22: Bersikap Benar Menjauhkan Kemunafikan

22  Bersikap Benar Menjauhkan Kemunafikan
 
Maksud Bersikap Benar
Tidak berdusta dari segi perkataan, perkhabaran dan perbuatan.
 
Dalil Naqli
(٧٠) يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَقُولُوا۟ قَوْلًا سَدِيدًا
Maksud: Wahai orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah, dan katakanlah yang benar. (Surah Al-Ahzab, ayat 70)
 
Hukum Bersikap Benar
Wajib.
 
Tuntutan Bersikap Benar
 Benar dalam Tutur Kata
  • Tidak berbohong apabila berkata-kata dalam semua keadaan.
  • Memelihara diri daripada mengeluarkan lafaz yang jelas mendatangkan dosa dan mengelirukan.
Benar dalam Niat dan Kemahuan
  • Berniat ikhlas kerana Allah SWT.
  • Berniat untuk membuat kebaikan semata-mata.
Benar dalam Keazaman dan Cita-Cita
  • Bertekad mencapai apa-apa yang dicita-citakan.
  • Tindakan yang dilakukan seiring dengan keazaman untuk mencapai matlamat.
 Benar dalam Menepati Janji
  • Berjanji dengan apa-apa yang mampu ditunaikan.
  • Menunaikan apa-apa yang telah dijanjikan.
  • Melaksanakannya tepat dengan sesuatu yang telah dijanjikan.
Benar dalam Tugas
  • Melakukan tugasan tanpa mengharapkan balasan.
  • Melakukan tugasan dengan cara yang terbaik.
 
Contoh Rasulullah SAW Bersikap Benar
Contoh Potongan Ayat Maksud

1. Contoh 1:

  • Rasulullah menyampaikan wahyu Allah kepada umat manusia dengan bersifat benar.
  • Baginda tidak menokok tambah ayat yang disampaikan.
  • Ajaran Islam yang disebarkan juga tidak mengikut kehendak dan pendapat peribadi baginda.
  • Setiap tutur katanya berdasarkan Wahyu Allah.

(٣)وَمَا يَنطِقُ عَنِ ٱلۡهَوَىٰٓ

(٤)إِنۡ هُوَ إِلَّا وَحۡيٞ يُوحَىٰ

Dan ia tidak memperkatakan sesuatu menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakan itu tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya. (Surah An Najm, ayat: 3-4)

2. Contoh 2

  • Terdapat sebilangan orang yang suka bergurau tetapi tidak berkata benar dan berasa seronok bergurau dengan cerita-cerita palsu.
  • Rasulullah juga pernah bergurau namun baginda sentiasa bersikap benar, walaupun ketika sedang bergurau.
  • Al Hassan menceritakan bahawa seorang perempuan tua yang datang berjumpa Rasulullah SAW, supaya baginda mendoakannya masuk ke dalam syurga lalu baginda memberitahu bahawa orang tua tidak akan masuk ke dalam syurga. Wanita tua itu terus berlalu pergi sambil menangis. Lalu Rasulullah berfirman...

 (٣٦) فَجَعَلۡنَٰهُنَّ أَبۡكَارًا

 (٣٧) عُرُبًا أَتۡرَابٗا

Kamu beritahulah kepadanya bahawa sesungguhnya dia tidak akan masuk ke syurga dalam keadaan tua. Sesungguhnya Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya kami ciptakan wanita-wanita penduduk syurga itu secara langsung, di mana kami jadikan mereka gadis-gadis yang penuh dengan cinta (kepada suami masing-masing) dan sebaya umurnya". (Surah al-Waqiah, ayat 36-37)

Hikmah Bersikap Benar
  • Terpelihara daripada sifat munafik yang dibenci oleh Allah SWT.
  • Menenangkan hati kerana tidak melakukan dosa.
  • Saling bekerjasama kerana wujud perasaan saling mempercayai.
  • Menjadi contoh teladan kepada orang lain kerana maruahnya dipandang tinggi.