Geografi Manusia: Sumber Semula Jadi dan Kegiatan Ekonomi

 

Sumber Semula Jadi di Malaysia 

 
Sumber Semula Jadi di Malaysia
 

Merujuk bahan atau punca yang terdapat di sekeliling kita, sama ada di :

  • Atas permukaan bumi
  • Di dalam bumi
  • Di dalam air

Dua jenis sumber semula jadi iaitu :

  1. Sumber boleh baharu
  2. Sumber tidak boleh baharu.

Sumber boleh baharu

  • Sumber semula jadi yang tidak akan habis walaupun diambil dan digunakan secara berterusan.
 
Sumber: Buku Teks Geografi Tingkatan 3 (KSSM)
 

Sumber Tidak Boleh Baharu

 

  • Sumber semula jadi yang akan habis atau pupus dalam jangka waktu yang tertentu jika penerokaan sesuatu sumber itu tidak dikawal dan dirancang dengan baik.
  • Sumber tidak boleh baharu antaranya terdiri daripada sumber mineral yang diperoleh dengan menggali atau melombong permukaan dan kerak bumi.  
  • Terdapat sumber mineral yang digali di dasar laut seperti petroleum dan gas asli.
  • Sumber mineral pula terbahagi kepada dua jenis, iaitu logam dan bukan logam.
 
CONTOH SUMBER MINERAL LOGAM
  • Kuprum (Wayar)
  • Bauksit (Bahan asas aluminium)
  • Emas (Barangan kemas)
  • Bijih timah (Barangan piuter)
  • Bijih besi (Barangan logam)

 

CONTOH SUMBER MINERAL BUKAN LOGAM
  • Kaolin(Barangan tembikar)
  • Batu granit(Industri pembinaan)
  • Gas asli(Industri kimpalan)
  • Arang batu(Industri melebur besi)
  • Petroleum(Bahan bakar)
  • Pasir(Barangan kaca)

 

 
Taburan Sumber Boleh Baharu dan Sumber Tidak Boleh Baharu di Malaysia
 

1. Sumber Semula Jadi Boleh Baharu: Air (Empangan Hidroelektrik)

Jumlah hujan kira-kira  2 600 mm setahun menjadikan Malaysia amat berpotensi membangunkan  kuasa hidroelektrik

Empangan ialah tambak yang dibina untuk menahan aliran air

Air sungai yang diempang, apabila dilepaskan akan memutarkan turbin dan menghasilkan tenaga elektrik

Sumber: Buku Teks Geografi Tingkatan 3 (KSSM)
 
2. Sumber Semula Jadi Boleh Baharu: Hutan
 
JENIS HUTAN DAN TANIH LOKASI HASIL HUTAN

Hutan Hujan Tropika

Tanih aluvium

Tanih laterit

Bahagian tengah  Semenanjung Malaysia

Bahagian pedalaman  Sabah dan Sarawak

Cengal, meranti, merbau,  mersawa, jelutung, keruing, nyatuh, buluh, rotan, orkid, paku-pakis dan tumbuhan herba

Harimau, gajah, tapir, landak, kancil dan monyet

Hutan Paya Air Tawar

Tanih gambut

Tanih aluvium

Sekitar Tasik Chini, Tasik Bera,  Rompin dan Pekan (Pahang)

Sabak Bernam dan  Tanjung Karang (Selangor)

Dataran Hilir Perak

Sekitar Sungai Lupar dan  Sungai Rajang (Sarawak)

Pokok mengkuang, nipah, palma, keladi air, putat, palas, keriang, meranti jaya dan semayur

Ikan air tawar, katak, ular, biawak, buaya, burung dan kera

Hutan Paya Air Masin

Tanih gambut

Tanih aluvium

Laut Matang (Perak)

Sebahagian pantai  Kuala Selangor

Pantai Samarahan-Sadong (Sarawak)

Delta Labuk-Sugut (Sabah)

