Bina Grafik Menarik untuk Blog Guru

Bina Grafik Menarik untuk Blog Guru

Anda sibuk. Sukar untuk untuk mengendalikan blog apabila anda terpaksa antara merancang pengajaran dan memberi markah kepada pelajar. Jadi mengapa tidak berikan masa untuk membina grafik yang terbaik untuk blog guru anda?

Kenyataan yang tidak boleh disangkal, grafik yang baik perlu diambil kira. Manusia lebih memahami maklumat visual dengan cepat berbanding maklumat lain. 

Ini merupakan beberapa fakta tentang penglibatan dengan grafik yang baik:

  • Memuat naik gambar akan menarik 180% lebih penglibatan
  • Penonton meluangkan 100% lebih masa dengan laman web yang mempunyai video.
  • Kebarangkalian penonton untuk membeli produk selepas menonton video produk adalah sebanyak 85%.

Jadi dari manakah ingin bermula? Bagaimanakah anda ingin membuat blog anda lebih menarik secara visual dan menarik ramai penonton ke blog anda?

 

Elemen Grafik yang Baik.

1.   Konsisten

Blog anda mestilah konsisten. Ini bermaksud anda perlulah memilih warna tema, jenis tulisan dan keseimbangan gambar dengan tulisan di keseluruhan blog anda. Apabila memilih warna, mulakan dengan memilih warna primer dan warna sekunder. Contohnya, pilih warna biru sebagai warna primer dan hijau sebagai warna sekunder Maknanya anda akan gunakan biru untuk tajuk, latar belakang dan sebagainya yang melibatkan bahagian besar warna. Manakala hijau adalah untuk subtopik dan bahagian kecil yang lain. 

Pemilihan tulisan juga perlulah konsisten. Di antara gambar, padankan warna tulisan dengan warna yang terdapat dalam dalam gambar untuk meningkatkan penglihatan visual. 

 

2.   Keseimbangan

Gambar sepatutnya seimbang dengan ayat di dalam blog anda. Contohnya, anda pasti tidak mahu hanya 1 gambar dalam catatan blog yang mengandungi 2, 000 patah perkataan. Jika anda inginkan keseimbangan, sediakan gambar bersebelahan dengan ayat di dalam catatan blog.

 

3.   Kebolehkongsian (shareability)

Jika matlamat anda adalah untuk menarik lebih banyak trafik di blog anda, anda perlu pastikan yang blog anda mempunyai grafik yang boleh dikongsi sebanyak mungkin. Ini bermaksud dengan menggunakan gambar berkualiti tinggi dan menarik perasaan penonton, tambahkan video dan kaitkan dengan link yang menarik. 

Contohnya dari Inspirational Quote Tumblr Graphic bukan sahaja boleh dikongsi bukan kerana gambarnya yang menarik tetapi kebanyakan penonton dapat merasai mesej yang hendak disampaikan.

 

Tips Blog Guru

1.   Reka Logo Blog

Sediakan nama dan tagline di blog anda. Pastikan ia menarik dan profesional. 

 

 

2.   Sediakan Tayangan Slaid (Slideshow)

Mata penonton lebih terarah kepada gambar dan pergerakan. Sediakan slideshow yang boleh menyampaikan mesej penting kepada penonton.

 

3.   Sekurang-kurangnya Satu Gambar Satu Entri

Anda pasti tidak mahu terlalu banyak perkataan dan terlalu banyak gambar. Cuba amalkan untuk masukkan satu gambar dan satu catatan (Entri) atau satu perenggan yang panjang dengan satu gambar. 

 

4.   Pastikan Grafik Anda Konsisten

  • Warna tema: Guna warna yang sama di keseluruhan blog
  • Nisbah Tulisan-Gambar: Pastikan seimbang
  • Kekerapan Gambar: Sekurangnya satu setiap entri

 

 

5.   Tips Ringkas: Gabungkan Gambar yang Menyerlah dengan Perkataan +  Garisan

Gambar yang digunakan haruslah menarik perhatian. Pilih gambar yang boleh menyampaikan mesej anda dan menyerikan tema blog anda.

 

6.   Susunkan sumber dengan label

Gunakan label untuk memudahkan pencarian di dalam blog guru anda. Ada guru yang mempunyai perancangan PdP, maklumat tambahan dan alat bantu mengajar untuk dikongsi bersama guru lain. Jadi, label memainkan peranan penting untuk menyusun post anda mengikut kategori. Anda boleh gunakan ikon folder seperti di bawah untuk memudahkan anda menyusun post anda. 


 

 

 

 


Reference:

 

 

Share this post
avatar
you need to be logged in to text your discussion
0 Discussions

Start your first discussion

Loading...
Load Discussions
Loading...
Load lesson