12:  Hindari Ajaran Sesat

12  Hindari Ajaran Sesat
 
Takrif Ajaran Sesat
Ajaran yang didakwa sebagai ajaran Islam sedangkan hakikatnya bercanggah dengan Al-Quran dan As-Sunnah.
 
Ciri Ajaran Sesat
 Aspek Al-Quran dan Al-Hadis
  • Memahami dan mentafsir Al-Quran dengan logik akal semata-mata tanpa mengikut disiplin ilmu yang betul.
  • Meyakini terdapat Al-Quran lain yang tersembunyi.
  • Hanya berpegang dengan Al-Quran dan menolak hadis sebagai sumber Islam.
Aspek Akidah
  • Mengaku menjadi nabi atau rasul.
  • Mendakwa diri atau gurunya sebagai Imam Al-Mahadi.
  • Mendakwa gurunya dapat menebus dosa.
  • Memuja makhluk untuk mendapat sesuatu kelebihan.
  • Mempercayai semua agama benar dan menuju ke syurga.
  • Menolak ilmu ghaib seperti malaikat dan jin.
Aspek Ibadah
  • Menolak kewajipan ibadah fardu.
  • Menghalalkan perzinaan atas nama nikah.
  • Beribadah dengan hanya berzikir bagi menggantikan solat.
  • Menunaikan ibadah haji di tempat yang dianggap suci selain Mekah al-Mukarramah.
Aspek Akhlak
  • Mengejek, merendah-rendahkan dan mempersendakan sahabat Nabi Muhammad SAW.
  • Bersifat taksub dengan ajaran guru sehingga menganggap hanya kumpulannya yang benar.
  • Memperkecil amalan masyarakat berdasarkan Sunnah Rasulullah sebaliknya berbangga dengan amalan bertentangan dengan Islam.
 
Kesan Melakukan Ajaran Sesat
Agama
  • Melemahkan iman dan merosakkan akidah.
  • Menjatuhkan imej umat Islam.
Ekonomi
  • Melahirkan individu yang pasif dan malas.
  • Membelanjakan wang pada perkara yang tidak berfaedah.
Politik
  • Menggugat kestabilan politik akibat tindakan keganasan.
  • Mewujudkan susana politik yang tidak harmoni akibat taksub kepada pemimpin kumpulan.
Kemasyarakatan
  • Membentuk individu masyarakat yang agresif dan kasar.
  • Memutuskan hubungan silaturahim dan persaudaraan Islam.
 
Cara Menjauhi Ajaran Sesat
Ilmu
  • Mempelajari akidah yang sebenar berdasarkan manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Sahabat
  • Menghindarkan diri daripada bergaul dengan orang yang dicurigai ilmu dan amalannya.
Amal
  • Memastikan amalan yang dilakukan benar-benar mengikut panduan Al-Quran dan As-Sunnah.
Kaji
  • Mencari maklumat daripada sumber yang sahih.
Doa
  • Berdoa memohon petunjuk.
Taubat
  • Bertaubat kepada Allah SWT atas keterlanjuran mengikuti ajaran sesat.
 
Amalan
Doa untuk Memohon Ketetapan Iman

رَبَّنَا لَا تُزِغۡ قُلُوبَنَا بَعۡدَ إِذۡ هَدَيۡتَنَا وَهَبۡ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةًۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡوَهَّابُ
MaksudWahai Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya. (Surah Ali Imran, ayat 8)