Cara Membantu Pelajar Disleksia

Cara Membantu Pelajar Disleksia

Share this post

Disleksia adalah gangguan pembelajaran yang sangat biasa. Pelajar yang mengalami disleksia sering ketinggalan dalam kerja sekolah mereka kerana mereka memerlukan masa yang lebih lama untuk memproses teks. Walaupun penyelidikan di bidang ini kurang, ada penyelidik dan guru yang percaya bahawa menukar fon dapat memberikan pengaruh positif yang drastik terhadap perkembangan membaca pelajar yang mengalami disleksia.

Apakah itu Disleksia?

 

Disleksia adalah gangguan pembelajaran yang menyebabkan kesukaran membaca. Ia mempengaruhi kawasan otak untuk memproses bahasa, masalah dengan mengenal pasti bunyi percakapan dan berkaitan huruf dan perkataan.

Di luar akademik, disleksia juga boleh memberi kesan sosial. Pelajar yang mengalami disleksia sering menghadapi kesukaran untuk mencari kata-kata yang mereka perlukan untuk meluahkan perasaan. Mereka juga mempunyai kesukaran untuk berkomunikasi dengan rakan sebaya, guru, dan bahkan ahli keluarga mereka sendiri.

 

Berikut merupakan cara membantu pelajar disleksia:

Sangat mustahak bagi guru untuk membantu pelajar yang mengalami disleksia untuk memahami bahawa kesukaran membaca mereka bukan mencerminkan kecerdasan mereka. Pelajar ini memerlukan lebih banyak perhatian dan sokongan daripada guru. Terdapat banyak cara pelajar dapat mengatasi kesukaran membaca, namum cara mudah bagi guru untuk membantu mereka di dalam kelas adalah dengan menggunakan fon yang sesuai. Fon yang digunakan mestilah bersaiz sederhana besar, berjarak yang sesuai dan tidak bersambung-sambung. Pelajar akan mempunyai peningkatan sekiranya mereka juga berusaha untuk mencapainya.

Maka pentingnya penggunaan fon bagi mereka yang mengalami disleksia untuk mendapatkan tahap bacaan yang tinggi. Guru harus menggunakan teks yang menggunakan fon Sans Serif, khususnya Helvetica atau Arial.

Kesukaran yang dihadapi oleh mereka yang mengalami penyakit disleksia akan mempengaruhi peningkatan akademik mereka, maka menjadi tugas guru sebagai pendidik untuk membantu mereka dengan sebaik mungkin.

 

Tag Strategi Kaedah Gabungan Bunyi Kata Disleksia

Reflection

Apakah kaedah yang anda lakukan untuk membantu pelajar yang mengalami disleksia?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Apakah fon yang tidak sesuai digunakan bagi membantu pelajar disleksia?

Terangkan secara ringkas, bagaimana membantu pelajar yang mengalami disleksia seperti yang telah dikongsikan?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Loading...
Load lesson