Geografi Kawasan: Dunia

 

 Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar di Dunia

 
Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar di Dunia
 

Taburan tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar di

  1. Gurun Panas
  2. Hutan Monsun Tropika
  3. Hutan Daun Luruh Sederhana
  4. Hutan Konifer

Gurun Panas

Kawasan Gurun Panas meliputi :

  • Gurun Thar
  • Gurun Arab
  • Gurun Iran
  • Gurun Mojave
  • Gurun Sahara
  • Gurun Atacama
  • Gurun Besar Australia
Sumber: Buku Teks Geografi Tingkatan 3 (KSSM)
 

Hutan Monsun Tropika

Hutan Monsun Tropika yang mengalami musim kering dan musim hujan yang nyata tumbuh di kawasan:

  • India
  • Sri Lanka
  • Bangladesh
  • Filipina
  • Myanmar
  • Thailand
  • Laos
Sumber: Buku Teks Geografi Tingkatan 3 (KSSM)
 

Hutan Daun Luruh Sederhana

Kawasan Hutan Daun Luruh Sederhana meliputi kawasan:

  • Amerika Utara
  • Jepun
  • New Zealand
  • Amerika Selatan
  • Eropah Barat
  • Korea Selatan
  • Australia
Sumber: Buku Teks Geografi Tingkatan 3 (KSSM)
 

Hutan Konifer

Kawasan hutan ni meliputi :

  • Amerika Utara
  • Kanada Utara
  • Eropah
  • Rusia
Sumber: Buku Teks Geografi Tingkatan 3 (KSSM)
 
Kepentingan Tumbuh-tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar di Dunia
 

Kepentingan tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar terhadap sektor berikut:

  1. Pelancongan
  2. Penghalang hakisan
  3. Ekonomi
  4. Sumber perubatan

1. Pelancongan

  • Kebanyakan kawasan hutan semula jadi di dunia sesuai dijadikan sebagai pusat ekopelancongan
  • 81% daripada Hutan Monsun Tropika adalah terdiri daripada Erawan National Park di Thailand dan menempatkan hidupan liar yang hampir pupus.
  • Sebagai contoh gajah dijadikan sebagai pengangkutan untuk menjelajah kawasan Erawan National Park
  • Di kawasan Gurun Panas, unta turut dijadikan sebagai pengangkutan dan tarikan pelancong

2. Penghalang hakisan

  • Tumbuh-tumbuhan semula jadi memainkan peranan penting dalam menghalang hakisan tanah  
  • Daun yang besar mampu memecahkan butiran hujan dan mengurangkan kelajuan titisan air yang jatuh ke bumi
  • Akar pokok akan mengurangkan air larian permukaan dan menjadi penghalang hakisan  
  • Di kawasan paya air masin pula, pokok-pokok bakau dapat menghalang tindakan hakisan oleh air laut
  • Akar pokok bakau menguatkan struktur tanah serta menahan tindakan ombak di pinggir laut

3. Ekonomi

  • Batang pokok Hutan Konifer dan Hutan Monsun Tropika digunakan untuk tujuan pembalakan yang menghasilkan sumber kayu balak untuk dieksport dan juga membekalkan bahan mentah untuk membuat kertas
  • Aktiviti pembalakan telah membuka peluang pekerjaan kepada penduduk di kawasan tersebut

4. Sumber perubatan

  • Penyelidikan di Barat telah mendapati bahawa tumbuh-tumbuhan bukan sahaja bernilai estetika malah boleh merawat pelbagai jenis penyakit   
  • Bahagian tumbuh-tumbuhan yang sering digunakan sebagai ubat atau ramuan ubat ialah daun, bunga, akar, kulit kayu dan hampas buah
  • Sebagai contoh, batang pokok prickly pear dapat mengurangkan tahap kolesterol yang tidak baik dalam badan seseorang dan dapat membantu mengekalkan kandungan gula dalam badan serta membantu merawat penyakit kencing manis
  • Pokok oak juga digunakan dalam menyembuhkan masalah cirit-birit, sakit tekak dan luka   
  • Daun pokok pain yang kaya dengan vitamin C boleh digunakan untuk membuat teh manakala biji pain berfungsi sebagai bahan antiseptik semula jadi untuk merawat luka
 

 Sumber Semula Jadi Utama dan Kerjasama Ekonomi Dunia

 
Taburan Sumber Semula Jadi Utama di Dunia
 

Sumber tenaga terbahagi kepada:

  1. Sumber tenaga bahan bakar
  2. Sumber tenaga alternatif
 
SUMBER TENAGA BAHAN BAKAR NEGARA
Petroleum Arab Saudi
Gas asli Amerika Syarikat
Arang Batu Rusia
 
SUMBER TENAGA ALTERNATIF NEGARA
Ombak Perancis
Angin Belanda
Geoterma Iceland
Air China
Suria Jepun
Biomas India
 
Peta negara sumber tenaga utama dunia
 
Sumber: Buku Teks Geografi Tingkatan 3 (KSSM)
 
Krisis Sumber Semula Jadi di Dunia
 

Eksploitasi dan penerokaan sumber secara berterusan dan tidak terancang mengakibatkan kuantiti sumber semula jadi di dunia semakin berkurangan.

