Bacaan dan Pemahaman Murid Tahun 6 Melalui Teknik KWLH

Bacaan dan Pemahaman Murid Tahun 6 Melalui Teknik KWLH

Share this post

TEKNIK KWLH 

KWLH adalah pendekkan atau akronim perkataan Bahasa Inggeris iaitu Know, Want, Learned dan How. KWLH berfungsi menjana pemikiran yang aktif dan kritis ketika membaca. Tujuannya ialah untuk mendapatkan maklumat yang bertepatan dengan kehendak pembaca disamping mengali maklumat lain yang berkaitan. KWLH juga ialah satu teknik membaca yang kritis kerana murid dapat meninjau apa yang mereka sudah ketahui, apa yang sudah mereka pelajari selepas membaca dan bagaimana maklumat tambahan yang ingin murid ketahui dapat mereka pelajari.

 

KWLH bermaksud seperti berikut:

K (Know): Apa yang sudah murid ketahui sebelum membaca, murid perlu membuat catatan mengenai pengetahuan sedia ada tentang tajuk atau topic bahan bacaan.

W (What): Apa yang hendak murid ketahui sebelum membaca teks yang diberikan. Murid dikehendaki membuat catatan apa yang murid ingin ketahui tentang tajuk atau topikbahan bacaan.

L (Learned): Apa yang murid ketahui selepas membaca. Murid perlu membuat catatan isi penting daripada tajuk atau topic yang dibaca.

H (How): Bagaimana murid untuk mendapatkan maklumat tambahan untuk bacaan seterusnya. Murid perlu membuat catatan bagaimana untuk mendapatkan maklumat tambahan selepas membaca petikan teks atau tajuk yang berkaitan tersebut.

Secara umumnya, teknik KLWH yang digunakan  untuk bacaan dan pemahaman adalah satu teknik membaca yang tergolong pada kemahiran berfikir aras tinggi iaitu menjana pemikiran murid dan kritis semasa membaca.

 

Jadual berikut adalah contoh penerapan proses menggunakan teknik KWLH untuk bacaan dan pemahaman.

 

download.png

 

DISCLAIMER: Teknik KLWH untuk PdP Bacaan dan Pemahaman dibawah ini boleh diguna pakai oleh pelbagai Mata Pelajaran Bahasa mengikut kesesuaian dan kebolehan murid.

 

CONTOH BACAAN PEMAHAMAN MENGGUNAKAN TEKNIK KWLH UNTUK MURID KELAS TAHUN 6

TAJUK PETIKAN: KESIHATAN MENTAL DAN EMOSI

MASA: 60 MINIT

OBJEKTIF STANDARD PEMBELAJARAN:

Semasa & pada akhir pelajaran, diharap murid-murid dapat:

  1. Membaca dengan lancar dan sebutan serta intonasi yang betul.
  2. Mengenal pasti isi-isi penting yang terdapat dalam petikan dan menyusun dalam bentuk grafik.
  3. Membina ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung yang sesuai.
  4. Membentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas dengan baik dan jelas.

Kemahiran Bahasa : Mendengar dan bertutur, membaca dan memahami, serta menulis.

Sistem Bahasa : Sintaksis : ayat majmuk

Bahan sumber P&P : Petikan teks, borang grafik (carta) KWLH, slaid powerpoint

Pengetahuan sedia ada: Murid pernah dibawa melawat ke Pameran Hari Kesihatan Sedunia  dan menyaksikan pelbagai jenis pameran dan poster berkaitan kesihatan mental dan emosi.

 

 

LANGKAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)

Set Induksi (5 minit):

 

1. Murid-murid menonton slaid gambar tentang contoh-contoh berkaitan jenis-jenis penyakit kesihatan dan mental seperti pandemik corona virus-19, sakit mental, penyakit stres dan depresi serta gangguan tidur.

2. Guru bersoal jawab dengan murid.

  • Apakah jenis-jenis penyakit kesihatan dan mental yang disaksikan di skrin?
  • Mengapa penyakit kesihatan dan mental berlaku?
  • Pernahkah kamu mengalami stres?
  • Bagaimana kamu mengatasi penyakit kesihatan dan mental?
  • Apa akan berlaku sekiranya penyakit kesihatan dan mental tidak di atasi dengan segera?
3. Jawapan murid dikaitkan dengan tajuk yang hendak diajar.

