7 Golongan yang Mendapat naungan Allah |
Maksud |
Contoh |
Pemimpin yang Adil |
Pemimpin yang menjalankan tanggungjawab terhadap orang yang dibawah pemimpin berpandukan Al-Quran dan Al-Hadis |
1. Memastikan keperluan asas rakyat dipenuhi
2. Mencegah kemungkaran daripada berleluasa
|
Pemuda yang hidupnya taat beribadah kepada Allah SWT |
Pemuda yang memenuhi masa dengan melakukan ibadah kepada Allah sama ada ibadah wajib atau sunat |
1. Melaksanakan tuntutan solat lima waktu dan ibadah puasa dengan sempurna
2. Melazimi qiamullail, membaca Al-Quran dan berzikir
|
Seseorang yang hatinya sentiasa meningati masjid |
Seseorang yang hatinya sentiasa berasa seronok memakmurkan masjid dengan aktiviti ibadah dan kebajikan |
1. Menunaikan solat fardhu secara berjemaah
2.Menyertai aktiviti di masjid seperti majlis ilmu dan program sukan dan riadah
|
Dua orang yang saling mengasihi kerana Allah SWT, bertemu & berpisah kerana Allah SWT |
Dua orang yang bersahabat berasaskan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah |
1. Saidina Abu Bakar sentiasa mendampingi Rasulullah ketika berhadapan dengan pelbagai ujian semasa berhijrah ke Madinah
2. Persaudaraan antara kaum muhajirin dengan ansar sehingga sanggup menawarkan harta, tenaga dan tempat tinggal
|
Seseorang yang membenci perbuatan maksiat kerana takut kepada Allah SWT |
Seseorang yang membenci dan menjauhi semua perbuatan yang melanggar suruhan Allah atau meninggalkan laranganNya sama ada dalam bentuk lisan, perbuatan dan hati. |
1. Menjauhi perbuatan mencuri
2. Menghindari pergaulan bebas tanpa batas
|
Seseorang yang menyembunyikan sedekahnya |
Sesuatu pemberian yang bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah semata-mata tanpa mengharapkan pujian manusia |
1. Memberikan sumbangan kewangan secara perbankan dalam talian (online banking)
2. Mewaqafkan tanah bagi tujuan pembinaan masjid
|
Seseorang yang mengingati Allah SWT sehingga menitiskan air matanya |
Seseorang yang mengingati Allah sama ada melalui hati atau lisan dengan penuh ikhlas dan rasa takut kepadaNya |
1. Beristighfar dengan mengharapkan keampunan Allah sehinga mengalir air mata mengenangkan dosa yang dilakukan |