Air mengalir melalui lurah dan kawasan tadahan hujan di tanah tinggi ke kawasan tanah rendah akhirnya ke tasik dan laut.
Keadaan ini membentuk pelbagai pandang darat fizikal di setiap peringkat aliran sungai.
- Peringkat Hulu Sungai
- Lurah sempit berbentuk ‘V’
- Bercerun curam
- Aliran air yang deras
- Banyak jeram dan air terjun
- Terbentuk lubang periuk akibat hakisan
- Contoh pandang darat fizikal: air terjun, jeram dan lubang periuk
- Peringkat Tengah Sungai
- Lurah berbentuk ‘U’
- Menghasilkan susuh bukit berpanca
- Berlaku hakisan sungai
- Likuan sungai
- Peringkat Hilir Sungai
- Lurah semakin melebar dan cetek
- Aliran sungai perlahan dan berliku-liku
- Cerunnya lebih landai
- Terbentuk tasik ladam, tetambak dan delta
- Pemendapan sungai berlaku
|
Kepentingan Sungai
- Penjanaan Kuasa Hidroelektrik
- Jana kuasa hidroelektrik ialah pembekal sumber tenaga elektrik yang utama di Malaysia.
- Jana kuasa hidroelektrik dapat dibina kerana terdapat sungai-sungai yang beraliran deras.
- Sebagai contoh, Empangan Pelagus (Sarawak) dan Empangan Kenering (Perak).
- Sumber Pengairan
- Air sungai menjadi sumber pengairan utama bagi kegiatan pertanian seperti penanaman padi.
- Sungai Muda (Kedah) dijadikan rancangan pengairan untuk penanaman padi di Dataran Kedah−Perlis yang membolehkan padi ditanam sekurang-kurangnya dua kali setahun.
- Kegunaan Domestik
- Air sungai dijadikan sebagai sumber air untuk kegunaan domestik.
- Antara sungai yang membekalkan sumber air untuk kegunaan domestik ialah Sungai Pahang, Sungai Rajang dan Sungai Kinabatangan.
- Sempadan Semula Jadi
- Terdapat beberapa batang sungai di Malaysia menjadi sempadan negeri dan sempadan antarabangsa.
- Sebagai contoh, Sungai Bernam ialah sempadan antara negeri Perak dengan negeri Selangor manakala Sungai Golok ialah sempadan antarabangsa antara Malaysia dengan Thailand.
- Sumber Protein
- Sungai membekalkan sumber ikan air tawar seperti ikan lampam, tilapia, patin, jelawat dan kelah.
- Sebagai contoh, Sungai Kinabatangan, Sungai Beruas dan Sungai Endau.
- Pengangkutan dan Perhubungan
- Beberapa batang sungai di Sarawak dan Sabah dijadikan jalan perhubungan antara kawasan pedalaman dan bandar.
- Sebagai contoh, Sungai Rajang dapat dimudiki sehingga ke Kapit di pedalaman Sarawak.
- Rekreasi dan Pelancongan
- Beberapa batang sungai di Malaysia berarus deras, cetek dan jernih serta sesuai dijadikan kawasan rekreasi.
- Sebagai contoh, Sungai Melaka terkenal dengan aktiviti rekreasi River Cruise manakala Sungai Sedim, Kulim (Kedah) dan Sungai Kiulu, Tamparuli (Sabah) terkenal dengan aktiviti meredah jeram (water rafting).
Kepentingan Tasik
- Kegunaan Domestik
- Tasik membekalkan sumber air untuk kegunaan harian kepada penduduk setempat.
- Sebagai contoh, penduduk setempat di kawasan Tasik Bera (Pahang) menyalurkan air dari tasik ke rumah untuk kegunaan harian
- Penjanaan Kuasa Hidroelektrik
- Tasik dan sungai juga dijadikan tapak untuk menjana kuasa hidroelektrik kerana tasik mempunyai takungan air yang banyak.
- Sebagai contoh, Empangan Temenggor (Perak), Empangan Murum (Sarawak) dan Empangan Kenyir (Terengganu).
- Rekreasi dan Pelancongan
- Tasik dijadikan sebagai tempat rekreasi dan pelancongan.
- Sebagai contoh, Tasik Chini, Tasik Bera, Tasik Kenyir, Tasik Titiwangsa dan Tasik Putrajaya.
- Sumber Protein
- Tasik membekalkan sumber ikan air tawar kepada penduduk setempat.
- Keadaan habitat semula jadi tasik yang masih terpelihara membolehkan pembiakan pelbagai jenis ikan air tawar.
- Sebagai contoh, Tasik Bera kaya dengan pelbagai spesies ikan air tawar seperti ikan baung, haruan, lampam dan sebarau.
|