18: Pembukaan Kota Mekah

18 Pembukaan Kota Mekah
 
Latar Belakang Pembukaan Kota Mekah
  • Pihak musyrikin Quraisy di Mekah telah mengkhianati perjanjian Hudaibiyah yang dipersetujui mereka. Mereka telah membantu sekutu mereka, iaitu Bani Bakar memerangi kabilah Khuzaʽah yang mengikat janji setia dengan pihak muslimin.
  • Mengikut Perjanjian Hudaibiyah, pihak musyrikin Quraisy dan pihak muslimin bebas membuat perjanjian dengan mana-mana pihak dan berlaku gencatan senjata selama 10 tahun.
  • Apabila Nabi Muhammad S.A.W. mendapat berita ini, Baginda memerintahkan kaum musliin agar membuat persiapan untuk berangkat ke Mekah bersama-sama dengan Nabi. Baginda merahsiakan tujuan dan pergerakan mereka daripada pihak musyrikin Quraisy. Nabi melantik Kulsum bin Husain menjadi pengganti Baginda di Madinah.
 
Peristiwa Pembukaan Kota Mekah
  • Pada bulan Ramadan tahun Ke-8 Hijrah, Nabi Muhammad S.A.W bersama-sama dengan kaum muslimin berangkat menuju ke Mekah. Bilangan mereka adalah seramai 10,000 orang.
  • Setibanya di Marru az-Zahra, Baginda memerintahkan kaum muslimin supaya membina khemah dan menyalakan obor api sebanyak yang mungkin. Tindakan ini menjadikan musyrikin Quraisy berasa gerun kerana menyangka bilangan mereka yang ramai.
  • Setibanya di Dzu Tuwa, Nabi Muhammad S.A.W. telah memerintahkan kaum muslimin supaya masuk ke Mekah melalui jalan yang berbeza. Tujuannya untu melemahkan kesatuan dan kekuatan musyrikin Quraisy di Mekah. Baginda juga mengingatkan mereka agar tidak memerangi musyrikin Quraisy kecuali apabila diserang. Kaum muslimin yang dipimpin oleh Khalid al-Walid telah diserang tetapi akhirnya dapat masuk ke Kota Mekah.
  • Dari Dzu Tuwa, Baginda masuk ke Kota Mekah dengan menunggang unta dan menundukkan kepala tanda merendah diri kepada Allah serta bersyukur atas nikmat kemenangan umat Islam membuka Kota Mekah. Baginda memberikan jaminan keselamatan kepada penduduk Mekah yang masuk ke rumah masing-masing, ke Masjidil Haram atau ke rumah Abu Sufian. Jaminan keselamatan ini menyebabkan penduduk Mekah memilih keamanan daripada berperang dengan kaum muslimin.
  • Apabila tiba di Baitullah, Baginda elakukan tawaf dan memusnahkan 360 buah berhala yang ada di dalam dan sekeliling Kaabah. Selepas itu Baginda berucap di khalayak ramai tentang kebebasan dan kemaafan yang diberikankepada musyrikin Quraisy atas kesilapan yang lalu. Akhirnya, ramai dalam kalangan mereka bersetuju berbaiah kepada Nabi Muhammad S.A.W. sera berjanji taat setia kepada Allah dan Rasul.
 
Info

Abu Sufyan ialah pemimpin Quraisy yang telah memeluk Islam.

Imej ini mengandungi carta yang bertajuk ‘Iktibar Daripada Peristiwa Pembukaan Kota Mekah’. Di tengah-tengah carta terdapat bulatan biru gelap dengan tajuk tersebut. Terdapat empat bulatan yang lebih kecil di sekeliling bulatan tengah, masing-masing dihubungkan dengan garis putus-putus. Keempat-empat bulatan tersebut mengandungi teks berikut: 1. ‘Menjadi seorang yang pemaaf’ (bulatan hijau di sebelah kanan atas). 2. ‘Mengamalkan sifat sabar dalam kehidupan’ (bulatan hijau di sebelah kanan bawah). 3. ‘Mencontohi akhlak Baginda yang tawadduk dan sentiasa bersyukur’.
 
Rumusan
  • Pembukaan Kota Mekah berlaku dalam keadaan aman.
  • Selepas peristiwa ini, agama Islam semakin berkembang luas.