Membina Kemakmuran Negara

 
8.1  Pembentukan Dasar Ekonomi Baru (DEB)
 
Dasar Ekonomi Baru (DEB)
Latar Belakang Pembentukan
  • MAPEN (Januari 1970) ditubuhkan untuk mengadakan garis panduan bagi kerjasama antara kaum dan integrasi nasional
  • Hasilnya, terbentuk DEB

Antara pakar yang terlibat dalam dasar ini :

  1. Dr . Rais Saniman (Malaysia)
  2. Dr. Just Faaland (Norway)
  3. Dr. Jack R. Parkinson (Britain)
Matlamat DEB

Strategi DEB

  • Membasmi kemiskinan dengan menambahkan pendapatan dan banyakkan peluang pekerjaan kepada rakyat tanpa mengira kaum
  • Menyusun semula masyarakat untuk mengurangkan dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi
   

Isu Sosioekonomi

   

Jurang sosioekonomi antara :

  1. bumiputera dengan bukan bumiputera
  2. pantai timur dengan pantai barat
  3. masyarakat desa dengan bandar
  4. antara negeri
 
8.2  Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB)
 
Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB)
Meningkatkan Taraf Hidup Rakyat

Luar Bandar

   
  • Tumpuan diberi kepada petani, pekebun getah, nelayan dan buruh
  • Kegiatan Gerakan Koperasi diamalkan
  • Program yang dilaksanakan - penerokaan tanah baharu, bantuan peralatan pertanian, khidmat nasihat, subsidi benih dan baja, kemudahan kredit, pemasaran dan pusat kemajuan peladang
   

Bandar

   
  • kerajaan memajukan perindustrian dan perniagaan yang membuka peluang pekerjaan yang banyak
  • untuk meningkatkan pendapatan golongan miskin pelbagai kaum
  • menyediakan kemudahan asas seperti air dan elektrik, jalan raya, bantuan biasiswa, pendidikan, buku teks percuma dan program rumah murah
Rancangan Buku Hijau
  • dilancarkan oleh Tun Abdul Razak - 20.12.1974
  • bermatlamat untuk menambahkan pendapatan rakyat dan pengeluaran bahan makanan 
  • memberikan tumpuan kepada penggunaan tanah yang sepenuhnya
  • mengusahakan tanah dengan tanaman jangka pendek, perkebunan berkelompok, penternakan, pemasaran yang baik dan projek kecil yang lain
Peranan Agensi Kerajaan 
  • ditubuhkan untuk mempelbagaikan ekonomi yang boleh menambahkan pendapatan rakyat
  • untuk membuka peluang pekerjaan

Antara agensinya ialah : 

   
  1. Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
  2. Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)
  3. Lembaga Beras dan Padi Negara (LPN)
  4. Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan  (FELDA) dan Pembangunan Tanah 
  • Penduduk luara bandar yang miskin dipindah ke FELDA
  • diberi tanah seluas 10 ekar
  • terdapat kemudahan seperti klinik, sekolah, pengangkutan dan koperasi FELDA
  • FELDA menjalinkan kerjasama dengan kerajaan negeri
  • Di Sabah, FELDA dengan Yayasan Sabah bekerjasama - membawa kepada pembukaan Felda Wilayah Sahabat dan Felda Umas
  • FELDA kerjasama dengan Sarawak untuk pembukaan ladang kelapa sawit
Pembangunan Wilayah

Program pembangunan wilayah : 

   
  • Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)
  • Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
  • Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA)
  • Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)
Pemilikan Modal Saham
  • untuk menambah pemilikan modal saham bumiputera dalam sektor korporat 
  • untuk wujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) melalui penubuhan PNB pada 17.3.1978
  • ASN dan ASB dilancarkan untuk memudahkan kaum bumiputera memiliki saham dalam syarikat berhad
Pengenalan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
  • Industri ini meliputi kraf tangan, makanan, pakaian dan inap desa
   

IKF yang berjaya :