Pokok bakau: Bakau minyak, api-api, perepat dan tumu

Ikan, siput, ketam, udang,  ular, burung, memerang,  keluang dan kera

Hutan Pantai

Tanih berpasir

Pantai Tanjung Rhu, Langkawi (Kedah)

Pulau Sipadan (Sabah)

Pulau Talang-talang (Sarawak)

Pantai Penarik (Terengganu)

Pokok ru, tapak kuda,  mengkuang laut, bebaru, pokok kelapa dan rumput pantai

Burung, tupai, ular, ketam,  siput dan serangga

Hutan Gunung

Tanih laterit

Gunung Kinabalu (Sabah)

Pergunungan Iran (Sarawak)

Gunung Jerai (Kedah)

Gunung Tahan (Pahang)

Rafflesia, periuk kera, pokok renek, paku-pakis, lumut dan kulampair

Siamang, ular, burung, serangga, musang dan harimau dahan

 

 

3. Taburan Sumber Semula Jadi Tidak Boleh Baharu: Mineral

  • Petroleum
  • Gas asli
  • Emas
  • Arang batu
 
Sumber: Buku Teks Geografi Tingkatan 3 (KSSM)
 

 

LOKASI KEGUNAAN
Petroleum

Luar pesisir pantai Kelantan dan Terengganu

Luar pesisir pantai Sabah

Luar pesisir pantai Sarawak

Menjana tenaga elektrik

Bahan api kenderaan

Industri petrokimia

Bahan bakar

Gas asli

Luar pesisir pantai Kelantan dan Terengganu

Luar pesisir pantai Sabah

Luar pesisir pantai Sarawak

Bahan api domestik

Industri petrokimia

Bahan api alternatif untuk kenderaan

Emas

Sekitar Raub dan Kuala Lipis (Pahang)

Bau (Sarawak)

Sekitar Rusila (Terengganu)

Jongkong emas

Barangan kemas

Arang batu

Silimpopon, Maliau (Sabah)

Bintulu, Mukah, Merit-Pila, Silantek, Balingian (Sarawak)

Menjana tenaga elektrik

Melebur besi

 

 
Kepentingan Sumber Semula Jadi Dalam Pembangunan Ekonomi di Malaysia
 
 
 

 Kegiatan Ekonomi di Malaysia

 
Jenis Kegiatan Ekonomi di Malaysia
 

Kegiatan ekonomi merupakan kegiatan manusia yang menghasilkan pendapatan.

Kegiatan ekonomi di Malaysia terbahagi kepada tiga sektor iaitu:

  1. Primer
  2. Sekunder
  3. Tertier.

Sektor primer

Merupakan kegiatan yang mengeluarkan bahan mentah terus daripada sumber semula jadi

  1. Pertanian
  2. Pembalakan
  3. Perikanan
  4. Perlombongan
  5. Penternakan

Sektor sekunder

Merupakan aktiviti ekonomi yang berasaskan bahan mentah  

Memberi keutamaan dalam menukarkan bahan mentah kepada barangan siap kepada pengguna

  1. Pembuatan atau perindustrian
  2. Pembinaan

Sektor tertier

Merupakan kegiatan ekonomi yang menawarkan pelbagai perkhidmatan

Disebut sebagai sektor perkhidmatan  

  1. Pelancongan
  2. Perdagangan
  3. Pengangkutan
  4. Kewangan
  5. Pendidikan
 
Taburan kegiatan Ekonomi Utama di Malaysia
 

Sektor Primer: Sektor Pertanian

Antara contoh tanaman utama di Malaysia ialah:

  • Kelapa sawit - tanaman jualan terpenting di Malaysia
  • Getah - tanaman jualan kedua terpenting di Malaysia
Sumber: Buku Teks Geografi Tingkatan 3 (KSSM)
 
