02-01: Latar Belakang Sejarah Perlembagaan Persekutuan

2.1 Latar Belakang Sejarah Perlembagaan Persekutuan
 
Pengenalan
  • Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi sebagai teras pemerintahan sesebuah negara.
  • Sebelum kedatangan British, negara kita diperintah berdasarkan pemerintahan beraja.
  • Raja memerintah berdasarkan undang-undang dan peraturan yang digubal.
  • Pada zaman British, raja terus diterima sebagai pemerintah berdaulat.
  • Apabila merdeka, negara kita mempunyai perlembagaan yang merupakan unsur penting dalam sesebuah negara.
 
Gambar ini menunjukkan carta alir yang bertajuk ‘Asas Pembentukan Perlembagaan’. Terdapat dua kotak berwarna merah di bawah tajuk tersebut, masing-masing disambungkan dengan anak panah berkepala dua. Kotak di sebelah kiri berlabel ‘Undang-undang Negeri Melayu’, manakala kotak di sebelah kanan berlabel ‘Undang-undang British’. Di sudut kanan bawah gambar, terdapat logo Pandai.
Asas Perlembagaan Negara Sebelum Kedatangan Barat
  • Sebelum kedatangan kuasa Barat, negara kita sudah mempunyai undang-undang dan adat Melayu yang digunakan sebagai asas perlembagaan.
  • Undang-undang ini menjadi panduan serta kawalan kepada raja dan pembesar dalam proses pemerintahan negara.
  • Undang-undang bertulis yang terdapat di negara kita sebelum kedatangan British:
    • Hukum Kanun Melaka,
    • Undang-Undang Laut Melaka,
    • Hukum Kanun Pahang,
    • Undang-Undang Kedah,
    • Undang-Undang Johor,
    • Undang-Undang 99 Perak.

Asas Pembentukan Perlembagaan
Undang-undang Negeri Melayu
  • Raja sebagai pemerintah.
  • Rakyat memberi ketaatsetiaan.
  • Undang-undang dan sistem pemerintahan ditentukan oleh raja.
  • Undang-undang yang wujud pada zaman Kesultanan Melayu Melaka seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka mempengaruhi kandungan undang-undang bertulis di negeri Melayu termasuklah Hukum Kanun Pahang, Undang-Undang Kedah, Undang-Undang Johor dan Undang-Undang 99 Perak.
  • Sebelum kedatangan kuasa barat, negara kita mempunyai undang-undang dan adat Melayu yang menjadi panduan kepada raja dan pembesar dalam proses pemerintahan negara.
Undang-Undang Inggeris
  • British memperkenalkan undang -undang di Negeri-Negeri Selat (NNS) yang dikenali sebagai Charter of Justice.
  • Diambil daripada undang-undang yang digubal di England.
  • Piagam terpilih yang bersesuaian dengan kegunaan NNS sahaja diguna pakai.

  • Sarawak - Di Sarawak pula terdapat The Sarawak Application of Laws Ordinance 1949 yang menggunakan The Common Law of England.
  • Ogos 1956, Perlembagaan Sarawak beri kuasa pada badan Council Negri (Majlis Negeri) terdiri 45 ahli dan pengerusi Ketua Setiausaha.
  • Majlis Tertinggi dipengerusi Gabenor, anggota lain Ketua Setiausaha, Setiausaha Kewangan, Peguam Negara Perlembagaan Sarawak tahun 1959 beri kuasa pentadbiran negeri kepada Majlis Tertinggi dan Council Negeri.

  • Sabah - Di Sabah terdapat undang-undang yang sama disebut Sabah Application of Laws Ordinance 1951.
  • Majlis Undangan dan Majlis Kerja ditubuh pada 1950.
  • Majlis Undangan beri kuasa pada Gabenor untuk menggubal undang-undang dalam pemerintahannya.

Charter of Justice (CoJ) Butiran
CoJ I - 1807 Mewujudkan mahkamah di Pulau Pinang.
CoJ II - 1826 Menyatukan mahkamah di Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.
CoJ III - 1855 Mewujudkan mahkamah:
  • Singapura dan Melaka,
  • Pulau Pinang.

Kesimpulan
  • Institusi pemerintahan beraja diteruskan apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
  • Walaupun begitu, terdapat beberapa pindaan yang disesuaikan dengan konsep Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.
  • Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 diperkenalkan dan menjadi asas kepada perlembagaan negara kita pada hari ini.
  • Perlembagaan inilah menjadi asas kepada sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.