Alat Kecerdasan Buatan (AI) dalam Pengajaran

Alat Kecerdasan Buatan (AI) dalam Pengajaran

Dalam era pendidikan yang semakin memperkenalkan AI, guru perlu memahami dan menguasai kemahiran dalam memanfaatkan teknologi ini. Terdapat pelbagai aplikasi AI yang berguna bagi guru, di antaranya:

 

1. Penyuntingan Gambar dan Media:
Dengan bantuan AI, guru dapat dengan mudah mencipta poster dan bahan media yang menarik. Melalui fungsi AI, guru hanya perlu memberikan penerangan berkenaan gaya, warna, tajuk, dan jenis media yang diinginkan. Setelah itu, AI akan mencadangkan beberapa reka bentuk yang sesuai, yang kemudian boleh disunting dan disesuaikan mengikut keperluan. Laman web seperti Canva (dengan fungsi Magic Design), Design.ai, dan Microsoft Designer menyediakan kemudahan ini.

 

2. Pembuatan Slaid
AI membuatkan proses pembuatan slaid menjadi lebih mudah. Guru hanya perlu memasukkan tajuk, ton, dan gaya yang diinginkan, dan AI akan mencadangkan kandungan serta reka bentuk yang sesuai dengan parameter yang telah ditetapkan. Guru boleh mencipta slaid yang menarik dengan mudah melalui laman web seperti Gamma.app dan slidesgo.

 

3. Alat Penyelidikan
Salah satu kebimbangan yang timbul dalam penggunaan AI adalah kepastian berkaitan dengan rujukan dan kandungan yang diberikan. Namun, dengan penggunaan perplexity.ai, chatbot ini dilengkapi dengan rujukan. Ini membolehkan pengguna memeriksa semula jawapan berdasarkan sumber rujukan yang diberikan, meningkatkan tahap ketepatan dan kepercayaan.

 

4. Alat Tatabahasa dan Penyelarasan Ayat
Dalam menyusun tugasan dalam bahasa Inggeris, guru mungkin memerlukan bantuan dalam mengenal pasti kesalahan tatabahasa, struktur ayat, atau untuk menyelaraskan ayat-ayat agar lebih berkualiti. Quillbot AI adalah laman web yang membantu guru menyempurnakan ayat tanpa mengubah makna asalnya, memudahkan proses penyelarasan dan peningkatan kualiti kerja yang dihasilkan.

Share this post
avatar
you need to be logged in to text your discussion
0 Discussions

Start your first discussion

Loading...
Load Discussions
Loading...
Load lesson