Menghasilkan Visi, Misi dan Objektif bagi Perniagaan Tertentu

3.5 Menghasilkan Visi, Misi dan Objektif bagi Perniagaan Tertentu
 
Imej ini menunjukkan peta minda dengan tajuk 'Indikator Perniagaan yang Boleh Digunakan untuk Mengukur Prestasi Perniagaan.' Terdapat enam awan biru yang mengandungi teks berikut: 'Titik Pulang Modal,' 'Daya Saing,' 'Syer Pasaran,' 'Jualan,' 'Penyediaan Perkhidmatan,' dan 'Maksimumkan Keuntungan.' Di tengah-tengah peta minda, terdapat teks utama yang dikelilingi oleh enam awan ini. Logo 'Pandai' juga terdapat di bahagian atas imej. Latar belakangnya adalah kertas grid putih.
 
Indikator Perniagaan yang Boleh Digunakan untuk Mengukur Prestasi Perniagaan
1. Titik pulang modal
  • Merupakan kaedah yang digunakan oleh perniagaan untuk merancang dan mengetahui hasil yang diperoleh bersamaan dengan jumlah kos yang ditanggung.
  • Pada titik ini, perniagaan balik modal, iaitu tidak mendapat untung dan juga tidak rugi.
  • TPM penting kerana dapat membantu perniagaan mengetahui sama ada perniagaan dapat terus beroperasi atau tidak serta kebolehan perniagaan untuk terus kekal dalam pasaran.

\(\text{TPM}=\dfrac{Kos\,Tetap}{Harga - Kos\,Berubah\,seunit}\)

2. Pertumbuhan perniagaan
  • Merujuk kepada hasil yang semakin meningkat dari semasa ke semasa dan seterusnya mendatangkan keuntungan perniagaan .
  • Untung ini boleh digunakan untuk membuka cawangan baharu dan membesarkan perniagaan sedia ada.
3. Memaksimumkan keuntungan
  • Berupaya mengunakan sumber-sumber perniagaan seperti bahan mentah, modal, modal insan, dan teknologi dengan cekap.
  • Penggunaan sumber dengan cekap dapat meminimumkan pembaziran serta kos pengeluaran dan hal ini dapat memaksimumkan keuntungan dalam jangka panjang.
4. Daya saing
  • Merujuk kepada kemampuan perniagaan terus kekal dalam industri berbanding dengan para saing.
  • Antara faktor yang menentukan daya saing dan kemampuan bertahan organisasi perniagaan dalam sesuatu industri ialah:
    • Kewangan;
    • Jaringan;
    • Sumber manusia;
    • Pemasaran;
    • Teknologi.
5. Syer pasaran
  • Merujuk kepada bahagian atau peratus penguasaan jumlah pengguna yang membeli barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sesebuah perniagaan dalam pasaran berbanding dengan pesaing dalam industri yang sama,
  • Contohnya industri kereta.
    • Jika menguasai syer pasaran, maka perniagaan berkenaan boleh menjadi pemimpin dan berkemampuan untuk terus kekal dan meraih keuntungan yang lebih besar dalam jangka masa panjang.
6. Jualan
  • Penjual boleh menggunakan pelbagai campuran promosi seperti jualan murah, diskaun harga, sampel, dan peraduan untuk menarik dan memujuk pengguna membeli barang dan melalui urus niaga jual beli antara penjual dengan pembeli, penjual akan memperoleh keuntungan sementara pembeli mendapat kepuasan daripada penggunaan sesuatu barang dan perkhidmatan.
7. Penyediaan perkhidmatan
  • Untuk menarik minat pengguna agar membeli barang dan perkhidmatan,
  • perniagaan pada masa kini menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti:
    • Pembelian atas talian;
    • Penghantaran barang ke rumah;
    • Kemudahan pembayaran;
    • Membaik pulih barang rosak.