Solat Berjemaah Pengikat Hati

4.1

  Solat Berjemaah Pengikat Hati

Maksud Solat Berjemaah
BahasaBerkumpul.
IstilahSolat makmum bersama-sama dengan solat imam dengan sekurang-kurangnya seorang iamam dan seorang makmum mengikut syarat-syarat tertentu.
 
Hukum Solat Berjemaah
Bagi individu Sunat muakkad
Bagi komuniti masyarakat Fardhu kifayah
 
Dalil Solat Berjemaah
(٤٣) وَأَقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَ وَٱرْكَعُوا۟ مَعَ ٱلرَّٰكِعِينَ
Maksud: Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk. (Surah Al-Baqarah, 2: ayat 43)
 
Syarat menjadi Imam
  • Imam boleh membaca Al-Fatihah dengan bacaan yang betul.
  • Imam lelaki bagi semua makmum. Imam perempuan pula hanya boleh jika semua makmum adalah perempuan.
  • Makmum meyakini sahnya solat imam.
 
Ciri-ciri Keutamaan Orang yang Dipilih sebagai Imam
  1. Pemimpin.
  2. Imam yang dilantik oleh pemerintah.
  3. Tuan rumah.
  4. Lebih alim dan berpengetahuan.
  5. Lebih fasih bacaan Al-Quran.
  6. Lebih warak dan soleh.
  7. Lebih baik akhlaknya.
  8. Lebih bersih badannya dan kemas pakaiannya.
  9. Lebih merdu suaranya.
  10. Telah berkahwin.
  11. Lebih tua.
 
Perbezaan Makmum Muafik dan Makmum Masbuk
Makmum Muafik Makmum Masbuk
  • Makmum yang sempat membaca Al-Fatihah dengan sempurna bersama-sama dengan imam sebelum imam rukuk pada rakaat pertama.
  • Makmum muafik hendaklah menyempurnakan rakaat bersama-sama dengan imam.
  • Makmum yang tidak sempat membaca Al-Fatihah dengan sempurna bersama-sama dengan imam sebelum imam rukuk pada rakaat pertama.
  • Jika sempat rukuk dan tamakninah bersama-sama dengan imam, makmum mendapat rukuk pertama.
  • Makmum masbuk hendaklah sempurnakan rakaat yang tertinggal selepas imam memberi salam.
 
Kaifiat Solat bagi Makmum Masbuk
  1. Tidak tergesa-gesa mendapatkan rakaat bersama imam.
  2. Berdiri tegak, berniat, takbiratulihram dan tamakninah serta terus mengikut pergerakan imam.
  3. Tidak memberi salam bersama-sama dengan imam, sebaliknya berdiri selepas imam memberi salam untuk menyempurnakan rakaat yang tertinggal.
  4. Menyempurnakan segala rukun solat sehinggan salam.
 
Hikmah Solat Berjemaah

Solat secara berjemaah dapat:

  • Melahirkan masyarakat yang berdisiplin dan patuh kepada araahn pemimpin kerana melazimkan diri mengikut segala pergerakan imam.
  • Menyatukan hati umat Islam kerana sentiasa solat dalam saf yang teratur.
  • Melatih diri menjadi pemimpin yang berkualiti kerana mengikut kaifiat solat berjemaah yang betul.
  • Ganjaran pahala dengan kelebihan 27 ganda berbanding solat bersendirian.
  • Menjadikan tubuh badan lebih  segar dan bertenaga kerana solat berjemaah menyambungakn cas elektrik positif dan negatif dalam badan.