Kata Adjektif

 
Kata Adjektif ialah kata yang digunakan  untuk menyatakan keadaan atau sifat sesuatu kata nama.
 
4.1  Kata Adjektif

 

  • Kata adjektif juga dikenali juga sebagai kata sifat.
  • Kata adjektif menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda, orang, tempat, binatang dan sebagainya.
  • Kata adjektif boleh disertai kata keterangan amat, paling, sangat dan sebagainya sebagai penguat.
  • Contoh kata adjektif:
Jenis  Contoh Kata Adjektif  Contoh Ayat
Pancaindera  Pahit, manis, sedap, cantik, tampan, busuk, wangi, licin, kasar
  • Izzat seorang lelaki yang tampan.
  • Gula-gula ini rasa sangat manis.
Perasaan  Gembira, suka, rindu, berani, ragu, benci, kasih
  • Ramli rindu akan ibunya di kampung.
  • Muthu seorang budak yang berani.
Bentuk Bujur, bengkok, kempis, lurus, bulat, leper
  • Bola sepak itu berbentuk bulat.
  • Tiang itu bengkok dilanggar kereta.
Ukuran Panjang, pendek, kecil, besar, tinggi, rendah, tebal, nipis
  • Menara KLCC sangat tinggi.
  • Kamus itu sangat tebal.
Tabiat/sifatan Baik, jahat, cerdik, pandai, lemah, sihat, gopoh
  • Irfan seorang pelajar yang sangat pandai.
  • Tubuh atlet itu sihat dan tegap.
Cara Cepat, deras, laju, perlahan, jelas, lincah
  • Kereta itu dipandu dengan sangat laju.
  • Messi merupakan pemain bola yang lincah.
Waktu Lama, lewat, lampau, suntuk, awal, segera
  • Kamal lewat ke tempat kerjanya.
  • Perjalanan ke Kelantan mengabil masa yang amat lama.
Jarak Jauh, dekat, hampir, nyaris, rapat
  • Calvin nyaris dilanggar kereta.
  • Pasar malam itu dekat dengan rumah saya.
Warna Merah, kuning, biru, hitam, hijau, kelabu
  • Lelaki berbaju hitam itu bapa Nurin.
  • Manchester City berjersi biru pada perlawanan ini.
Keadaan Buruk, kemas, kasar, lemah, miskin, sibuk
  • Mizan berpakaian kemas untuk sesi temu duga.
  • Murid itu ditegur gurunya kerana dia berkelakuan kasar.