  1. Best Farm Co.
  2. Nurul Food Industry Enterprise
  3. Ramly Food Processing SDN BHD
   
  • Pinjaman, insentif dan nasihat diberikan melalui Bank Bumiputera, Perbadanan Nasional Berhad dan Bank Pertanian Malaysia
Pendidikan Tenaga Kerja Mahir
  • Asas kepada latihan kemahiran ini diberikan sejak di bangku sekolah melalui Kemahiran Hidup
  • Pendidikan menengah dibahagikan ke akademik dan vokasional
  • sekolah teknik dan vokasional, Maktab Perguruan Teknik, politeknik dan UTM ditubuhkan
  • ditawarkan dalam pelbagai bidang untuk menampung permintaan terhadap tenaga kerja mahir
 
8.3 Pembentukan Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
 
Dasar Pembagunan Nasional (DPN)
Latar Belakang Pembentukan
  • dilancarkan oleh Tun Dr, Mahathir Mohamad pada 17.6.1991
  • merupakan kesinambunag DEB yang dirangka untuk 10 tahun
  • merupakan usaha untuk jadikan Malaysia sebuah negara maju berdasarkan Wawasan 2020
Matlamat DPN
  • untuk mencapai perpaduan negara melalui pengagihan kekayaan
  • matlamat ini dicapai melalui pembangunan seimbang antara negeri dan antara bandar dengan luar bandar melalui beberapa aspek
  • dilaksanakan melalui Rancangan Malaysia Keenam dan Ketujuh
Objektif DPN
  • untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dengan memperkukuh kestabilan sosial dan politik
  • mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan
Strategi DPN

EKONOMI

  • Pelibatan aktif pihak swasta dalam pembangunan ekonomi negara
  • Melaksanakan program penanaman semula
  • Penggunaan sains dan teknologi
  • Meningkatkan pemilikan saham bumiputera
 

SOSIAL

  • Memberikan insentif serta kemudahan pendidikan 
  • Mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera
  • Membentuk masyarakat yang berdisiplin dan progresif
 

KEMUDAHAN FIZIKAL DAN ALAM SEKITAR

  • Menyediakan dan menambah baik kemudahan asas
  • Pembangunan mapan tanpa mengabaikan alam sekitar
 
8.4 Pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasioanal (DPN)
 
Pelaksanaan Dasar Pembagunan Nasional (DPN)
Pembasmian Kemiskinan 
  • pemberian subsidi dan sokongan kepada penanam padi dan nelayan untuk meningkatkan produktiviti pengeluaran 
  • golongan belia diberi latihan di agensi kerajaan seperti ILP untuk mereka mendapatkan kerja yang berpendapatan tinggi 
Penyusuan Semula Masyarakat
  • Meningkatkan tenaga kerja dan penyertaan bumiputera dalam pengurusan sektor moden
  • Latihan bidang pengurusan harta dan etika perniagaan diberi oleh kerajaan
  • Pemberian kontrak, kuota dan lesen kepada perniagaan bumiputera dan bukan bumiputera
  • Buniputera didedahkan teknologi baharu, kemudahan model, maklumat pasaran dan hubungan perniagaan dalam pasaran antarabangsa
Penyusunan Semula Model Saham
  • dibuat supaya bahagian saham bumiputera dapat ditingkatkan 
  • agar matlamat DEB dicapai sekurangya 30 peratus dalam pemilikan, penguasaan dan pengurusan sektor moden
   

Agensi amanah yang dikhaskan untuk bumiputera

  1. Majlis Amanah Rakyat (MARA)
  2. Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS)
  3. Perbadanan Kemajuan Ekonomi (PKEN)
Pembagunan Wilayah
  • MARDI ditingkatkan 
  • Konsep pertanian pintar digunakan untuk meningkatkan hasil pertanian
  • Penyebaran industri terpilih digalakkan
  • mendorong sektor swasta menempatkan semula kilang tambahan di negeri kurang maju
 