KAWASAN TANAMAN GETAH
  • Ipoh (Perak)
  • Jasin dan Merlimau (Melaka)
  • Kluang, Labis, Segamat dan Simpang Renggam (Johor)
  • Kuala Lipis dan Segi Tiga Jengka (Pahang)
  • Sibu, Marudi dan Sri Aman (Sarawak)
  • Lahad Datu, Tenom, Keningau dan Kudat (Sabah)

 

KAWASAN TANAMAN KELAPA SAWIT
  • Teluk Intan (Perak)
  • Kota Tinggi, Kulai dan Segamat (Johor)
  • Muadzam Shah dan Segi Tiga Jengka (Pahang)
  • Terengganu Tengah (Terengganu)
  • Lahad Datu, Tawau dan Sandakan (Sabah)
  • Bintulu dan Miri (Sarawak)

 

 

Sektor Sekunder: Sektor Perindustrian

Memproses bahan mentah menjadi barangan siap

Pada tahun 2016, sektor pembuatan telah meningkat sebanyak 4.4% dan menyumbang RM255 bilion (23%) kepada pertumbuhan KDNK Malaysia

Kegiatan perindustrian di Malaysia:

1. Industri berasaskan sumber

Contoh :

  • Industri berasaskan kayu
  • Industri berasaskan getah
  • Industri berasaskan kelapa sawit

2. Industri bukan berasaskan sumber

Contoh :

  • Industri elektrik dan elektronik
  • Industri automotif

3. Sektor Tertier: Sektor Pelancongan

Sektor perkhidmatan yang utama di Malaysia sejak awal tahun 1980-an  

Perkembangan sektor pelancongan meningkatkan keperluan perkhidmatan yang lain seperti :

  • Pengangkutan
  • Perhotelan
  • Perhubungan

Sumber: Buku Teks Geografi Tingkatan 3 (KSSM)
 
 
Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kegiatan Ekonomi di Malaysia
 
 

Faktor fizikal

1. Bentuk muka bumi

Bentuk muka bumi yang terdapat di Malaysia dapat mempengaruhi jenis kegiatan ekonomi yang dijalankan

Jenis bentuk muka bumi:

  • Tanah pamah
  • Tanah tinggi
  • Pinggir laut
 
JENIS BENTUK MUKA BUMI SEKTOR EKONOMI

Tanah pamah

Pertanian: Penanaman padi, getah dan kelapa sawit

Pengangkutan: Pembinaan jalan raya, jalan kereta api dan lapangan terbang

Perindustrian: Pembinaan kilang

Tanah tinggi

Pertanian:  Tanaman teh, sayur-sayuran dan bunga-bungaan

Pelancongan

Pinggir laut

Perikanan

Pelancongan

Pelabuhan

 

 

2. Tanih

Malaysia mempunyai pelbagai jenis tanih yang sesuai untuk pelbagai jenis tanaman

  • Aluvium
  • Laterit
  • Gambut
  • Pasir
  • Beris
 
JENIS TANAH TANAMAN LOKASI
Aluvium

Padi sawah

Dataran Kedah (Kedah)

Tanjung Karang (Selangor)

Laterit

Getah

Kelapa sawit

Segi  Tiga Jengka (Pahang)

Labis (Johor)

Sri Aman (Sarawak)

Tawau  (Sabah)

Gambut

Nanas

Rengit (Johor)

Pontian (Johor)

Labis (Johor)

Pasir

Gajus

Kelapa

Pantai Kelantan

Pantai Terengganu

Bagan Datoh (Perak)

Beris

Kenaf

Pasir Puteh (Kelantan)

Setiu, Marang dan Besut (Terengganu)

 

 

3. Iklim

Malaysia mengalami iklim Khatulistiwa

Purata suhu Malaysia ialah 27°C dengan jumlah hujan tahunan melebihi 2 600 mm  

Iklim yang panas dan lembap sepanjang tahun mempengaruhi jenis kegiatan ekonomi seperti:

  • Pertanian
  • Pelancongan
  • Perikanan
  • Pembalakan

Pelbagai jenis tanaman dapat hidup dengan subur seperti :

