|
|
|
Pengertian sejarah merujuk tentang masyarakat dan peristiwa masa lalu yang diperoleh berdasarkan bukti. |
|
Sejarah |
Peristiwa yang berlaku pada masa lalu. |
|
|
Sejarawan |
Ahli sejarah yang menyelidiki rekod-rekod lalu dan memuatkan dapatan kajian mereka seperti dalam bentuk buku, monograf atau majalah. |
|
|
Pengertian sejarah dari aspek bahasa |
Bahasa |
Istilah |
Maksud |
Bahasa Melayu |
Syajaratun
|
(Perkataan Arab) Pokok
|
Sejarah |
Salasilah, riwayat, keturunan dan asal usul |
Kamus Dewan |
Sejarah |
- Asal usul (keturunan), salasilah
- Peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau, kisah, riwayat dan tambo
- Kajian atau pengetahuan tentang peristiwa-peristiwa yang telah lalu
|
Bahasa Inggeris |
History |
Cerita tentang seseorang |
Historia |
(Bahasa Yunani) Penyelidikan |
|
|
1.2 |
Pengertian Sejarah Mengikut Pandangan Sejarawan |
|
|
Sejarawan |
Pengertian Sejarah |
Herodotus |
Penceritaan tentang tindakan manusia yang penting dan mengagumkan serta sebab berlakunya sesuatu peristiwa.
|
E.H. Carr |
Suatu proses interaksi berterusan antara ahli sejarah dengan fakta-faktanya, suatu dialog yang tidak berkesudahan antara masa kini dengan masa lampau.
|
Ibn Khaldun |
Sejarah membicarakan perkara tentang masyarakat manusia, peradaban dunia dan perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-sifat masyarakat itu.
|
Khoo Kay Kim |
Sejarah merujuk kepada apa-apa yang pernah atau sudah berlaku.
Sejarah mendorong kita lebih memahami apa-apa yang berlaku pada masa kini, di samping menjamin kesilapan yang sama tidak berulang.
Sejarah ialah ibu kepada semua bidang.
|
Muhd Yusof Ibrahim |
Sejarah ialah masa lalu itu sendiri.
Sejarah juga merupakan catatan ataupun rekod tentang sesuatu peristiwa yang berlaku pada suatu masa yang lalu.
|
|
|
1.3 |
Masa Silam dan Ruang dalam Sejarah |
|
|
|
Sumber: Buku Teks Sejarah Tingkatan 1 KSSM |
|
Istilah |
Definisi |
Masa silam |
Rentetan peristiwa yang telah berlaku. |
Kronologi |
- Pengkajian masa silam berdasarkan urutan masa.
- Rentetan peristiwa yang berlaku secara teratur mengikut urutan masa dari awal hingga yang terakhir dan bergerak mengikut satu garisan lurus.
|
Dekad |
10 tahun |
Abad |
100 tahun |
Alaf |
1 000 tahun |
Sebelum Masihi (SM) |
Tahun-tahun sebelum kelahiran Nabi Isa AS. |
Masihi (M) |
Tahun bermula dengan kelahiran Nabi Isa AS. |
|
|
|
|
Sejarah ditulis berdasarkan kajian terhadap sumber sejarah yang membantu kita untuk mengetahui sesuatu peristiwa masa lalu. |
|
Sumber Sejarah |
Definisi |
Contoh |
Sumber primer |
- Sumber ini belum diolah atau diterbitkan
- Bersifat asli
- Belum ditafsir
|
- Fosil
- Artifak
- Bukan artifak
- Batu bersurat
- Keterangan lisan
- Dokumen rasmi
- Manuskrip
- Fail rasmi jabatan
- Surat peribadi
- Diari
|
Sumber sekunder |
- Bahan yang telah diolah dan diterbitkan
- Bahan tersebar kepada umum
|
- Buku
- Akhbar
- Majalah
- Jurnal
- Ensiklopedia
- Risalah
|
|
|
Istilah |
Definisi |
Artifak |
Peralatan ciptaan manusia yang digunakan untuk perburuan, pertanian dan perdagangan. |
Bukan artifak |
Data arkeologi berkaitan dengan budaya manusia yang terdapat di bawah tanah dan di atas permukaan tanah, seperti dinding gua, dinding kota dan struktur binaan. |
Fosil |
Tinggalan haiwan atau tumbuhan zaman prasejarah yang diawet dalam batuan. |
Manuskrip |
Bahan tulisan tangan yang telah disediakan oleh penulis untuk dicetak dan diterbitkan dalam bentuk buku dan lain-lain. |
Ensiklopedia |
Salah satu sumber sekunder. Bahan yang terkandung dalam ensiklopedia adalah berdasarkan fakta dan sumber sejarah yang sahih. |
|
|
1.5 |
Penyelidikan dalam Sejarah |
|
|
Terdapat tiga kaedah yang digunakan oleh sejarawan semasa melakukan penyelidikan sejarah. |
|
1. Kaedah bertulis
- Merupakan kajian terhadap sesuatu peristiwa daripada maklumat pada sumber yang dipahat atau ditulis.
