Kata Ganda

 
  • Kata Ganda ialah proses pengulangan kata secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian yang tertentu.
  • Kata Ganda ialah bentuk yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulang kata dasar tersebut diulang secara seluruh/pada bahagian-bahagian tertentu dengan imbuhan atau tanpa imbuhan.
 
14.1  Kata Ganda Seluruh/Penuh

 

  • Kata Ganda Penuh/Seluruh melibatkan seluruh kata dasar yang diulang atau digandakan tanpa sebarang perubahan bentuk.
  • Contoh Kata Ganda Seluruh/Penuh:
     Kata Nama Kata Kerja Kata Adjektif
     Buku-buku Pusing-pusing Cantik-cantik
    Murid-murid Geleng-geleng Panjang-panjang
    Meja-meja Gelak-gelak Merah-merah
 
14.2  Kata Ganda Separa
 

 

  • Kata Ganda Separa ialah kata ganda yang mengalami pengulangan suku kata pertama pada kata asalnya. Selain itu, bunyi vokal pada suku kata pertama berubah menjadi vokal yang dilambangkan dengan huruf e.
  • Contoh Kata Ganda Separa:
    Kata Dasar  Kata Ganda Kata Ganda Separa
    Layang Layang-layang Lelayang
    Kuda Kuda-kuda Kekuda
    Tupai Tupai-tupai Tetupai
    Siku Siku-siku Sesiku
    Bola Bola-bola Bebola
 
14.3  Kata Ganda Berirama/Berentak
 
  • Kata Ganda Berima/ Berentak merupakan proses menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar tersebut.

  • Contoh Kata Ganda Berima/ Berentak:
 

Persamaan bunyi di hujung

 Contoh Contoh Ayat
Kuih-muih, lauk-pauk Kuih-muih itu terhidang di atas meja

 

Persamaan bunyi di pangkal

 Contoh Contoh Ayat
Batu-batan, bukit-bukau Aktiviti gotong-royong akan diadakan esok

 

Persesuaian bunyi keseluruhan

 Contoh Contoh Ayat
Kusut-masai, simpang-siur Rambutnya kusut-masai kerana ditiup angin