Krisis sumber semula jadi dalam aspek :

  • Ekonomi
  • Politik
  • Masyarakat
  • Alam sekitar
 
Contoh Kerjasama Ekonomi Antarabangsa
 

Diwujudkan atas dasar ingin membantu sesama negara dalam bidang ekonomi.

1. Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara atau Association of Southeast Asian Nations (ASEAN)

  • Kerjasama ekonomi serantau yang ditubuhkan pada tahun 1967
  • Dianggotai oleh 10 buah negara Asia Tenggara, iaitu Thailand, Malaysia,   Singapura, Indonesia,  Vietnam, Myanmar, Filipina, Kemboja, Brunei Darussalam dan Laos  
  • Menggalakkan kerjasama dalam pelbagai bidang antara negara anggota seperti pendidikan, pelancongan serta penyelidikan dan pembangunan (R&D)

2. Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia, Malaysia dan Singapura

  • Kerjasama segi tiga pertumbuhan IMS-GT yang ditubuhkan pada tahun 1992
  • Meliputi kawasan Kalimantan Barat,  Wilayah Riau, Sumatera Selatan, Johor, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan dan Singapura
  • Menggalakkan kerjasama dalam bidang ekonomi seperti pelaburan, perdagangan, perindustrian, pertanian, perikanan dan pelancongan

3. Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia, Malaysia dan Thailand

  • Kerjasama segi tiga pertumbuhan IMT-GT yang ditubuhkan pada tahun 1994
  • Dianggotai oleh 10 buah wilayah di Sumatera, lapan buah negeri di Semenanjung Malaysia (Perlis, Kedah, Negeri Sembilan, Kelantan, Perak, Melaka, Selangor dan Pulau Pinang) dan 14 buah wilayah di selatan  Thailand
  • Bidang fokus utama ialah pertanian dan industri asas tani, pelancongan, produk halal dan perkhidmatan

4. Kesatuan Eropah atau European Union (EU)

  • Komuniti Ekonomi Eropah atau kini dikenali sebagai Kesatuan Eropah yang ditubuhkan pada tahun 1958
  • Dianggotai 28 buah negara, iaitu Austria, Belgium, Bulgaria, Croatia Cyprus, Republik Czech, Denmark, Estonia, Finland, Perancis, Jerman, Greece, Hungary, Ireland, Itali, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Malta, Netherlands (Belanda), Poland, Portugal, Romania, Slovakia, Slovenia, Sepanyol, Sweden dan United Kingdom
  • Perniagaan dan perdagangan bebas antara negara EU tanpa had kuantiti import dan eksport

5. Pertubuhan Ekonomi Negara-negara Asia Pasifik atau Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC)

  • Kerjasama ekonomi serantau yang ditubuhkan pada tahun 1989
  • Keanggotaan melibatkan China, Amerika Syarikat, Vietnam, Jepun, Rusia, Filipina, Indonesia, Korea Selatan, Peru, Singapura, Australia, Hong Kong, Thailand, Kanada, Malaysia, Mexico, New Zealand, Chile, Taipei, Brunei Darussalam dan Papua New Guinea
  • Menggalakkan perdagangan bebas dan pelaburan dalam kalangan negara anggota

Contoh Kerjasama Ekonomi antara Malaysia dengan Negara Lain Berkaitan Sumber Semula Jadi

Import

  • Kerjasama ekonomi dunia yang bersifat dua hala membolehkan negara Malaysia mengimport sumber semula jadi dari negara luar yang menjadi rakan dagang Malaysia.
Sumber: Buku Teks Geografi Tingkatan 3 (KSSM)
 

Eksport

  • Malaysia menjadi pengeksport utama sumber semula jadi kepada beberapa buah negara yang menjadi rakan dagang.
Sumber: Buku Teks Geografi Tingkatan 3 (KSSM)
 
Kepentingan Kerjasama Ekonomi Antarabangsa
 

Kepentingan kerjasama ekonomi antarabangsa :

  1. Mendapatkan bekalan buruh asing
  2. Memperoleh bahan mentah
  3. Meningkatkan pelaburan
  4. Menggalakkan pemindahan teknologi
  5. Membentuk hubungan perdagangan
  6. Meluaskan pasaran