8.5 Pencapaian Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasioanal (DPN)
 
Aspek Sosial
Penurunan Kadar Kemiskinan 
  • usaha mempelbagaikan kegiatan ekonomi membuka peluang pekerjaan 
  • kerajaan menambah baik peluang rakyat mendapatkan kemudahan awam yang meningkatkan taraf dan kualiti hidup
  • pelaksanaan DEB kurangkan kemiskinan dari 49.3 (1970) ke 17.1 (1990)
  • DPN mengurangkan 7.2 peratus pada 2000
Peningkatan Kualiti Hidup
  • peningkatan tahap kesihatan rakyat yang semakin baik
  • aspek pendidikan, pemilikan barang keperluan asas
  • penyediaan infrastruktur seperti hospital dan klinik
  • kualiti hidup semakin baik selepas 1990
Kemunculan Golongan Pertengahan
  • Perkembangan ekonomi menyebabkan bidang kerja (golongan pertengahan) meningkat
  • ini menunjukkan dasar ekonomi memberi kesan kepada peningkatan taraf hidup rakyat
  • juga memberikan sumbangan yang besar kepada pendapatan dan kemakmuran negara
Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera
  • Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera diwujud melalui DEB dan DPN
  • membentuk kelas bumiputera komersial yang melibatkan diri dalam sektor korporat
  • muncul tokoh bumiputera dalam perbankan, pemodal saham, pemilik syarikat,pemilik pelabuhan dan usahawan muda
  • golongan ini memberikan faedah kepada peningkatan taraf hidup golongan miskin
  • tawarkan pekerjaan dalam syarikat mereka
Pembangunan Pendidikan
  • Selepas 1990, berlaku penumbuhan institusi pendidikan
  • muncul graduan dalam bidang sains, teknologi dan teknikal
  • graduan ini diperlukan dalam bidang perindustrian dan k-ekonomi
Pengangkutan dan Perhubungan
  • jaringan sistem jalan raya, pengangkutan udara, kereta api dan pelabuhan yang moden
  • merancakkan aktiviti ekonomi negara
  • sistem pengangkutan mudahkan proses integrasi antara Semenanjung Malaysia dengan Sarawak dan Sabah
Perkembangan Wilayah
  • Jengka dirubuh melalui projek Segitiga Jengka oleh FELDA
  • dinamakan segitiga untuk mengambil kira lokasi Jengka yang terletak di antara 3 daerah, Temerloh, Maran dan Jerantut
  • pejabat pos, hospital, bank, institusi pendidikan, stadium mini, pusat perniagaan dan pejabat pentadbiran kerajaan disediakan

Kilang di kawasan perindustrian :

  1. Kilang Alps
  2. Kilang Bimbingan Bank Pembangunan
  3. bengkel kereta dan motor
 
Aspek Ekonomi
Perindustrian Berteknologi Tinggi
  • perindustrian ini melibatkan penggunaan jentera moden yang memerlukan kemahiran tinggi dan modal yang besar
  • The Heavy Corporations of Malaysia Berhad (HICOM) ditubuhkan pada 1980
   

Antara projek yang dilaksanakan :

  • membaiki kapal (Limbungan Pasir Gudang)
  • besi dan keluli (Perai, Pinang)
  • loji gas cecair (Bintulu, Sarawak)
Kawasan Perindustrian Baharu

Estet Perindustrian

  • dibangunkan oleh PKEN, Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah dan pihak swasta
  • dibangunkan secara bandar terancang
   

Taman Teknologi Perindustrian

  • merupakan pusat penyelidikan dan pembangunan industri
  • untuk menjalankan penyelidikan dan inovasi bagi membangunkan teknologi perindustrian
   

Zon Perindustrian Bebas

  • merupakan kawasan perdagangan yang diberi pelepasan cukai atau tarif sebagai insentif
  • tujuannya, menarik pengusaha labur dan merangsang ekonomi
  • digunakan oleh syarikat multinasional seperti Sime Darby Berhad
Kenderaan Buatan Malaysia
  • Penubuhan HICOM dan Kajian Dasar Perindustrian Malaysia - 1983, menggalakkan pertumbuhan industri kereta dan motor

Industri kereta tempatan

  1. PROTON - 7.5.1983
  2. PERODUA - 1993
  3. MODENAS
   
  • membuka peluang pekerjaan untuk tenaga kerja yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum
  • dapat meningkatkan pendapatan rakyat dan taraf hidup rakyat