- Contoh sumber bertulis:
- dinding gua,
- dipahat pada batu,
- kulit kayu
- gading
- daun lontar
- catatan harian seseorang
- fail kerajaan
- catatan pengembaraan
- batu bersurat
|
|
Proses kaedah bertulis |
- Mengenal pasti sumber bagi sesuatu peristiwa, tokoh atau institusi
- Mendapat dan mengesahkan sumber bertulis tersebut
- Menggunakan peralatan yang sesuai (penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi serta peralatan arkeologi)
- Menganalisis
|
|
|
- Iktibar daripada kaedah bertulis:
- Mengetahui sejarah masa lalu dalam pelbagai bidang seperti kebudayaan, keagamaan dan perubatan.
- Memperoleh maklumat daripada masyarakat tradisional di asia tenggara.
- Menyelidiki sejarah negara.
- Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702 Hijrah bersamaan tahun 1303 Masihi menceritakan perihal hukum Islam.
- Bukti kepada kewujudan agama Islam di negara kita.
|
|
2. Kaedah lisan
- Merupakan proses mendapatkan maklumat melalui temu bual.
- Orang sumber ialah orang yang memberikan maklumat melalui perhatian dan pengalaman sendiri
- Kelemahan kaedah lisan ialah adanya unsur tokok tambah.
- Ahli sejarawan perlu memilih,mentafsir dan membandingkan fakta bagi mendapatkan kebenaran sesuatu maklumat.
- Tiga tahap dalam kaedah lisan
- Persediaan
- Rakaman temu bual
- Memproses rakaman
|
|
3. Kaedah arkeologi
- Merupakan kaedah saintifk untuk mencari maklumat sejarah daripada bahan tinggalan sejarah menggunakan kaedah gali cari atau ekskavasi.
- Contoh bahan tinggalan sejarah:
- Fosil
- Tembikar
- Bahan logam
- Binaan daripada batu
- Langkah-langkah aktiviti gali cari di tapak penemuan:
- Perancangan grid sebelum kerja ekskavasi. Setiap petak diberikan nombor rujukan.
- Menandakan kawasan berdasarkan pelan.
- Ekskavasi dengan mencatatkan semua penemuan.
- Langkah-langkah kerja di makmal arkeologi:
- Pemunggahan dan pengisihan mengikut jenis artifak atau lapisan tanah di tapak artifak dijumpai.
- Pembersihan dilakukan sebelum dikaji.
- Pengkatalogan bagi setiap artifak dengan nombor pengenalan.
- Penganalisisan bagi mendapatkan maklumat tentang sesuatu artifak.
- Kaedah arkeologi bawah air:
- Kajian saintifk tentang sejarah peninggalan manusia yang terdampar di dasar laut, sungai atau tasik.
|
|
1.6 |
Tafsiran dalam Sejarah |
|
|
- Faktor wujud perbezaan tafsiran
- pemilihan sumber yang pelbagai
- perbezaan pandangan
- perbezaan ideologi
- tujuan penulisan
- Kepentingan tafsiran dalam sejarah
- Menggalakkan penggunaan pelbagai sumber dalam penulisan bagi menghasilkan kajian yang mempunyai bukti yang kukuh.
- Mengajak kita menilai sesuatu peristiwa yang sama tetapi dilihat dari sudut yang berbeza.
- Mendorong kita berfikiran terbuka dan kritis.
|
|
Contoh Tafsiran dalam Sejarah |
Peristiwa penentangan Tok Janggut di Pasir Puteh, Kelantan |
Pengkaji tempatan:
Penentangan peraturan cukai tanah dan hasil hutan yang membebankan orang ramai.
|
Pengkaji Barat:
Pemberontakan |
|
|
1.7 |
Kepentingan Mempelajari Sejarah |
|
|
- Mengenal asal usul
- Mengambil iktibar dan pengajaran
- Memupuk patriotisme
- Mengukuhkan perpaduan
- Membangunkan negara dan bangsa
- Mengaplikasikan Kemahiran Pemikiran Sejarah
|
|