07-05: Sukan sebagai Alat Perpaduan

7.5 Sukan sebagai Alat Perpaduan
 
Gambar ini menunjukkan tajuk ‘Sukan sebagai Alat Perpaduan’ di bahagian atas. Di bawah tajuk, terdapat lapan kotak berwarna merah yang mengandungi teks berkaitan sukan dan perpaduan. Kotak-kotak tersebut mengandungi teks berikut: 1. Sukan dan Perpaduan Melalui Pendidikan 2. Sukan Malaysia (SUKMA) 3. Kejayaan Malaysia Kebanggaan Bersama 4. Organisasi Sukan 5. Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) 6. Penganjuran Sukan 7. Laungan Malaysia Boleh 8. Kepimpinan Berwibawa Di sudut kiri atas, terdapat
 
Sukan dan Perpaduan Melalui Pendidikan
  • Dasar 1 Murid 1 Sukan dan Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) menggalakkan murid pelbagai kaum melibatkan diri dalam sukan yang digemari.
  • Memberi peluang kepada murid pelbagai kaum untuk menceburi bidang sukan.
  • Memupuk semangat setia kawan dan berpasukan.
  • Melahirkan atlet yang berkaliber.
 
Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM)
  • MASUM bermula pada tahun 1974.
  • Bertujuan mengadakan pertandingan untuk penuntut dan staf universiti bagi memupuk perpaduan dan integrasi nasional.
  • Menjadi medan untuk atlet tunjuk kebolehannya.
  • Dapat menggalakkan integrasi antara negeri.
 
Sukan Malaysia (SUKMA)
  • Diadakan secara dwitahunan pada peringkat kebangsaan.
  • Disertai 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan.
  • Bertujuan mengeratkan hubungan kaum serta integrasi antara negeri.
 
Penganjuran Sukan
  • Penganjuran pelbagai sukan buktikan sukan dapat menyatukan masyarakat berbilang kaum di negara kita.
  • Antara sukan yang berjaya dianjurkan oleh Malaysia
    • Hoki Piala Dunia
    • Sukan Komanwel
    • Piala Thomas
    • South East Asia Games / Sukan SEA
    • Sukan Permotoran Formula 1
    • Le Tour de Langkawi
 
Kejayaan Malaysia Kebanggaan Bersama
  • Kejayaan pasukan negara dalam sukan antarabangsa merupakan hasil kerjasama serta kesungguhan pelbagai pihak.
  • Pemain dan jurulatih bekerjasama tanpa mengira kaum.
  • Sukan membentuk sebuah pasukan yang bersatu dan saling bekerjasama untuk kejayaan.
 
Laungan Malaysia Boleh
  • "Malaysia Boleh" menunjukkan patriotisme rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan budaya ketika menyokong pasukan Malaysia.
  • Pada asalnya untuk kempen Malaysia menjadi tuan rumah kejohanan Piala Thomas dan Uber pada 1992.
  • Sokongan ini buktikan bahawa rakyat Malaysia bersatu padu untuk kejayaan negara.
 
Peranan Organisasi dalam Perkembangan Sukan dan Memupuk Perpaduan Kaum
  • Agensi ditanggungjawab untuk meningkatkan pencapaian sukan negara ke antarabangsa.
  • Antara agensi :
    • Kementerian Belia dan Sukan
    • Majlis Sukan Negara
    • Majlis Olimpik Malaysia
 
Kepemimpinan Berwibawa
  • Kecemerlangan sukan juga disebabkan ketokohan pemimpin persatuan sukan, jurulatih, para atlet dan pegawai sukan.
  • Bekas atlet menjadi pengurus atau jurulatih pasukan.
  • Peranan mereka penting untuk menarik minat dan sokongan rakyat.