Akronim & Teknik: Cuaca dan Iklim di Malaysia

Akronim & Teknik: Cuaca dan Iklim di Malaysia

Share this post

Dalam tajuk Cuaca dan Iklim di Malaysia ini, guru disarankan untuk menggunakan video dan gambar bagi menjelaskan dengan lebih tepat dan memudahkan pelajar memahaminya. Guru boleh juga mencadangkan kata kunci yang ringkas dan menggunakan akronim untuk memudahkan proses hafalan dan mengingati maklumat yang diberikan. 

 

Jenis dan ciri iklim di Malaysia

Iklim – Purata suhu, hujan, tekanan udara dan angin sesuatu tempat selama 30 tahun

 
  • Kata kunci yang boleh digunakan adalah suhu, hujan, tekanan udara dan angin. 
  • Guru bolehlah menggunakan peta minda untuk memudahkan PdP Geografi. 
 

 

 

1.   Suhu

 
  • Pengisian formula diperlukan untuk suhu.
  • Gunakan kata kunci suhu tinggi dan 27ºC.
 
 
  • Suhu tinggi dan hampir sekata sepanjang tahun
  • Minimum suhu tahunan tinggi ialah 27ºC.
  • Julat suhu tahunan kecil, ialah dari 1ºC hingga 3ºC
  • Julat suhu harian besar, ialah dari 5ºC hingga 10ºC bagi stesen yang berhampiran pantai dan 8ºC hingga 12ºC bagi stesen yang berada di pedalaman
 

2.   Hujan

 
  • Untuk hujan, gunakan kata kunci seperti hujan sepanjang tahun, 2, 600 mm, tidak sekata, hujan perolakan dan hujan bukit.
  • Tunjukkan gambar atau video bagi memudahkan pelajar memahami hujan perolakan dan hujan bukit. 
 
  • Negara kita menerima hujan sepanjang tahun
  • Jumlah hujan tahunan di Malaysia adalah kira-kira 2,600 mm
  • Taburan hujan adalah tidak sekata kerana ianya dipengaruhi oleh bentuk muka bumi dan tiupan angin monsun
  • Hujan maksimum diterima semasa peralihan monsun, iaitu pada hujung bulan Mac hingga awal Mei dan Oktober hingga pertengahan November.


 
  • Hujan perolakan
 
 
  • Hujan bukit
 
 

3.   Angin

 
  • Dalam tajuk ini, guru bolehlah ringkaskan beberapa perkataan untuk memudahkan PdP. 
    • Terdapat 3 perkara utama: angin monsun, angin sumatera dan angin tempatan. 
    • Angin Monsun: timur laut (Nov-Mac) dan barat daya (Mei-September)
    • Angin Sumatera: April-Mei dan Sept-Okt
    • Angin Tempatan: Bayu laut (laut ke darat-siang) dan bayu darat (darat ke laut-malam)
 
  • Angin Monsun
    • Timur laut
  • Bertiup dari awal bulan November hingga Mac
  • Bermula dari kawasan pedalaman benua asia hingga merentasi Laut China Selatan dan sampai di Malaysia sebagai angin Monsun Timur Laut
  • Membawa hujan lebat ke pantai timur Semenanjung Malaysia, kawasan barat Sarawak serta pantai utara dan timur Sabah
 
  • Barat daya
 
  • Bertiup dari pertengahan bulan Mei hingga akhir bulan September
  • Berasal dari Benua Australia 
  • Bertiup merentasi Lautan Hindi dan sampai di Malaysia sebagai angin Monsun Barat Daya
  • Membawa hujan yang sederhana lebat ke Malaysia kerana dihalang oleh tanah tinggi di Sumatera.
 
  • Angin Sumatera
  • Bertiup dari bulan April hingga Mei dan juga pada bulan September hingga Oktober
  • Berasal dari sumatera dan dikenali sebagai ‘skual’
  • Bertiup dengan kencang secara tiba-tba pada waktu malam hingga subuh ke pantai barat Semenanjung Malaysia, terutamanya dari Pelabuhan Klang hingga ke Johor Bahru
  • Membawa hujan lebat yang disertai oleh kilat dan petir
 
  • Angin Tempatan
    • Bayu laut
 
  • Hanya berlaku pada waktu siang
  • Terjadi apabila tekanan udara di permukaan laut tinggi daripada di daratan
  • Udara akan bergerak dari laut ke daratan
 
  • Bayu darat
 
  • Hanya berlaku pada waktu malam
  • Terjadi apabila tekanan udara di permukaan laut rendah daripada di daratan
  • Udara akan bergerak dari daratan ke laut

 

 

 

Rujukan:

  • Bank Soalan (Geografi Tingkatan 2)

https://banksoalan.online/

  • Buku Teks Geografi Tingkatan 2 KSSM

 

Tag Suhu Angin Hujan

Reflection

Pada pendapat anda, bagaimanakah ciri iklim di Malaysia?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Apakah perbezaan bayu laut dan bayu darat?

This field is required

The text is too short

The text is too long

Yang manakah yang benar tentang bayu laut?

Loading...
Load lesson