Cara Mengatasi Masalah Kesihatan Semasa di dalam Sekolah

Share this post

Adakah anda mengalami selesema tetapi tidak mahu mengambil cuti? Sekiranya anda seorang guru, anda pasti mempunyai rasa bersalah sekiranya mengambil cuti. Tetapi kita tahu kita tidak seharusnya, dan banyak yang mengatakan bahawa tidak baik menyebarkan kuman.

Oleh itu, jika anda telah memutuskan bahawa anda tidak mahu mengambil cuti semasa sakit ringan, maka berikut merupakan beberapa tip yang dikongsikan:

1. Tidur.
Dapatkan tidur yang awal pada malam hari kerana apabila anda merasa sakit, badan anda akan lebih lemah secara fizikal daripada biasa. Oleh itu, anda memerlukan rehat yang lebih dan cukup. 

2. Menyedut wap panas.
Tarik nafas dan menyedut wap panas untuk membantu membersihkan resdung.

3. Mengambil Vitamin.
Pengambilan vitamin adalah untuk mengelakkan anda mudah menghadapi penyakit. Oleh itu, ambil vitamin untuk kekal sihat. Pastikan anda merujuk dan meminta nasihat pakar sebelum mengambil sebarang vitamin.

4. Mengambil ubat.
Mengambil ubat seperti Paracetamol atau ubat daripada klinik dan hospital. Pastikan ubat yang diambil bersesuaian dengan situasi badan dan penyakit anda. Elakkan mengambil sebarang ubat.

5. Tenangkan diri semasa mengajar.
Ini merupakan sesuatu yang sukar dimana sebagai seorang guru, kebiasaannya ialah sentiasa bergerak semasa di dalam kelas. Oleh itu, sekiranya anda merasa sakit, maklumkan kepada pelajar supaya pelajar memahami keadaan anda. Anda boleh mengajar dengan meminta mereka membuat aktiviti seperti berikan topik untuk mereka melakukan perbincangan dalam kumpulan atau beberapa aktiviti lain yang bersesuaian. 

6. Makan dan minum.
Perkara ini perlu dijadikan keutamaan ketika sakit kerana untuk memberikan anda tenaga sepanjang hari semasa di sekolah. Jangan langkau waktu makan anda. Dapatkan sup panas atau makanan yang memberi selera kepada anda semasa waktu makan anda

7. Pembasmi kuman.
Membersihkan tangan anda dengan kerap dengan menggunakan pembersih tangan “hand sanitizer” atau mencuci tangan. Lakukannya untuk mengelakkan penyebaran kuman.

8. Menyediakan tisu.
Sentiasa menyediakan tisu di dalam bag atau menyimpan stok tisu di meja anda. 

9. Balik tepat pada waktu.
Balik ke rumah seawal yang anda boleh, dapatkan rehat yang cukup dan tidur pada waktu siang jika anda mahu.
 

Tag Guru Kesihatan Diri

Jika anda sakit ringan, apakah yang anda akan lakukan bagi mengurangkan risiko penyebaran kuman?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Loading...
Load lesson