Telekomunikasi di Malaysia

06 Telekomunikasi di Malaysia
   
Definisi telekomunikasi
Perkataan telekomunikasi berasal daripada perkataan Greek. ‘Tele’ bermaksud “sangat jauh” manakala komunikasi bermaksud proses untuk menghantar informasi yang melibatkan masyarakat. Oleh itu, telekomunikasi bermaksud suatu interaksi yang melibatkan jarak yang jauh antara penyampai dengan penerima
 
   
Alat Telekomunikasi di Malaysia  
   
 Gambar menunjukkan ALAT TELEKOMUNIKASI DI MALAYSIA iaitu TELEGRAF, TELEFON, MESIN FAKS, MESIN TELEKS, TELEFON BIMBIT dan TELEFON PINTAR  
 

 

 

Kemajuan Alat Telekomunikasi di Malaysia  
   
Satelit

Penerokaan dalam sistem telekomunikasi memasuki satu dimensi baharu dengan pembinaan stesen satelit bumi pertama di Kuantan (Pahang) pada 6 April 1970. Hal ini diikuti dengan pembinaan satelit bumi di Alor Gajah (Melaka), Sematan (Sarawak), Wilayah Persekutuan Labuan dan Cyberjaya (Selangor).

Satelit Asia Timur Malaysia (MEASAT)

Mewujudkan sistem televisyen satelit yang pertama, iaitu All-Asia Satellite Television and Radio Operator (ASTRO). Perkhidmatan televisyen bersatelit dan radio berbayar pertama di Malaysia. Sehingga tahun 2016, ASTRO telah menawarkan sebanyak 185 saluran televisyen dan 20 saluran radio. Siaran TV1, TV2 dan TV3 disiarkan melalui teknologi digital yang berdefi nisi tinggi (HD). Memantapkan lagi penerimaan maklumat dan informasi rakyat Malaysia.

  • MEASAT-1 (dilancarkan pada 13 Januari 1996)
  • MEASAT-2 (dilancarkan pada 13 November 1996)
  • MEASAT-3 (dilancarkan pada 12 Disember 2006)
  • MEASAT-3a (dilancarkan pada 22 Jun 2009)
  • MEASAT-3b (dilancarkan pada 12 September 2014)

TiungSAT-1 (satelit mikro)

Dilancarkan pada 26 September 2000 yang mempunyai tiga misi utama iaitu pencerapan bumi, uji kaji saintifik Cosmic Ray Energy Disposition Experiment (CEDEX) dan aplikasi komunikasi.

RazakSAT (satelit mikro)

Dilancarkan pada 14 Julai 2009, merupakan satelit mikro kedua yang berupaya membekalkan imej data yang lebih spesifik yang menggunakan kamera yang beresolusi tinggi.

 
   
Kabel fiber optik
Rangkaian telekomunikasi Malaysia meningkat maju dengan penggunaan kabel fiber optik dan gelombang mikro dan merupakan kabel berkapasiti tinggi kerana diperbuat daripada serat kaca atau plastik yang sangat halus yang digunakan untuk menyalur informasi dan memindahkan arus data dalam dunia jaringan komputer.
 
   
Telefon pintar

Telefon pintar 3G dan terkini 4G mempunyai banyak kemudahan seperti kamera beresolusi tinggi, capaian Internet, menerima dan membalas e-mel, perkhidmatan pesanan ringkas, perbualan video, telesidang dan pelbagai aplikasi yang boleh dimuat turun

Ciri-ciri rekaan luaran dan dalaman menggunakan teknologi tinggi.

Menepati kehendak dan cita rasa generasi alaf baharu.

 
   
Syarikat telekomunikasi

Telekom Malaysia (TM) telah memainkan peranan yang penting dalam usaha menyediakan telefon talian tetap dan memajukan industri telekomunikasi negara.

Usaha ini dirancakkan lagi oleh syarikat telekomunikasi swasta.

 
     
Komputer

Alat telekomunikasi yang dilengkapi dengan perisian untuk kerja-kerja seperti mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

Kewujudan jaringan Internet dan perisian komputer seperti pelayar laman web Google Chrome, Mozilla dan Internet Explorer yang berperanan besar dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

 
   
Koridor Raya Multimedia (MSC)

Perkembangan ICT telah mendorong penubuhan MSC yang berpusat di Cyberjaya.

MSC bertujuan menarik syarikat-syarikat berteknologi tinggi dengan menawarkan pengecualian cukai serta kemudahan-kemudahan lain untuk memajukan industri ICT tempatan.

 
     
Rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertanggungjawab untuk meluaskan jalur lebar ke serata pelosok negara.

Inisiatif kerajaan untuk terus memperkasakan capaian Internet dan infrastruktur telekomunikasi di seluruh negara adalah seiring dengan hasrat merealisasikan sekurang-kurangnya 95 peratus rakyat Malaysia mempunyai capaian kepada Internet.

 
   
Kepentingan Telekomunikasi di Malaysia  
  • Mengeratkan hubungan silaturahim
  • Mempercepatkan urusan
  • Dapat memberikan data dengan lebih tepat dan terperinci
  • Membolehkan penonton menyaksikan siaran langsung di televisyen
  • Maklumat dari seluruh dunia dapat diperoleh
  • Membolehkan pengurusan wang dilakukan dengan lebih efisien di seluruh dunia
  • Data dapat disimpan dengan selamat dan cepat
  • Peluang pembelajaran lebih luas melalui e-pembelajaran
  • Pentadbiran dan pengurusan negara lebih sistematik dan teratur
  • Meningkatkan integrasi dan perpaduan kaum
 
Kesan Telekomunikasi terhadap Pembangunan Negara  
   
Kesan positif Kesan negatif

Dunia tanpa sempadan: maklumat dapat diperoleh dengan mudah dan cepat melalui Internet

Peluang pekerjaan: perkembangan pesat dalam pelbagai sektor mewujudkan banyak peluang pekerjaan

e-dagang: perkhidmatan dan jual beli atas talian

e-kerajaan: rakyat dapat berurusan dengan agensi kerajaan secara lebih mudah dan cepat

Perkhidmatan telekesihatan: pesakit boleh diperiksa oleh doktor pakar secara jarak jauh menggunakan teknologi komunikasi

Telesidang: interaksi maya

Multimedia interaktif: memudahkan sistem pembelajaran

e-perbankan: urusan perbankan boleh dijalakan dimana-mana sahaja

Maklumat berunsur negatif seperti keganasan, hasutan dan khabar angin sukar ditapis.

Isu pencerobohan dan pencurian maklumat dalam sistem pangkalan data secara atas talian.

Terdapat maklumat yang tersebar di laman sesawang yang tidak tepat.

   
Penggunaan Alat Telekomunikasi Secara Beretika
 
Definisi etika
Etika merujuk prinsip dan tatacara moral atau nilai-nilai akhlak, iaitu adab dan sopan santun yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan manusia.
 

 Gambar menunjukkan etika penggunaan alat telekomunikasi iaitu Tidak menyentuh isu sensitif, Menggunakan telekomunikasi untuk perkara yang manfaat, Memastikan kesahihan sesuatu berita, Tidak mengganggu sistem komunikasi orang lain, Mendukung Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Tidak melakukan plagiat, Berhemah dan bersopan santun sewaktu berkomunikasi dan Tidak mendedahkan maklumat peribadi