19: Istiqamah Jalan Menuju Mujahadah

19  Istiqamah Jalan Menuju Mujahadah
Maksud Istiqamah
Ketaatan yang berterusan dalam melaksanakan suruhan Allah SWT dan menjauhi laranganNya.

 

Dalil Naqli Sifat Istiqamah

 1. Allah SWT berfirman dalam Surah Hud, Ayat 112:

Maksud :

 Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang telah diperintahkan kepadamu...

 2. Sufian bin Abdullah RA meriwayatkan bahawa beliau bertanya kepada Rasulullah SAW :

Maksud :

 " Wahai Rasulullah SAW katakanlah kepadaku satu perkataan yang berkaitan tentang Islam yang aku tidak perlu bertanya kepada orang lain. Baginda berkata: " Ucapkanlah : Aku beriman dengan Allah SWT, kemudia beristiqamahlah kamu."

Sumber : online.anyflip.com

 

Cara Memiliki Sifat Istiqamah
  1. Sentiasa bermujahadah melawan hawa nafsu agar berterusan mengamalkan sifat mahmudah.
  2. Sentiasa berdoa memohon bantuan Allah SWT agar dapat melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan larangannya secara berterusan.
  3. Sentiasa membaca dan mengambil iktibar daripada kisah para rasul yang istiqamah melakukan kebaikan.
  4. Sentiasa muhasabah diri agar ikhlas dan sabar dalam setiap tindakan.
  5. Sentiasa mempelajari ilmu dengan istiqamah supaya menjadi amalan dalam kehidupan.
  6. Sentiasa berkawan dengan rakan yang berdisiplin dalam melakukan kebaikan.

 

Contoh Sifat Istiqamah yang Diamalkan oleh Rasulullah SAW

 Contoh 1 : Istiqamah dalam Ibadah

  • Rasulullah SAW istiqamah dalam beribadah kepada Allah SWT. Baginda tidak jemu memohon keampunan daripada Allah SWT walaupun baginda seorang yang maksum.
  • Abu Hurairah RA mengatakan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Demi Allah SWT, sesungguhnya aku beristighfar dan bertaubat kepada Allah SWT lebih dari 70 kali etiap hari".

 

 Contoh 2 : Istiqamah dalam Berdakwah

  • Rasulullah tetap berdakwah menyebarkan agama islam walaupun menghadapi pelbagai ancaman dan kesusahan. Sifat istiqamah Rasulullah SAW dalam berdakwah terserlah melalui ketegasan baginda yang tidak akan meninggalkan usaha berdakwah walaupun digantikan dengan kesenangan dunia.

 (Nurul Yakin Fi Sirah Sayyidil Mursalin)

 

Hikmah Istiqamah
  1. Menzahirkan individu yang berakhlak mulia kerana melaksanakan kebaikan secara berterusan.
  2. Membentuk insan yang teguh pemberian dalam mempertahankan kebenaran.
  3. Memperkukuh jati diri dengan sifat sabar dan tidak berputus asa untuk berjaya.
  4. Memupuk sikap sanggup berkorban harta dan nyawa demi mempertahankan islam
  5. Membangunkan ekonomi kerana komitmen semua pihak untuk memajukan negara.
  6. Melahirkan sifat kebersamaan dalam masyarakat kerana sentiasa menjaga kepentingan bersama.