Muat Turun App
Google Android
Apple iOS
Huawei
English
English
Malay
Pelawat
Log Masuk
Daftar
Utama
Kuiz
Battle
Latihan
Kelas
Senarai Kelas
Jadual
Tugasan
Belajar
Hub Belajar
Nota Ringkas
Video
Eksperimen
Buku Teks
Log Masuk
Daftar
Muat Turun App
Google Android
Apple iOS
Huawei
EN
MS
Belajar
Nota Ringkas
Senarai
19: Perkembangan Islam Selepas Pembukaan Kota Mekah
Kembali
19: Perkembangan Islam Selepas Pembukaan Kota Mekah
19
Perkembangan Islam Selepas Pembukaan Kota Mekah
Strategi Nabi Muhammad S.A.W. Berdakwah
Strategi Pertama: Mengukuhkan Negara Islam
Membantu masyarakat mengikut acuan Islam.
Menghapuskan amalan jahiliyah seperti penyembahan berhala dan hidup mementingkan kabilah serta keturunan.
Melengkapkan kaum muslimin dengan ilmu agama.
Menekankan amalan tidak mensyirikkan Allah, taat kepada Nabi, mengukuhkan persaudaraan Islam dan menjauhi larangan seperti membunuh dan berzina.
Memperkasakan ekonomi umat Islam.
Mengutuskan pemungut zakat dan jizyah kepada kabilah-kabilah dan negeri-negeri yang dikuasai Islam.
Strategi Kedua: Menekankan Tanggungjawab Berdakwah
Peranan menyampaikan kebenaran Islam dipikul oleh setiap muslim.
Saling berganding bahu mempertahankan kesucian Islam daripada ancaman musuh.
Strategi Ketiga: Menjalankan Hubungan Luar
Menghantar utusan dan gabenor.
Para utusan nabi dihantar kepada kabilah-kabilah Arab dan ditugaskan berdakwah serta menyeru mereka agar memeluk Islam.
Para gabenor dilantik untuk dihantar ke negara-negara yang dikuasai Islam dan ditugaskan untuk berdakwah serta mengajar tentang ajaran Islam.
Menerima kedatangan delegasi-delegasi kabilah Arab.
Baginda menerima kunjungan mereka yang berhasrat untuk memeluk Islam.
Info
Jizyah ialah cukai yang diberi oleh rakyat bukan beragama Islam yang bernaung atau tinggal di negara Islam.
Cabaran Berdakwah
1. Menghadapi Penentangan Bersenjata daripada Musuh Islam
Penentangan berlaku akibat kemarahan dan rasa tidak puas hati melihat kejayaan Islam membuka Kota Mekah. Mereka juga berasa terancam dan mahu menyekat pengaruh Islam. Maka tercetuslah beberapa peperangan seperti Perang Hunain dan Perang Tabuk'.
Perang Hunain
- Berlaku di Hunain pada tahun ke-8 Hijrah. Peperangan ini tercetus apabila kabilah Hawazin dan bani Thaqif tidak berpuas hati dengan kemenangan Islam dan berasa terancam. Bilangan kaum muslimin seramai 12,000 orang. Tentera musuh pula membawa anak, isteri dan harta benda bersama-sama dengan mereka. Peperangan ini berakhir dengan kemenangan pada pihak muslimin. Selepas peperangan ini, ramai daripada mereka memeluk Islam termasuklah Malik bin Auf yang mengetuai peperangan ini.
Perang Tabuk
- Berlaku di Tabuk pada tahun ke-9 Hijrah. Tercetus apabila kerajaan Rom berasa terancam dan mahu menyekat pengaruh Islam yang semakin meluas. Bilangan kaum muslimin seramai 30,000 orang manakala bilangan musuh adalah seramai 40,000 orang. Peperangan ini berakhir dengan kemenangan pihak muslimin tanpa berlakunya pertempuran setelah Allah mencampakkan rasa gerun dan takut di hati musuh.
2. Menghadapi Golongan Munafik
Golongan yang berpura-pura Islam dan tiggal bersama kau muslimin. Golongan ini selalu mencari jalan untuk melemahkan kekuatan umat Islam.
Antaranya ialah:
Sentiasa berikan alasan dan menolak apabila diminta mempertahankan Islam.
Menjalankan hubungan dengan raja Rom untuk bersama-sama melemahkan umat Islam.
Membina Masjid Dhirar dengan tujuan menyaingi Masjid Kuba' dan memecahbelahkan kau muslimin.
Iktibar daripada Perkembangan Dakwah Islam
Kita hendaklah melaksanakan tanggungjawab berdakwah menyebarkan kebenaran Islam kepada semua. Tugas berdakwah ini mestilah disertai dengan ilmu, perancangan dan cara yang berhikmah.
Kita hendaklah memelihara kesatuan dan kesepaduan umat ISlam dan rakyat Malaysia kerana dengannga negara akan stabil dari sudut politik, sosial dan ekonomi.
Musuh Islam sentiasa mencari kelemahan orang Islam. Oleh itu, kita mestilah menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh kerana dengan ilmu kita dapat menangkis dakyah-dakyah daripada musuh Islam.
Rumusan
Dengan pertolongan Allah dan pengorbanan Nabi Muhammad S.A.W. serta para sahabat, kini Islam telah berkembang keseluruh dunia.

Bab : Sirah
Topik : Perkembangan Islam pada zaman Rasulullah SAW selepas pembukaan Kota Mekah
Tahun 6
Pendidikan Islam
Lihat semua nota bagi Pendidikan Islam Tahun 6
Nota yang berkaitan
17: Perjanjian Hudaibiyah
18: Pembukaan Kota Mekah
1: Tilawah Surah Asy-Syarh
2: Tilawah Surah Ad-Duha
3: Hafazan: Surah Asy-Syarh
4: Hafazan Surah Ad-Duha
5: Kefahaman Surah Al-Ma'un
6: Tajwid: Bacaan Mad pada kadar 2, 4 dan 6 harakat
7: Tajwid: Bacaan Mad pada kadar 4 dan 5 harakat
8: Tajwid: Bacaan Mad pada kadar 6 harakat
Laporkan nota ini
Tuisyen Online
Belajar bersama Tutor Selebriti
Ketahui lebih lanjut
Register for pandai account for free now
Laporkan Masalah
×
Ada yang tidak kena dengan soalan ini.
Content text
Content graphic
Fakta Tidak Tepat
Maklumat Tambahan dan Komen
Hantar Laporan
Kemas kini Kandungan
×
Loading...
Kuiz
Video
Nota
Akaun