Pengurusan Kredit dan Hutang

 
3.2  Pengurusan Kredit dan Hutang
 
  • Suatu perjanjian kontrak antara pembekal (bank) dan pengguna.
  • Kredit ialah suatu penangguhan pembayaran yang diberikan oleh pembekal kepada pengguna.
 
Kelebihan kad kredit:
 
  • Pengguna kad kredit boleh menikmati sistem ganjaran dalam bentuk rebat tunai atau penebusan mata.
  • Tidak perlu membawa tunai yang banyak.
  • Kaedah pembayaran yang mudah dan cekap.
  • Kemudahan membeli barangan dan perkhidmatan atas talian.
 
Kekurangan kad kredit:
 
  • Dibebankan dengan caj-caj seperti yuran tahunan, caj kewangan (faedah), caj faedah pendahuluan wang tunai dan caj bayaran lewat.
  • Berbelanja lebih daripada sepatutnya.
  • Sesetengah kedai tidak menerima pembayaran melalui kad kredit.
 
  • Hutang ialah suatu amaun yang telah dipinjam tetapi belum dilunaskan.
 
Faedah sama rata:
 
  • Kadar faedah akan dikira pada jumlah pinjaman asal sepanjang tempoh pinjaman.
  • Jumlah faedah yang dikenakan setiap bulan adalah tetap.
 
Faedah atas baki:
 
  • Jumlah faedah yang dikenakan setiap bulan bergantung kepada jumlah baki pinjaman pada bulan tersebut.