Ciri-ciri Negara Bangsa Kesultanan Melayu Melaka

1.2 Ciri-ciri Negara Bangsa Kesultanan Melayu Melaka
 
Pengenalan Pembinaan Negara dan Bangsa Malaysia
  • Asas pembinaan negara dan bangsa Malaysia ialah Kesultanan Melayu Melaka.
  • Kerajaan ini mempunyai sistem politik, peraturan dan pentadbiran yang tersendiri.
 
Gambar ini menunjukkan ciri-ciri negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka. Latar belakangnya berwarna coklat muda dengan teks berwarna merah gelap. Terdapat beberapa ciri yang disenaraikan dalam kotak berwarna merah, iaitu: 1. Rakyat 2. Kerajaan 3. Kedaulatan 4. Undang-undang 5. Wilayah Naungan 6. Wilayah Taklukan 7. Wilayah Pengaruh 8. Lambang Kebesaran 9. Perolehan Wilayah Melalui Perkahwinan

Kerajaan
  • Raja merupakan pemerintah tertinggi.
  • Menggunakan Sistem Pembesar Empat Lipatan:
    • Bendahara
    • Penghulu Bendahari
    • Laksamana
    • Temenggung
  • Menggunakan gelaran sultan setelah kedatangan Islam.
Rakyat
  • Terdiri daripada orang Melayu dan Orang Laut.
  • Terdapat golongan merdeka dan hamba.
  • Kesejahteraan rakyat dijamin oleh sultan.
Kedaulatan
  • Lambang kekuasaan tertinggi seseorang sultan.
  • Hak mutlak sultan untuk kawal rakyat dan wilayah.
  • Kedaulatan Kesultanan Melayu Melaka bebas daripada campur tangan kuasa asing.
  • Diiktiraf oleh kerajaan Dinasti Ming.
  • Kerajaan Dinasti Ming telah menghantar orang utusan, diketuai oleh Laksamana Cheng Ho untuk mengeratkan hubungan.
Wilayah Pengaruh
  • Merujuk kawasan pemerintahan raja yang diterima dan diakui oleh rakyat.
  • Kesultanan Melayu Melaka mempunyai wilayah pengaruh yang luas merangkumi keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan Pantai Timur Sumetara.
  • Diperoleh melalui penaklukan, naungan dan perkahwinan.
  • Membuktikan kewibawaan pemerintah kerajaan ini.
Undang-undang
  • Terdapat dua undang-undang bertulis pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
  • Hukum Kanun Melaka & Undang-Undang Laut Melaka.
  • Digunakan untuk mengukuhkan kerajaan dan melindungi kerajaan.
  • Menjadikan Kesultanan Melayu Melaka sebagai sebuah kerajaan unggul.
Lambang Kebesaran
  • Merupakan identiti sesebuah kerajaan dan keistimewaan Sultan Melaka.
  • Simbol kedaulatan sultan yang memerintah.
  • Ini termasuklah adat istiadat, penggunaan warna, nobat, regalia dan cap mohor.
  • Cap mohor digunakan untuk mengesahkan arahan daripada sultan.
 
Wilayah Taklukan
  • Diperoleh melalui peperangan.
  • Antara wilayah yang ditakluk:
    • Pahang
    • Kuala Linggi
    • Kelantan
    • Rokan
    • Inderagiri
    • Kampar
 
Wilayah Naungan
  • Wilayah yang menerima ketuanan Kesultanan Melayu Melaka melalui perkahwinan atau persahabatan.
  • Contoh:
    • Lingga
    • Patani
    • Kedah
 
Perolehan Wilayah melalui Perkahwinan

Kerajaan Majapahit hadiahkan Siantan kepada Sultan Mansur Shah kerana mengahwini Puteri Majapahit.