 

Langkah 1 (15 minit)

  1. Murid dibahagikan kepada lima orang satu kumpulan dan diedarkan petikan bertajuk “Kesihatan Mental dan Emosi”.  Murid diminta membaca senyap.
  2. Murid berbincang berdasarkan petikan.
  3. Murid mengisi borang KWLH
  4. Murid dikehendaki mengisi ruangan ‘K’, iaitu apa yang anda ketahui.
  5. Murid-murid dan guru berbincang tentang isi ruangan ‘K’.
  6. Murid diminta untuk melengkapkan ruangan ‘W’, iaitu apa yang ingin diketahui.
  7. Murid-murid dan guru berbincang tentang isi ruangan ‘W’
  8. Murid diminta untuk mengisi ruangan ‘L’, iaitu apa yang anda pelajari berdasarkan petikan.
  9. Guru berbincang dan meminta murid-murid mengenal pasti perkara-perkara dalam ruangan ‘W’, membandingkannya dengan ruangan ‘L’.
 

Murid diminta melengkapkan ruangan ‘H’, iaitu apa yang anda ingin tahu.

 

Langkah 2 (10 minit)

1. Beberapa orang murid diminta untuk membacakan petikan dengan sebutan dan  intonasi yang betul.

2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang petikan.

  • Kenapakah pelbagai jenis penyakit kesihatan mental dan emosi kerap berlaku kepada seseorang ?
  • Selain daripada depresi dan stres, apakah penyakit emosi dan mental yang lain yang terdapat dalam petikan teks tersebut?
  • Pada pendapat kamu, bagaimanakah cara untuk memastikan penyakit kesihatan mental dan emosi tidak berlaku. 
  • Beri pendapat kamu. Mengapakah murid kini selalu menghadapi stres dalam kelas?
 

Langkah 3 (10 minit)

1. Murid-murid dikehendaki menulis kata nama yang terdapat dalam petikan.

2. Murid diminta mengumpul dan mengkelaskan kata nama yang terdapat dalam petikan dalam borang grafik (peta minda digunakan).

3. Murid diminta membina ayat tunggal daripada kata nama yang berikut:

  • Stres
  • Depresi
  • Emosi
  • Mental
  • Kesihatan
 

Langkah 4 (15 minit)

  1. Murid diedarkan kad tugasan.
  2. Ketua kumpulan mengagihkan tugas, setiap ahli mengumpul maklumat berkaitan dengan tajuk tugasan.
  3. Setiap kumpulan diminta menghasilkan poster berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada perbincangan dan pengalaman setiap ahli kumpulan.
  4. Ketua atau wakil dari setiap kumpulan membentangkan poster yang sudah siap di hadapan kelas.

Guru akan membuat penilaian terhadap pembentangan dan poster yang dihasilkan.

 

Penutup (5 minit)

1. Murid membuat rumusan tentang tajuk pelajaran dengan bantuan guru.

Guru membuat rumusan tentang jenis-jenis dan kesan yang dihadapi jika penyakit kesihatan dan mental tidak dihalangi.

 

Refleksi Guru:

(Dipetik dan diubahsuai daripada buku Tuan Jah (2011). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.)

 

 

 

Rujukan: 

  1. Mesyuarat Pengurusan Profesional IPGM KPM Bil 1/ppt download slideplayer.info
  2. Apakah Itu Teknik KWLH? tjw99.blogspot.com
  3. Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu, Tuan Jah Tuan Yusof, Penerbitan Multimedia, 2011

 

 

Tag Sekolah Rendah Bacaan dan Pemahaman

Reflection

Bagaimana anda memudahkan murid anda memahami petikan teks bacaan melalui teknik KWLH?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Senaraikan teknik KWLH yang digunakan dalam bacaan dan pemahaman yang anda ketahui?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Berapakah langkah yang terdapat dalam teknik KWLH seperti yang dikongsikan ini?

Huraikan secara ringkas teknik KWLH untuk mengajar bacaan dan pemahaman yang telah dikongsikan.

This field is required

The text is too short

The text is too long

Loading...
Load lesson