Warisan Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis

 
9.1 Warisan Kerajaan Kedah, Kelantan dan Perlis
 
  • Sistem Pemerintahan Beraja

 

1. Penggunaan Gelaran Pemerintah

-Kerajaan Kedah dan Kelantan menggunakan gelaran Sultan.

-Kerajaan Perlis menggunakan gelaran Raja.

 

2. Cara Pelantikan Pengganti Pemerintah

-Pelantikan putera Sultan atau Raja sebagai pengganti.

-Daripada jurai keturunan pemerintah pengasas.

 
  • Adat Istiadat
 
1.  Majlis Pemasyhuran

Majlis pemasyhuran pengganti Sultan atau Raja disempurnakan sebelum jenazah pemerintah dimakamkan

 

2. Istiadat Pertabalan

-Istiadat dimulai dengan mempersembahkan naskhah al-Quran dan alat kebesaran diraja.

-Sultan atau Raja yang dimasyhurkan membaca watikah pertabalan dan kemudian mengucup keris kuasa.

-Menteri Besar mengetuai seruan “Daulat Tuanku”.

 

3. Penganugerahan Bintang dan Darjah Kebesaran

Penganugerahan ini merupakan lambang hubungan antara pemerintah dengan rakyat. Biasanya, penganugerahan ini disempurnakan bersempena dengan hari sambutan keputeraan pemerintah. Darjah Kebesaran dianugerahkan sebagai pengiktirafan kepada Sultan atau Raja, kerabat diraja dan rakyat yang berjasa.

 
  • Perundangan
 

Terbahagi kepada 3 : 

  1. Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah Darulaman

  2. Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis

  3. Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan

 

Peranan Sultan atau Raja

1. Kedudukan Sultan atau Raja sebagai Ketua Negeri.

2. Ketua Agama Islam.

 

Badan Penasihat Sultan atau Raja

1. Kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri diketuai oleh Menteri Besar sebagai Yang Dipertua yang membantu Sultan atau Raja dalam mentadbir negeri dan rakyat.

 

Tanggungjawab Sultan atau Raja

1. Larangan kepada Sultan atau Raja, Menteri dan Jemaah Menteri menyerahkan negeri atau kuasa kepada kerajaan lain.

2. Sultan atau Raja berhak memilih Menteri Besar.

 

Hak Rakyat dalam Pentadbiran

1. Warganegara berumur 21 tahun atau lebih yang tinggal di dalam negeri layak menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri mengikut Perlembagaan Persekutuan.

 
  • Persuratan
 
 

1. Hikayat Merong Mahawangsa dihasilkan sekitar tahun 1821.

2. Mengisahkan pengasasan kerajaan Kedah, pembukaan kota pentadbiran dan pengislaman pemerintah.

 
Hikayat Seri Kelantan
 

1.Hikayat Seri Kelantan dipercayai ditulis pada tahun 1914.

2. Mengisahkan pemerintahan negeri Kelantan sejak zaman Che Siti Wan Kembang, Puteri Saadong dan Raja Abdullah hingga tahun 1900.

 
  • Kesenian
 

1. Warisan Seni Ukir

-Banyak diwarisi di Kelantan dan Kedah.

-Kekal sebagai hiasan pada istana, rumah dan bangunan seperti masjid.

 

2. Warisan Seni Bina

-Berupa binaan istana serta hiasan ukiran daripada kayu berkualiti.

-Keunikan binaan rumah tradisional Melayu ialah tebar layar berbentuk “V” terbalik yang dihiasi ukiran bermotif alam. 

 

3. Warisan Seni Pertukangan dan Barang Perhiasan

-Pertukangan perhiasan daripada emas dan perak.

-Pertukangan senjata tradisional seperti keris berkembang pesat terutamanya di Kelantan.

 

4. Warisan Seni Kraf Tangan

-Hasil kraf tangan masyarakat seperti anyaman tikar dan bakul rotan.

-Kelantan terkenal dengan warisan pembuatan wau dan batik.

 

5. Warisan Seni Persembahan

-Awang Batil merupakan penglipurlara di Perlis.

-Wayang kulit telah diangkat sebagai warisan kebangsaan di bawah kategori warisan tidak ketara.

-Mek Mulung merupakan teater tradisional negeri Kedah yang kekal hingga kini.

 

6. Warisan Seni Silat

-Merupakan seni atau kepandaian berjuang dengan menggunakan ketangkasan menyerang dan mempertahankan diri.

 
9.2 Keunikan Adat dan Pemerintahan Negeri Sembilan
 
  • Keunikan Adat Perpatih

 

Jurai Keturunan Sebelah Ibu

1. Kaum perempuan dianggap Ibu Soko, iaitu ibu yang melahirkan anggota masyarakat.

2. Setiap anak merupakan anggota suku ibunya.

3. Anggota suku dianggap sedarah kerana berasal daripada moyang perempuan yang sama sebelah ibu.

 

Pelaksanaan hukuman

1. Bersifat pemulihan dengan memberikan pertimbangan terhadap pesalah ke arah kebaikan.

2. Mengutamakan perasaan dan kepentingan pesalah.

 

Perkahwinan

1. Perkahwinan sesama suku tidak digalakkan kerana dianggap sebagai sebuah keluarga besar dan bersaudara.

2. Seseorang lelaki yang berkahwin akan menjadi anggota keluarga suku isterinya dan digelar “orang semenda” (orang mendatang).

3. Wanita yang berkahwin sesama suku akan hilang hak mewarisi pusaka, manakala lelaki pula akan hilang hak untuk menyandang jawatan dalam adat. Namun begitu, jika hendak mengembalikan hak perlu menjalankan adat memulih pusaka.

 

Upacara Kedim

1. Menerima orang dari suku lain atau orang luar menjadi ahli suku.

2. Seseorang itu akan bersumpah taat setia dan bersaudara dengan ahli suku yang akan disertai serta dibuat penghebahan.

 

Wanita Mewarisi Pusaka

1. Wanita akan mewarisi harta pusaka termasuk tanah dan rumah bertujuan supaya wanita tidak terabai.

2. Diwarisi secara turun temurun daripada ibu kepada anak perempuan.

 
  • Keunikan Pemerintahan di Negeri Sembilan

 

Pelantikan Pemimpin

1. Pemimpin dalam Adat Perpatih ialah ketua adat seperti Ibu Soko, Buapak, Lembaga, Undang dan Yamtuan Besar atau Yang di-Pertuan Besar.

2. Penyandang pesaka adat pada semua peringkat dipilih hasil permuafakatan.