Ayat Sama Maksud

 
  • Ayat sama maksud ialah ayat yang menyampaikan maksud yang sama tetapi menggunakan susunan yang berbeza
 
15.1  Ayat Sama Maksud

 

  • Perlu tahu maksud yang ingin disampaikan dalam sesuatu ayat tersebut
  • Kenal pasti jenis jenis ayat seperti ayat penyata, ayat perintah atau ayat tanya
  • Gunakan kaedah kata tanya iaitu:
Perkara yang perlu dikenal pasti Keterangan
Apa  Apakah perkara yang ingin disampaikan oleh pentutur kepada pendengar?
Siapa  Siapakah yang terlibat dalam situasi ini?
Bila/Bagaimana/Mengapa/Di mana  Bila/bagaimana/mengapa/di mana perkara ini akan berlaku? Adakah perkara ini sudah terjadi atau belum terjadi?

 

  • Contoh ayat sama maksud:
Ayat Asal Ayat sama maksud Elemen yang dikenal pasti
 Puan Aisyah memberitahu Amirah bahawa dia akan membawa Syahira berjumpa dengan doktor esok.  "Saya akan membawa Syahira berjumpa dengan doktor esok." Kata puan Aisyah kepada Amirah.

 Siapa: Puan Aisyah bercakap dengan Amirah

 Apa : Puan Aisyah ingin membawa Syahira berjumpa dengan doktor

 Bila: Esok

 "Suruh Aiman berjumpa dengan saya di bilik disiplin selepas waktu rehat:. Kata cikgu Imran kepada Ali.  Cikgu Imran menyuruh Ali untuk memberitahu Aiman supaya untuk berjumpa dengannya di bilik disiplin selepas waktu rehat.

 Siapa: Cikgu Imran bercakap dengan Ali

 Di mana: Di bilik disiplin

 Bila : Selepas waktu rehat

 Layanannya yang baik menyebabkan banyak orang datang ke kedai Mak Munah.  Banyak orang datang ke kedai Mak Munah kerana dia melayan mereka dengan baik.  

 Siapa: Mak Munah dan pelanggan.

 Apa: Banyak orang ke kedai Mak Munah

 Mengapa: Mak Munah melayan dengan baik.