02-03: Ciri Utama Perlembagaan Persekutuan

2.3 Ciri Utama Perlembagaan Persekutuan
 
Pengenalan
  • Perlembagaan merupakan peraturan tertinggi dan panduan dalam sistem pemerintahan negara.
  • Perlembagaan mempunyai dua ciri utama, iaitu tradisional dan moden yang diperlukan bagi kestabilan serta kemajuan negara.
 
Imej ini menunjukkan carta yang membandingkan ciri utama Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Terdapat dua lajur: ‘Ciri Tradisional’ di sebelah kiri dan ‘Ciri Moden’ di sebelah kanan. Di bawah ‘Ciri Tradisional’ disenaraikan: Kesultanan atau Pemerintahan Beraja, Agama Islam, Bahasa Melayu, dan Kedudukan Orang Melayu dan Bumiputera. Di bawah ‘Ciri Moden’ disenaraikan: Kerajaan Persekutuan, Sistem Demokrasi Berparlimen, dan Kewarganegaraan. Di sudut kanan bawah terdapat logo Pandai.
 
 Ciri Tradisional Penjelasan
Kesultanan atau Pemerintahan Beraja
  • Sultan sebagai pemerintah berdaulat dan berkuasa penuh.
  • Selepas merdeka, disesuaikan dengan konsep Demokrasi Berparlimen.
  • Yang di-Pertuan Agong sebagai pemerintah tertinggi negara.
  • Peringkat negeri, Sultan merupakan ketua negeri.
Agama Islam
  • Selepas merdeka, agama Islam bagi negeri Melayu terletak di bawah kuasa raja negeri masing-masing.
  • Wilayah Persekutuan dan negeri tidak beraja, perkara ini terletak di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong.
Bahasa Melayu
  • Bahasa Melayu digunakan dalam pemerintahan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.
  • Menjadi lingua franca dan bahasa ilmu.
  • Kini menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Malaysia.
Kedudukan Orang Melayu dan Bumiputera
  • Sebelum merdeka, di bawah kuasa raja dan ketua peribumi.
  • Selepas merdeka, Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sarawak dan Sabah serta kepentingan sah kaum lain.

Ciri Moden Penjelasan

Kerajaan Persekutuan

  • Mewujudkan satu sistem kerajaan Persekutuan.
  • Laporan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu menyarankan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri diberi kuasa.
  • Sarawak dan Sabah diberi beberapa autonomi.

Sistem Demokrasi Berparlimen

  • Asas demokrasi ialah pilihan raya umum pertama (1955).
  • Tujuannya untuk memberikan kebebasan kepada rakyat memilih wakil pemimpin dan menubuhkan kerajaan.

Kewarganegaraan

  • Diperkenalkan pada tahun 1948.
  • Rakyat dikategorikan sebagai rakyat raja dan ada yang mendapat kerakyatan British jika lahir di Melaka atau Pulau Pinang.
  • Kemerdekaan dan pembentukan Malaysia lahirkan taraf kewarganegaraan yang sama kepada rakyatnya.
 
Keunikan Perlembagaan Persekutuan
  • Perlembagaan Persekutuan mempunyai keunikan kerana mengandungi ciri tradisional dan ciri moden.
  • Di samping itu, undang-undang yang terkandung dalam perlembagaan negara bertujuan agar rakyat mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
 
Sistem Pemilihan di Sabah dan Sarawak Sebelum Pembentukan Malaysia
  • Sebelum pembentukan Malaysia, Sabah dan Sarawak mempunyai sistem pemilihan secara tidak langsung.
  • Sistem pemilihan melalui pilihan raya di Sarawak diadakan mulai tahun 1969.
  • Sabah menggantikan sistem pemilihan secara tidak langsung pada tahun 1967.
  • Sistem ini membolehkan pembubaran Dewan Undangan Negeri pada tahun 1967 dan diadakan pemilihan secara pilihan raya.