Cara Mengendalikan Perjumpaan Kelas

Cara Mengendalikan Perjumpaan Kelas

Share this post

Salah satu cara untuk membina komuniti pembelajaran berpusatkan pelajar adalah melalui perjumpaan kelas, yang juga dikenali sebagai Lingkaran Komuniti. Idea ini diadaptasi dari buku popular berjudul ‘Tribes: We Need You to Lead Us oleh Seth Godin’. Berikut merupakan cara-cara mengendalikan perjumpaan kelas.

 

 

 

1. Menetapkan kekerapan perjumpaan yang diperlukan

 

Pertimbangkan untuk mengadakan mesyuarat kelas pada setiap minggu atau dua minggu sekali, bergantung pada keperluan dan pilihan anda. Anda mungkin akan mempunyai persekitaran kelas yang memerlukan perhatian yang lebih pada beberapa tahun. Manakala, pada tahun lain pula, anda mungkin hanya perlu berjumpa dengan pelajar pada setiap minggu sahaja.

 

Anggarkan kira-kira 15-20 minit untuk setiap sesi perjumpaan kelas pada waktu yang sama, pada hari yang telah ditentukan. Sebagai contoh, anda boleh menjadualkan perjumpaan sebelum makan pagi pada hari Jumaat.

 

 

2. Membentangkan agenda mesyuarat kelas

 

Sebagai satu kumpulan, anda haruslah menekankan tentang kerjasama antara guru dengan pelajar dan pematuhan terhadap beberapa peraturan, iaitu:

  • Penghargaan kepada orang lain
  • Mendengar dengan penuh perhatian
  • Menghormati semua orang

 

Selain itu, tentukan gerakan khas bagi memastikan keadaan kelas terkawal. Contohnya, semasa guru mengangkat tangan, orang lain juga akan mengangkat tangan dan berhenti bercakap. Anda boleh membuat isyarat ini berbeza daripada isyarat lain yang anda sering gunakan sepanjang hari.

 

Pada setiap perjumpaan kelas, umumkan harapan yang berbeza di dalam perkongsian yang dilakukan. Buku The Tribes menawarkan banyak idea untuk tujuan ini. Sebagai contoh, ayat yang boleh digunakan adalah seperti:

 

  • "Satu perkara yang saya suka mengenai kelas kita ialah ...."
  • "Saya bersyukur kerana ...."
  • "Satu perkara baik yang berlaku pada saya baru-baru ini adalah ...."
  • "Saya harap...."
  • "Saya lebih besar daripada ______. Saya lebih kecil daripada ________."
  • "Saya harap bahawa...."

 

 

3. Bulatan temu ramah

 

Idea lain yang boleh dilakukan ialah dengan mengadakan bulatan temu ramah di mana seorang pelajar akan duduk di tengah dan pelajar yang lain pula akan menanyakan tiga soalan tentang latar belakang kehidupannya. Contohnya, pelajar lain boleh bertanyakan tentang jumlah adik beradiknya, binatang peliharaan, perkara yang disukai dan tidak disukai, dan lain-lain lagi.

 

Orang yang ditemu ramah boleh memilih untuk menjawab mana-mana soalan yang dilemparkan. Anda perlu menunjukkan cara betul melakukannya terlebih dahulu. Pelajar akan lebih senang bergaul dengan rakan sekelas mereka dan mereka juga akan saling mengetahui antara satu sama lain.

 

 

4. Menyelesaikan masalah yang berlaku

 

Jika ada masalah di dalam kelas yang perlu ditangani, perjumpaan kelas adalah tempat yang paling sesuai untuk membawanya bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan pelajar anda. Berikan masa untuk pelajar meminta maaf daripada segala perbuatan yang telah dilakukan. Dengan bimbingan anda, pelajar seharusnya dapat mempraktikkan kemahiran interpersonal yang penting ini dengan sikap yang matang.

 

 

5. Melihat hasil daripada perjumpaan yang dilakukan

 

Lima belas minit seminggu adalah pelaburan kecil yang perlu dibuat bagi mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar. Pelajar dapat merasakan bahawa pendapat, impian, dan pandangan mereka dihargai dan dilayan dengan baik. Hal Ini juga memberi peluang kepada pelajar untuk mempraktikkan kemahiran mendengar, berbicara, dan interpersonal mereka.

 

Rujukan

Class Meetings Help Foster Responsible, Ethical Student Behavior

 

Tag Perjumpaan Kerjasama

Prior knowledge

1.  Pada pendapat anda, mengapakah pentingnya mengadakan perjumpaan kelas?

1. 

Yang manakah antara berikut bukan peraturan yang perlu dipatuhi semasa perjumpaan kelas

Reflection

1.  Berikan contoh bulatan temu ramah.
Loading...
Load lesson