06-01: Pengasasan Kesultanan Johor Riau

 
6.1 Pengasasan Kesultanan Johor Riau

 

  • Kesultanan Johor Riau diasaskan oleh waris Kesultanan Melayu Melaka. Kerajaan ini juga mewarisi sistem pemerintahan dan pentadbiran serta wilayah jajahan takluk dan naungan KMM.

Pengasasan Kerajaan

 
 
  • Kesultanan Johor Riau telah diasaskan oleh Raja Ali (Sultan Alauddin Riayat Shah I), putera Sultan Mahmud Shah dan Tun Fatimah. 
  • Membuka negeri di pesisir Sungai Johor.
 

1. Pusat Pemerintahan Kota Kara, Pekan Tua 

  • Sultan Alauddin Riayat Shah Imembina pusat pemerintahan diKota Kara, Pekan Tua (1528).
  • Kawasan berbukit bukau di sekitar Kota Kara menjadi benteng pertahanan daripada ancaman luar.
 

2. Pusat Pemerintahan Kota Sayong, Sayong Pinang

  • Sultan Alauddin Riayat Shah Iberundur selepas Portugis menyerang dan membuka pusatpemerintahan di Kota Sayong.
  • Kawasan ini lebih selamat kerana kapal perang musuh sukar melintasi sungai yang sempit.
 

3. Pusat Pemerintahan Kota Batu, Johor Lama

  • Kawasan ini juga dikenal sebagai Tanjung Batu.
  • Kedudukannya yang strategik di Sungai Johor yang lebar dan dalam memudahkan kemasukan kapal dagang.
 

Cabaran Ke Arah Kegemilangan

 

1. Persaingan Johor - Acheh - Portugis

  • Persaingan ini bertujuan untuk menguasai perdagangan di Selat Melaka. Perang ini dikenali sebagai PerangTiga Segi.
  • Peperangan ini berakhir apabila Johor memberikan bantuan kepada Belanda untuk mengalahkan Portugis dan menguasai Melaka pada tahun 1641.
 

2. Perang Johor - Jambi

  • Johor menuntut wilayah Tungkal daripada kerajaan Jambi.
  • Jambi tewas dan tunduk di bawah kuasa Kesultanan Johor Riau yang berpusat di Riau. (1679)
 

3. Konflik Pembesar

  • Konflik berlaku antara Bendahara Tun Habib Abdul Majid dengan Laksamana Tun Abdul Jamil untuk menguasai pemerintahan Kerajaan Johor Riau.
  • Persaingan berakhir dengan pengunduran Laksamana Tun Abdul Jamil ke Terengganu.
  • Keturunan Bendahara kembali berpengaruh dalam pemerintahan Kerajaan Johor Riau.
 

4. Ancaman Raja Kechil

  • Raja Kechil menyerang Johor pada tahun 1718 keranamenuntut takhta kerajaan Johor. Baginda mendakwadirinya sebagai putera Sultan Mahmud Shah I.
  • Raja Sulaiman meminta bantuan Opu Bugis Lima Bersaudara untuk mengusir Raja Kechil.
  • Raja Kechil dapat dikalahkan pada 4 Oktober 1722.
 

Strategi Menghadapi Cabaran

 

1. Pemindahan Pusat Pemerintahan

  • Pusat pemerintahan sering berpindah disebabkan oleh keperluan strategi ketenteraan dan pertahanan serta muslihat mempertahankan diri daripada ancaman Portugis dan Acheh.
 

2. Membina Kota Pertahanan

Kota Kara:

  • Dibina semasa pengasasan kerajaan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah I.
  • Pagar dibuat dengan pancang kayu besar setinggi 40 kaki (12 meter).
  • Diperkuatkan dengan bedil dan meriam.
 

3. Menjalinkan Hubungan dengan Belanda

  • Kepemimpinan Kesultanan Johor Riau mengadakan perjanjian persahabatan dengan pihak Belanda. Persahabatan ini bertujuan untuk strategi menghadapi ancaman daripada Portugis di Melaka dan Acheh.