Analisis Faktor-faktor yang Membawa Perubahan Kepada Persekitaran Perniagaan

2.3 Analisis Faktor-faktor yang Membawa Perubahan Kepada Persekitaran Perniagaan
 
Faktor Perniagaan
  • Setiap usahawan perlu peka terhadap faktor – faktor yang mempengaruhi perniagaan mereka.
  • Terbahagi kepada 2: Faktor dalaman dan faktor luaran.
  • Kedua -dua faktor ini dianalisis menggunakan SWOT (Strength, weakness, opputunities dan threat).
 
Faktor Dalaman
  • Faktor-faktor yang dimiliki oleh syarikat yang boleh memberi kekuatan dan kelemahan kepada sesebuah organisasi yang merujuk kepada faktor-faktor yang dimiliki oleh syarikat.
  • Boleh memberi kekuatan (S) dan kelemahan (W) kepada sesebuah organisasi.
  • Perkara yang boleh dikawal oleh syarikat.
1. Gaya pengurusan
  • Antaranya ialah gaya pengurusan laissez-faire, gaya pengurusan sokongan, gaya pengurusan sederhana, gaya pengurusan autokratik, dan gaya pengurusan demokratik.
2. Sumber manusia
  • Sumber manusia yang mencukupi dan berkemahiran tinggi akan menjadikan perniagaan menjadi lebih berdaya saing.
  • Sumber manusia boleh dibahagikan kepada sumber manusia dalaman dan sumber manusia luaran.
3. Teknologi maklumat
  • Sistem teknologi maklumat yang cekap dan berkesan membolehkan organisasi menjalankan urusan perniagaan dengan pembekal dan pelanggan dengan segera dan tepat.
  • Keputusan perniagaan dapat dibuat dengan serta-merta.
4. Pemasaran
  • Strategi pemasaran yang baik dan kukuh dapat mempengaruhi permintaan pengguna terhadap barang dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh organisasi.
  • Hal ini melibatkan elemen-elemen campuran pemasaran iaitu:
    • PRODUK – Menyatakan tentang tahap kualiti, reka bentuk, jenama, jaminan produk.
    • PENGEDARAN – Menerangkan saluran pengedaran, kawasan pengedaran, jenis pengangkutan.
    • PROMOSI – Kaedah untuk memberitahu dan memperkenalkan produk serta mempengaruhi pengguna membeli produk.
    • HARGA - Penetapan harga yang berpatutan, kemudahan kredit yang disediakan.
5. Pengeluaran
  • Barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan adalah bermutu dan dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
6. Penyelidikan dan Pembangunan
  • Dengan adanya penyelidikan dan pembangunan, perniagaan dapat meningkatkan mutu keluaran dan memperkenalkan keluaran baharu di pasaran.
  • Melalui penyelidikan pemasaran, perniagaan dapat mengetahui cita rasa pengguna dan trend pasaran.
7. Kewangan
  • Struktur kewangan organisasi yang kukuh membolehkan sumber kewangan digunakan secara optimum untuk memajukan perniagaan.
 
Jenis Gaya Pengurusan
1. Gaya pengurusan Laissez-faire
  • Majikan memberi ruang dan kebebasan kepada pekerja.
  • Organisasi gagal mencapai matlamat.
2. Gaya pengurusan Sokongan
  • Perhubungan yg baik antara pekerja dan majikan.
  • Risiko kegagalan masih wujud.
3. Gaya pengurusan Sederhana
  • Tindakan majikan yang bijak dalam menjaga hubungan dengan pekerja mereka.
4. Gaya pengurusan Autokratik
  • Pengurusan yg tegas untuk capai maklumat yg ditetapkan.
  • Gaya ini berpotensi untuk menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan pekerja.
5. Gaya pengurusan Demokratik
  • Majikan mengamalkan toleransi dan adanya hubungan yang baik dengan pekerja.
  • Dapat mempengaruhi pekerja untuk terus berusaha mencapai matlamat.
 
Faktor Luaran
Merujuk kepada faktor-faktor yang boleh memberi peluang (O) dan ancaman (T) kepada sesebuah syarikat.
1. Undang-undang
  • Peraturan dan undang-undang untuk melindungi pengguna, masyarakat, dan alam sekitar.
  • Boleh memberi kesan kepada cara perniagaan diuruskan, kos operasi dan peletakan harga, serta cara promosi produk.
2. Sosiobudaya
  • Cara hidup pengguna yang dipengaruhi oleh budaya dan agama serta umur dan jantina.
  • Boleh memberi kesan kepada permintaan sesuatu barang yang dikeluarkan oleh perniagaan.
3. Ekologi
  • Melibatkan isu alam sekitar serta kekurangan sumber-sumber.
  • Seperti bahan mentah dan tenaga yang diperlukan dalam proses pengeluaran.
4. Politik
  • Dasar dan polisi kerajaan dilaksanakan melalui undang-undang yang boleh membawa kesan positif atau negatif kepaaa perniagaan.
5. Ekonomi
  • Keadaan ekonomi yang meningkat.
  • Dapat meningkatkan prestasi perniagaan dan begitulah sebaliknya.
6. Teknologi
  • Perkembangan dan perubahan teknologi.
  • Membolehkan perniagaan meningkatkan mutu dan jenis keluaran dan hal ini seterusnya dapat meningkatkan peluang pasaran.

Maksud GSTPPPK
  • Gaya pengurusan (G).
  • Sumber manusia (S).
  • Teknologi maklumat (T).
  • Pemasaran (P).
  • Pengeluaran (P).
  • Penyelidikan dan pembangunan (P).
  • Kewangan (K).

Maksud USEPET
  • Undang-undang (U).
  • Sosiobudaya (S).
  • Ekologi (E).
  • Politik (P).
  • Ekonomi (E).
  • Teknologi (T).
 
Analisis
  1. Faktor Dalaman
    • Kekuatan (S) & Kelemahan (W)
       
  2. Faktor Luaran
    • Peluang (O) & Ancaman (T)
Strategi dan huraian
  1. Strategi dan huraian:
    • Kekuatan - peluang (SO);
      • Kekuatan - keunikan yg ada pada faktor dalaman (GSTPPPK) perniagaan.
      • Digunakan untuk merebut peluang yg ada daripada perkembangan faktor luaran (USEPET).
         
    • Kelemahan - peluang (WO);
      • Kelemahan - kekurangan dari faktor dalaman (GSTPPPK). Menggugat perkembangan perniagaan.
      • Perlu langkah proaktif rebut peluang oleh faktor luaran (USEPET).
         
    • Kekuatan - Ancaman (ST);
      • Kekuatan - dimiliki dari faktor dalaman (GSTPPPK) membantu menghadapi ancaman oleh faktor luaran (USEPET).
         
    • Kelemahan - Ancaman (WT);
      • Kekurangan - memberi ancaman kepada perniagaan.
      • Perlu startegi menjalinkan kerjasama dengan pihak lain.