Penggunaan Anu

1.8  Penggunaan Anu
 
 Anu Dalam Penambahan
 
SITUASI:

Ali membaca 9 halaman buku cerita pada hari Isnin. Pada hari Selasa, dia membaca beberapa halaman lagi. Jumlah halaman yang dia telah baca ialah 20 halaman. 

Bilangan halaman yang Ali baca pada hari Selasa ialah anu.

PENYELESAIAN:

Hari Isnin: 9 halaman

Hari Selasa: \(x\) halaman

Jumlah Halaman: 20 halaman

Jika ditukarkan kepada operasi matematik, kita akan dapat \(9 + x = 20\).

Untuk dapatkan \(x\), kita akan tolak 9 daripada kedua-dua belah persamaan.

\(9 \color{red}- \color{red}9 +x = 20 \color{red}- \color{red}9\)

\(x = 11\)

Maka, \(x\) ialah 11.

Anu dalam Penolakan
 
SITUASI:

Ali mengumpul setem. Dia beri 12 keping setem kepada adiknya. Ali kini mempunyai 38 setem.

Bilangan stem yang Ali kumpul ialah anu.

PENYELESAIAN:

Setem yang dikumpul Ali: \(y\) keping

Setem yang Ali beri kepada adiknya: 12 keping

Setem pada Ali selepas beri pada adiknya: 38 keping

Jika ditukarkan kepada operasi matematik, kita akan dapat \(y - 12 = 38\).

Untuk dapatkan \(y\), kita akan tambah 12 pada kedua-dua belah persamaan.

\(y -12 \color{red}+\color{red}1\color{red}2 = 38 \color{red}+\color{red}1\color{red}2\)

\(y = 50\)

Maka, \(y\) ialah 50.