Tafsiran dalam Sejarah

1.6   Tafsiran dalam Sejarah
 
Maksud tafsiran dalam sejarah
 
  • Tafsiran dalam sejarah bererti menerangkan atau mengulas sesuatu fakta sejarah berdasarkan sumber-sumber yang berkaitan dengannya.
 
Faktor wujud perbezaan tafsiran dalam sejarah
 
  • pemilihan sumber yang pelbagai
  • perbezaan pandangan
  • perbezaan ideologi
  • tujuan penulisan
 
Gambar ini menunjukkan tiga kotak berwarna dengan teks di dalamnya yang menjelaskan kepentingan tafsiran dalam sejarah. Kotak pertama berwarna merah dengan teks ‘Menggalakkan penggunaan pelbagai sumber dalam penulisan bagi menghasilkan kajian yang mempunyai bukti yang kukuh’. Kotak kedua berwarna oren dengan teks ‘Mengajak kita menilai sesuatu peristiwa yang sama tetapi dilihat dari sudut yang berbeza’. Kotak ketiga berwarna kuning dengan teks ‘Mendorong kita berfikir terbuka dan kritis’. Di atas ketiga-tiga kotak ini terdapat tajuk ‘KEPENTINGAN TAFSIRAN DALAM SEJARAH’. Di sudut kiri bawah terdapat logo ‘Pandai’.
 
Contoh Tafsiran dalam Sejarah
Peristiwa penentangan Tok Janggut di Pasir Puteh, Kelantan

Pengkaji tempatan:

Penentangan peraturan cukai tanah dan hasil hutan yang membebankan orang ramai.

Pengkaji Barat:

Pemberontakan
 
Durbar
 
  • Ialah perjumpaan atau persidangan umum yang diadakan oleh Raja-Raja Melayu dengan British.
  • Durbar menjadi asas kepada pembentukan Majlis Raja-Raja pada masa kini.
  • Contoh mesyuarat Durbar adalah seperti mesyuarat Majlis Raja-Raja dan Orang Besar-Besar Melayu yang pertama bagi membincangkan hal ehwal agama, adat-istiadat dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan orang Melayu.
  • Mesyuarat Majlis Raja-Raja dan Orang Besar-Besar Melayu diadakan pada bulan Julai 1897 di Kuala Kangsar, Perak.
  • Kewujudan Durbar ini memberikan kesedaran kepada setiap rakyat Malaysia agar lebih menghayati prinsip Rukun Negara yang kedua, iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara.