama cuba untuk membantunya.
1. Bertindak balas dengan tenang
Elakkan dari terus memarahi pelajar, kerana ia lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Anda seharusnya tenang untuk menangani masalah tersebut supaya tidak memudaratkan dan menjejaskan kredibiliti anda sebagai seoarang guru. Apabila anda menenangkan diri terlebih dahulu, anda boleh memikirkan pendekatan positif untuk menyelesaikan masalah tersebut. Pada masa yang sama, anda juga boleh memberikan contoh kepada semua pelajar.
2. Tidak suka pada kelakuan yang tidak baik, bukannya murid
Untuk membezakan antara tingkah laku dan keperibadian orang lain adalah sesuatu yang sukar. Kita lebih cenderung menilai seseorang melalui tingkah lakunya. Maka, elakkan dari pelajar ingin menjauhkan diri dari anda.
Pastikan anda memberitahu pelajar bahawa anda hanya tidak menyukai tingkah lakunya sahaja. Oleh itu, anda boleh mengatakan, “Anda seorang pelajar yang hebat, tetapi tingkah laku anda tidak boleh diterima.” Pendekatan ini dapat membantu pelajar untuk memahami bahawa mereka hanya perlu mengubah tingkah laku buruk mereka dan bukannya keseluruhan keperibadian mereka.
3. Mendengar penjelasan daripada pelajar
Memberi peluang kepada pelajar untuk menjelaskan tindakannya, sekiranya perlu terangkan kepadanya bahawa tindakan yang dilakukan adalah salah. Pendekatan ini membolehkan pelajar menilai tingkah laku yang mereka lakukan.
4. Pilih pendekatan penyelesaian masalah berbanding hukuman
Sebagai seorang guru merasakan menghukum ialah cara betul. Hukuman tidak selalunya cara yang tepat untuk menangani pelajar tersebut, sebaliknya ia akan menambahkan lagi masalah dan mendatangkan keburukan. Pelajar akan menjadi kurang hormat terhadap anda dan akan melakukan tingkah laku yang sama.
Oleh itu, tampilkan diri anda sebagai jalan penyelesaian pada mereka. Tanyakan kepada pelajar mengapa bersikap demikian dan katakan bahawa anda ada untuk mereka dan ingin menolong mereka membetulkan tabiat buruk mereka.
5. Mendengar, Hormat dan Bertindak balas
Sekiranya anda mengikut proses mendengar dan menghormati pelajar anda, untuk membuat tindak balas menjadi lebih mudah. Beri mereka idea untuk mengatasi masalah dan pada masa yang sama terangkan kepada mereka tentang tingkah laku yang buruk dan apa kesannya.
6. Membuat peraturan tatatertib di bilik darjah
Membuat senarai peraturan untuk mengatasi semua salah laku itu dan tetapkan peraturan dalam bilik darjah supaya pelajar menyedari apa yang anda harapkan dari mereka.
7. Bersikap tegas
Sesetengah pelajar yang mengganggu sukar untuk ditangani. Jadi, mendisiplinkan mereka juga memerlukan perbincangan yang lebih terperinci dan secara peribadi. Perbincangan yang tegas boleh menyedarkan pelajar tentang tindakan yang dilakukan tetapi mengikut dalam kes tertentu. Oleh itu, elakkan daripada memarahi pelajar secara terbuka kerana akan memberi kesan negatif kepada pelajar.
8. Fahami jika ada perbezaan budaya
Sekiranya ada pelajar memandang rendah ketika anda bercakap dengannya, ia ada dua makna dalam budaya yang berbeza dan anda mungkin menganggapnya tidak sopan. Oleh itu, fahami budaya pelajar anda, terutamanya jika anda mempunyai pelajar dari pelbagai budaya.
9. Membantu pelajar memupuk kemahiran sosial dan personal
Anda boleh berkongsi pengalaman, bercerita dan memberi peluang kepada pelajar untuk bercakap di dalam kelas. Kesemua ini membantu meningkatkan komunikasi, sifat perkongsian dan kemahiran lain dalam diri pelajar.
10. Memberi ganjaran kepada pelajar yang berkelakuan baik
Sebagai contoh, jika pelajar membantu menghentikan pergaduhan antara dua pelajar lain berikannya ganjaran yang bersesuaian. Ia juga merupakan contoh kepada pelajar lain yang melihatnya.
|