|
|
- Sebelum kehadiran British, empat negeri ini berhadapan pengaruh Siam
- Kedudukan strategik dan kemakmuran negeri menarik perhatian British
- British tidak dapat meluaskan kuasanya selagi di bawah naungan Siam
|
|
Faktor Peluasan Kuasa British di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu |
|
a) Kedudukan yang Strategik
- Kedudukan Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu penting kepada perdagangan British
- Kelantan dan Terengganu strategik di laluan perdagangan di antara Siam dan Singapura
|
|
b) Menghalang Kemasukan Kuasa Barat lain
- Negeri-negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu meurpakan penampan usaha kuasa-kuasa Barat lain untuk campur tangan
- Antara kuasa Barat tersebut termasuklah Perancis, Jerman, Amerika Syarikat dan Rusia yang cuba meluaskan kuasa di sekitar negeri Melayu Utara
- British perlu menguasai negeri-negeri ini untuk menghalang kemaraan kuasa Barat tersebut
- Kemaraan kuasa Barat dapat dilihat dari pelbagai aspek:-
|
|
|
|
c) Kemakmuran dan Kekayaan Sumber Hasil
- Kedah dan Perlis – hasil pertanian dan penternakan menjadi sumber bekalan makanan yang diperlukan bagi memenuhi permintaan penduduk Pulau Pinang yang dikuasai oleh British
- Kelantan dan Terengganu – aktiviti pembuatan seperti petukangan dan pembinaan kapal menjadi sangat penting. Kedua-dua negeri menjadi pembekal pelbagai barang dagangan kepada pedangan Singapura.
|
|
d) Menghubungkan Burma dengan Pulau Pinang
- British berhasrat menghubungkan Burma yang dengan Pulau Pinang dan Singapura
- Pembinaan jalan raya, kereta api dan telegraf di antara Burma dan Pulau Pinang membolehkan British mempunyai rangkaian terus perhubungan dengan India
- Hal ini sangat penting bagi pedagangan dan keselamatan British
|
|
e) Beban Orang Putih
- British mendapati Siam melakukan kekejaman di negeri-negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu
- Bagi mewajarkan tindakannya, slogan “Beban Orang Putih” digunakan dalam usaha British meluaskan kuasanya
|
|
|
Strategi Peluasan Kuasa British di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu |
|
Ke arah Perjanjian Bangkok 1909
- Negeri-negeri Melayu yang memiliki hubungan rapat dengan Siam ialah Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu
- Bagi kerajaan Siam, negeri ini adalah di bawah naungannya
- Perlu menghantar bunga emas dan perak setiap 3 tahun sekali sebagai tandan pertuanan Siam serta kepatuhan kepada kuasa Siam
- Pengaruh Siam ke atas negeri ini kurang menyenangkan pihak British
- Matlamat British untuk memastikan laluan perdagangan di antara India dan China berada dalam keadaan selamat
- Menyedari bahawa konfrontasi secara bersemuka akan merugikannya, British menggunakan strategi perjanjian bagi meluaskan kuasa
- Tahun 1826: terdapat beberapa siri penjanjian melibatkan British dan Siam yang menyentuh hal ehwal negeri-negeri Melayu
- Perjanjian diakhiri dengan Perjanjian Bangkok 1909 membolehkan British meluaskan kuasa.
|
|
|
|
Perjanjian Bangkok 1909 |
|
- 10 Mac 1909: Perjanjian ditandatangani oleh British dan Siam
- Memberi laluan kepada British untuk menguasai negara kita tanpa gangguan kuasa luar
|
|
Rentetan Peristiwa Perjanjian Bangkok 1909 |
|
|
|