Pentadbiran Barat di Sarawak dan Sabah

 
5.4 Bentuk Pentadbiran Barat di Sarawak dan Sabah 
 
  • Pelbagai perubahan pentadbiran dilakukan bagi mencapai matlamat untuk peluasan kuasa di Sarawak dan Sabah oleh Dinasti Brooke
  • Perubahan ini memberi kesan besar kepada kehidupan masyarakat
 
Pemantapan Pentadbiran Barat di Sarawak dan Sabah
 

a) Pembahagian Wilayah

  • Pentadbiran Dinasti Brooke menyusun semula sistem pentadbiran dengan membuat pembahagian terhadap wilayah-wilayah yang dikuasai
 

 

 
 
b) Pengekalan Pembesar Tempatan
 
      
Sarawak
  • Dinasti Brooke melibatkan kalangan pembesar tempatan dalam sistem pentadbiran atas nama dasar amanah
  • Dasar ini digunakan bagi mengisi kekurangan pegawai-pegawai Eropah yang jumlahnya kecil
  • Penglibatan orang tempatan seperti kalangan Datu, iaitu Datu Patinggi, Datu Bandar, Datu Temenggung serta dua jawatan baru, iaitu Datu Imam dan Datu Hakim
  • Ketika zaman Charles Vyner Brooke, beberapa gelaran diwujudkan, iaitu Datu Menteri, Datu Pahlawan, Datu Bentara dan Datu Amar
  • Para pembesar tidak lagi dibenarkan mengutip cukai, sebaliknya diberikan gaji dan peranan membantu pentadbiran
  • Mengekalkan semua undang-undang temaptan dan adat yang tidak bercanggah dengan sistem barat

 

Sabah

 

  • Untuk kecekapan dan pentadbiran yang baik, SBUB membahagikan ketua peribumi kepada ketua yang diakui dan yang tidak diakui
  • Ketua Anak Negeri yang diakui diserapkan ke dalam sistem pentadbiran SBUB dan dibayar gaji, sementara Ketua Anak Negeri yang tidak diakui tidak dibayar gaji
  • Institusi peribumi yang utama ialah Institusi Ketua Anak Negeri, Ketua Kampung dan Mahkamah Anak Negeri 
  • Ketua bergaji akan memelihara keamanan dan peraturan serta mengutip cukai kepala dan mentadbir keadilan
  • Ketua Anak Negeri yang juga digelar Orang Kaya-Kaya (O.K.K) membantu Pegawai Daerah menjalankan pentadbiran pada peringkat daerah
  • Ketua Anak Negeri juga dilantik menjadi hakim di Mahkamah Anak Negeri dan bertugas dalam menjaga keamanan daerah mereka, memungut cukai dan mengurus pentadbiran pengadilan

 

 

c) Pentadbiran yang Berhierarki

  • Sarawak vs Sabah
 
 
d) Pentadbiran Berasaskan Kaum
 
Sarawak
  • Dinasti Brooke mengamalkan sistem pecah dan perintah
  • 3 kategori masyarakat dikelompokkan iaitu Melayu, Iban dan Cina
  • Orang Melayu dalam pentadbiran, orang Cina dalam ekonomi dan orang Iban dalam keselamatan dan ketenteraan
  • Charles Brooke mewujudkan jawatan tertinggi masyarakat Iban iaitu Temenggung
  • Bagi orang Cina diwujudkan jawatan Kapitan dan Kangcu
 
Sabah
  • Pentadbir dikenali sebagai Penolong Pegawai Daerah
  • Pentadbiran berasaskan peribumi di Sabah
  • Ketua etnik berperanan dan dipilih berdasarkan personaliti dan kepakaran
  • Memberi kesan kepada pentadbiran kerajaan peringkat tempatan
 
e) Perundangan