Kata Bilangan

 
  • Kata bilangan ialah kata yang digunakan untuk menghitung sesuatu.
 
9.1  Kata Bilangan

 

  • Kata bilangan boleh terdiri daripada kata asal dan kata terbitan.
  • Kata bilangan ada tujuh jenis, iaitu:
    • kata bilangan tentu
    • kata bilangan tak tentu
    • kata bilangan pecahan
    • kata bilangan pisahan
    • kata bilangan himpunan
    • kata bilangan tingkat
    • kata bilangan tanya
  • .Yang berikut ialah jenis kata bilangan, contoh kata bilangan, dan ayat contohnya:
Jenis Kata Bilangan Contoh Ayat Contoh
kata bilangan tentu satu, dua, tiga, sepuluh, dua ratus, tiga ratus lima puluh, lima ribu, tiga puluh juta, dan seterusnya
  • Dua ekor kambing Pak Mat telah dibaham harimau semalam.
  • Dua ratus orang peserta mengikuti Program Latihan Khidmat Negara itu.
kata bilangan tak tentu beberapa, beberapa banyak, para, segala, sekalian, seluruh, semua, sesuatu, setengah-setengah, dan sebagainya
  • Intan berpuas hati dengan segala persiapan untuk perkahwinannya.
  • Setengah-setengah ibu bapa tidak mengambil berat akan pelajaran anak-anak mereka.
kata bilangan pecahan setengah, suku, dua pertiga, tiga perempat, separuh, dan seterusnya
  • Adik makan suku daripada kek itu.
  • Dua pertiga daripada wang simpanan ayah digunakan untuk memperbesar perniagaannya.
kata bilangan pisahan masing-masing, setiap, dan tiap-tiap
  • Masing-masing pekerja sedang sibuk membuat kerja sendiri.
  • Tiap-tiap hari saya membawa bekal dari rumah.
kata bilangan himpunan berabad-abad, berbagaibagai, berbulan-bulan, berjenis-jenis, berpuluh-puluh, kedua-dua, ketiga-tiga, pelbagai, puluhan, ribuan, dan sebagainya
  • Kedua-dua orang pelajar nakal itu didenda oleh guru disiplin.
  • Pelbagai jenis binatang terdapat di Zoo Negara.
kata bilangan tingkat pertama, kedua, ketiga, dan seterusnya
  • Kes rompakan itu adalah yang pertama berlaku di kawasan ini.
  • Aina hanya berjaya menduduki tempat kedua dalam acara larian itu.
kata bilangan tanya berapa
  • Adik-beradik awak ada berapa orang?
  • Sesikat pisang ini harganya berapa?