Aktiviti Bersoal Jawab Melibatkan Semua Pelajar

Aktiviti Bersoal Jawab Melibatkan Semua Pelajar

Adakah anda pernah mendapati bahawa soal jawab di dalam kelas cenderung melibatkan pelajar yang sama dan pelajar reaktif hanya mendiamkan diri? Atau sekiranya anda memanggil nama, pelajar hanya memandang ke bawah dan mengelak bertentangan mata dengan anda? Maka, berikut merupakan kaedah alternatif yang menyeronokkan dan dapat menarik perhatian mereka.

Sekiranya anda mempunyai bola lembut, bag kacang dan sebagainya, bawa satu biji ke dalam kelas dan namakan sebagai "bola soalan" atau sesuatu nama lain yang lebih kreatif.

Konsepnya mudah. Anda boleh mengemukakan soalan kemudian melemparkan bola kepada mana-mana pelajar pilihan anda untuk menjawab. Kaedah ini menjadikan setiap pelajar akan sentiasa berwaspada dan bersedia sekiranya bola menuju ke arah mereka. Bergantung pada aktiviti tersebut, pelajar boleh melemparkannya kembali kepada anda dan lemparkan semula kepada orang lain, atau sebaliknya mereka akan menjawab soalan dan boleh mengemukakan soalan lain kemudian melontarkannya kepada pelajar seterusnya. Ini boleh mewujudkan rantai soalan yang menyeronokkan.

Selain itu, anda juga boleh meminta semua pelajar berdiri semasa anda mengemukakan solan dan kemudian meminta mereka duduk setelah menjawab untuk mengelakkan orang yang sama menjawab soalan.

Namun, untuk melakukan aktiviti ini, anda harus menetapkan beberapa peraturan asas terlebih dahulu. Dimana, mereka tidak boleh melemparkan bola terlalu kuat dan harus dilemparkan dengan rendah supaya tidak terkena lampu di syiling, memadai tinggi atas kepala. Jika ada yang terdapat pelajar melemparkannya dengan sengaja, maka beri amaran, denda pelajar tersebut atau menghentikan aktiviti ini dalam kelas.
 

Share this post
avatar
you need to be logged in to text your discussion
0 Discussions

Start your first discussion

Loading...
Load Discussions
Loading...
Load lesson