  • Padi
  • Getah
  • Kelapa sawit
  • Koko
  • Nanas
  • Kopi
  • Lada hitam

Cuaca yang sejuk dengan suhu yang sederhana, iaitu kira-kira 18°C di kawasan tanah tinggi seperti Kundasang (Sabah) dan Cameron Highlands (Pahang) amat sesuai bagi penanaman seperti:

  • Teh
  • Sayur-sayuran
  • Bunga-bungaan
 

4. Saliran

Malaysia memiliki saliran yang baik  

Kegiatan pertanian juga dapat dijalankan dengan baik

Contoh:

  • Penanaman padi memerlukan pengairan baik untuk proses penanaman seperti penanaman padi di Dataran Kedah-Perlis
  • Kegiatan pelancongan seperti Melaka River Cruise juga dapat dijalankan apabila adanya sistem saliran yang baik
 

5. Bahan mentah

Malaysia mempunyai pelbagai bahan mentah yang  diperoleh daripada sumber:

  • Mineral
  • Hutan
  • Pertanian   

Bahan mentah primer boleh diproses untuk menghasilkan barangan sekunder

Contoh bahan mentah :

  • Kayu balak - Industri perabot, papan dan kayu gergaji
  • Kelapa sawit - Minyak masak, sabun dan lilin
  • Getah - Sarung tangan dan tayar
  • Petroleum dan gas asli - Minyak pelincir, plastik dan cat
  • Kaolin - Tembikar dan jubin
  • Batu kapur - simen
 

Faktor manusia

1. Dasar kerajaan

Dasar Pertanian Negara yang berperanan memaksimumkan sumbangan sektor pertanian kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)

Pelan induk perindustrian yang berperanan merangka secara terperinci kegiatan sektor perindustrian dan sektor industri kecil untuk menghasilkan penggunaan sumber secara optimum

Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berperanan memenuhi keperluan tenaga kerja mahir

Selain itu, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) juga diwujudkan bagi menjalankan penanaman semula getah untuk pekebun kecil manakala Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) memainkan peranan untuk membuka kawasan pertanian baharu

2. Infrastruktur

Kewujudan jaringan pengangkutan yang baik memudahkan proses pengangkutan bahan mentah dari sumbernya ke kilang dan barangan siap ke pasaran

Pengangkutan yang cekap dalam sektor pertanian amat perlu bagi mengangkut barangan pertanian yang cepat rosak seperti sayur-sayuran dan buah-buahan untuk terus ke pasaran

Sistem pengangkutan dalam negara yang efisien juga diperlukan dalam sektor pelancongan, terutamanya untuk keselesaan pelancong luar negara datang melancong ke Malaysia

Kemajuan telekomunikasi negara juga telah membantu kepesatan pembangunan ekonomi melalui penggunaan Internet, telekonferens dan kemajuan ICT yang dapat mempercepatkan perhubungan antarabangsa

3. Teknologi

Kegiatan ekonomi di Malaysia bertambah maju dengan adanya penggunaan teknologi yang canggih dan moden  

Penggunaan teknologi yang canggih dan moden dapat:

  • Mempercepatkan kerja
  • Meningkatkan kualiti produk
  • Mengurangkan pencemaran
  • Menjimatkan kos
  • Meningkatkan jumlah keluaran
  • Meningkatkan keselamatan

4. Modal

Kemajuan ekonomi sesebuah negara bergantung kepada jumlah modal sedia ada

Terdapat dua jenis modal di Malaysia, iaitu modal domestik dan pelaburan langsung asing

Bagi menggerakkan kegiatan ekonomi negara, agensi yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan modal domestik adalah seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Pelaburan langsung asing pula diperoleh melalui kemasukan pelabur asing ke Malaysia dan melaburkan modal untuk membuka kilang, perniagaan dan ladang

5. Pasaran

Pasaran boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:

