Akronim & Teknik: Alat Telekomunikasi di Malaysia
Alat Telekomunikasi – perkataan telekomunikasi berasal daripada perkataan Greek. ‘Tele’ bermaksud sangat jauh manakala komunikasi merupakan proses untuk menghantar informasi. Dalam tajuk ini, guru boleh menggunakan gambar atau menggunakan akronim bagi memudahkan pelajar untuk menghafal jenis-jenis alat telekomunikasi. Akronim adalah merupakan singkatan yang telah dibentuk dengan menggunakan komponen-komponen satu frasa atau nama. (Menggunakan akronim TTMMTT atau 2T2M2T)
Pada tahun 1876, pihak British telah memperkenalkan alat telekomunikasi ini bertujuan untuk memudahkan urusan pentadbiran di Tanah Melayu
Pada tahun 1891, masyarakat di Tanah Melayu mula menggunakan telefon talian tetap dan ianya menjadi sangat penting kerana permintaan meningkat dengan ketara.
Jaringan teleprinter mirip dengan jaringan telefon yang berfungsi sebagai pengirim pesanan dalam bentuk teks.
Alat ini digunakan untuk memindahkan salinan dokumen menggunakan mesin faks yang disambungkan dengan rangkaian telefon.
Dikenali juga sebagai telefon selular atau telefon tanpa wayar. Alat ini mula dipekenalkan di Malaysia pada tahun 1980-an
Telefon pintar merangkumi perisian komputer GPS, kamera digital, bluetooth, Internet dan juga aplikasi media sosial.
Rujukan:
|
Start your first discussion