03-01: Latar Belakang Pemerintahan Beraja dan Demokrasi Berparlimen

3.1 Latar Belakang Pemerintahan Beraja dan Demokrasi Berparlimen
 
Pengenalan
  • Pemerintahan beraja merupakan tradisi yang berakar umbi dan menjadi teras kewujudan kerajaan Melayu.
  • Raja memerintah dengan kuasa yang penuh dan berdaulat.
  • Cabaran terhadap pemerintahan beraja berlaku selepas pentadbiran tempatan dikuasai oleh British dan Jepun.
  • Pemerintahan beraja berkembang sejajar dengan peredaran masa sehingga diiktiraf sebagai Raja Berperlembagaan seiring dengan konsep Demokrasi Berparlimen dalam pemerintahan negara kita pada hari ini. 
 
Pemerintahan Beraja Kesultanan Melayu Melaka
  • Raja ialah pemerintah kuasa mutlak (Kuasa pemerintahan termasuk kuasa pentadbiran, perundangan dan kehakiman).
  • Pemerintahan berdasarkan undang-undang seperti
    • Hukum Kanun Melaka.
    • Undang-Undang Laut Melaka.
  • Pemerintahan ini membina tradisi dan adat istiadat yang diwarisi oleh kesultanan Melayu.
  • Raja-raja Melayu dianggap sebagai sumber undang-undang, ketua kerajaan dan ketua agama.
  • Keabsahan bagi semua tindakan terletak pada kedaulatan Raja-raja Melayu.
 
Kesultanan Melayu Selepas Kesultanan Melayu Melaka
  • Legasi Kesultanan Melayu Melaka diteruskan secara langsung oleh Kesultanan Johor Riau, Pahang dan Perak.
  • Kesultanan Terengganu dan Selangor merupakan kesinambungan daripada Kesultanan Johor Riau.
  • Kesultanan Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis diasaskan setelah berakhirnya Kesultanan Melayu Melaka.
  • Kesultanan Kedah merupakan kerajaan terawal yang diasaskan di negara kita.
  • Kesultanan Kedah mengakui pertuanan Kesultanan Melayu Melaka.
 
Sebelum Perang Dunia Kedua
  • British memperkenalkan Sistem Residen di NNMB dan Sistem Penasihat di NNMTB.
  • Raja-raja Melayu memerintah dengan campur tangan British.
 
Semasa Pendudukan Jepun
  • Raja-raja Melayu diiktiraf sebagai ketua hal ehwal agama Islam.
  • Kedudukan Raja-raja Melayu di negeri masing-masing berada bawah pengawasan Gabenor Jepun di Tanah Melayu.
 
Selepas Perang Dunia Kedua
  • Pengenalan Malayan Union mencabarkan pemerintahan beraja.
  • Kuasa pemerintahan diambil oleh Raja England.
  • British memerintah Malayan Union melalui Gabenor.
  • Penentangan Malayan Union oleh Raja-raja Melayu menyebabkan MU digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu.
  • Kedaulatan Raja-raja Melayu dikembalikan melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
  • Undang-undang Tubuh mengangkat Raja-raja Melayu sebagai Raja Berperlembagaan.
 
Imej ini mengandungi tajuk ‘Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen Selepas Merdeka’ di bahagian atas. Di bawah tajuk tersebut, terdapat empat kotak berwarna merah dengan teks berwarna putih. Kotak-kotak ini mengandungi maklumat berikut: 1. ‘Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan sebagai Ketua Utama Negara’ 2. ‘Kuasa dan tugasnya termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan’ 3. ‘Perlembagaan mengiktiraf raja sebagai pemerintah tertinggi negara’ 4. ‘Rakyat boleh pilih wakil mereka melalui pilihan raya’ Di sudut kanan bawah imej, terdapat
 
Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen Selepas Merdeka
  • Jawatan Yang di-Pertuan Agong diwujudkan sebagai Ketua Utama Negara.
  • Kuasa dan tugasnya termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
  • Ciri Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen dalam Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf raja sebagai pemerintah tertinggi negara.
  • Rakyat boleh pilih wakil mereka melalui pilihan raya.