Cara Bina Kuiz Menggunakan Telegram
Pelbagai aplikasi yang boleh digunakan untuk membuat kuiz selain daripada Microsoft Word. Telegram juga merupakan salah satu aplikasi yang digunakan. Berikut merupakan cara bagaimana membuat kuiz menggunakan Telegram:
Langkah-langkah:
- Buka aplikasi Telegram yang berada di dalam telefon pintar atau komputer.
- Kemudian, pada ruangan carian di Telegram, taip Quizbot dan tekan Quizbot yang bertanda.
- Seterusnya, pada ruangan ‘write a message’, taip ‘Start’ dan hantar. Kemudian pilih ‘Create New Quiz’.
- Tuliskan tajuk kuiz berkenaan topik yang ingin diberikan dan hantar.
- Seterusnya, tuliskan arahan untuk kuiz tersebut dan hantar.
- Tekan ‘Create a question’
- Masukkan maklumat seperti yang diminta, seperti masukkan soalan dan pilihan jawapan. Pastikan tanda pada pilihan jawapan yang betul. Setelah selesai, tekan ‘Create’.
- Sekiranya ingin menambah soalan, ulang langkah 6 dan 7.
- Setelah selesai membuat soalan, tekan ‘Done’ atau taip ‘Done’ pada ruang mesej.
- Kemudian pilih selang masa bagi setiap soalan dan pilih sama ada soalan yang akan dikeluarkan tersusun ataupun secara rombak.
- Setelah selesai, salin link yang diberikan dan agihkan kepada pelajar.
- Sekiranya ingin menghantar kuiz secara automatik, klik kanan pada tetikus dan pilih kumpulan kelas yang ingin diberikan. Kemudian, klik kanan pada tetikus di ikon hantar dan pilih ‘Schedule Message’.
- Masukkan tarikh dan masa, bilakah kuiz akan dihantar. Kemudian tekan ‘Schedule’.
- Sekiranya ingin membuat semakan schedule message, tekan ikon kalender yang berada di paparan kumpulan kelas. Maka akan terdapat mesej yang dijadualkan tersimpan.
0 Discussions
Start your first discussion
Loading...
Load Discussions