  • Pasaran tempatan
  • Pasaran antarabangsa

Kuasa beli pengguna yang tinggi membolehkan produk dapat dipasarkan dengan lebih banyak Lokasi pasaran tempatan meliputi kompleks beli-belah, pasar borong, kedai runcit dan gerai

6. Buruh

Tenaga buruh merujuk mereka yang berumur 15 hingga 64 tahun sama ada bekerja atau menganggur

Sehingga Mei tahun 2017, terdapat kira-kira 14.96 juta guna tenaga buruh tempatan di Malaysia

Malaysia juga menerima tenaga buruh asing dari negara luar bagi menampung kekurangan buruh dalam pelbagai sektor seperti

  • Indonesia
  • Bangladesh
  • Filipina
  • Myanmar
  • Vietnam
  • China
 
 
Kepentingan Kegiatan Ekonomi di Malaysia
 

1. Peningkatan taraf hidup

Penduduk meningkatkan taraf hidup mereka apabila melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi

Petunjuk taraf hidup boleh dilihat melalui peningkatan :

  • Jumlah pendapatan per kapita keluarga
  • Perumahan yang selesa
  • Tahap pendidikan
  • Lain-lain kemudahan

Kuasa beli, taraf kesihatan dan tahap pendidikan penduduk turut meningkat

2. Kemajuan ekonomi negara

Menyumbangkan pendapatan untuk membiayai perbelanjaan mengurus dan mentadbir negara

Pendapatan negara diperoleh daripada:

  • Cukai
  • Hasil eksport
  • Kedatangan pelancong asing
  • Keuntungan aktiviti perniagaan

Sektor perkhidmatan menjadi pemacu utama kepada pertumbuhan ekonomi di Malaysia

3. Pemindahan teknologi

Pemindahan teknologi melibatkan pemindahan kemahiran, kepakaran dan teknik dari satu negara ke  negara lain melalui proses pembelajaran, pengalaman dan  latihan

Di Malaysia,  terdapat  dua  cara  pemindahan teknologi  dilaksanakan,  iaitu:

  • Latihan  sambil  kerja
  • Penyelidikan  dan  pembangunan  (R&D)

4. Mewujudkan peluang pekerjaan

Peluang pekerjaan menyebabkan kadar  pengangguran di  Malaysia berkurangan

Prestasi eksport dan pengeluaran perindustrian yang semakin kukuh juga mewujudkan  peluang  pekerjaan dalam sektor  primer, sekunder dan tertier

5. Peningkatan infrastruktur

Peningkatan infrastruktur dan kemudahan seperti:

  • Jalan raya dan lebuh raya
  • Jalan kereta api
  • Pengangkutan udara
  • Pelabuhan
Sumber: Buku Teks Geografi Tingkatan 3 (KSSM)
 

6. Proses pembandaran (Urbanisasi)

Kegiatan ekonomi telah menyumbang kepada proses pembandaran

Perkembangan bandar akibat kegiatan perindustrian:

  • Petaling Jaya
  • Shah Alam
  • Bayan Lepas berlaku

Perkembangan bandar akibat kegiatan sektor perkhidmatan:

  • Putrajaya
  • Cyberjaya

Kepelbagaian kegiatan ekonomi menambahkan peluang pekerjaan dan menggalakkan penghijrahan penduduk luar bandar ke bandar untuk mendapatkan pekerjaan

Kemajuan ekonomi secara tidak langsung menyebabkan perkembangan dan perluasan saiz serta pertambahan fungsi bandar

7. Pengurangan import

Kegiatan ekonomi tempatan mengurangkan pergantungan negara kepada barangan import

Kerajaan telah mengambil beberapa langkah bagi mengurangkan import, iaitu:

  • Menggalakkan sektor Industri Kecil Sederhana (IKS)
  • Menggalakkan pengeluaran sektor pertanian seperti buah-buahan, sayur-sayuran, perikanan dan ternakan