Kata nama ialah perkataan yang menamakan orang, tempat atau benda dan menjadi unsur utama dalam frasa nama. Kata nama terbahagi kepada kata nama am dan kata nama khas.
Kata nama am terbahagi kepada kata nama am konkrit dan kata nama am abstrak. Kata nama am konkrit ialah nama sesuatu yang dapat dilihat, atau dapat dipegang, atau dapat dirasakan adanya. Kata nama am abstrak ialah nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.
Kata nama khas ialah kata nama yang khasnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda yang bernyawa dan benda yang tidak bernyawa. Semua kata nama khas ditulis dengan huruf besar pada pangkal kata itu.
Kata nama arah digunakan untuk menunjukkan hala atau kedudukan sesuatu. Kata nama arah biasanya diletakkan sebelum frasa nama dan selepas kata sendi seperti dari, di, ke, dan sebagainya.
Prepare exams with mock exam papers