Pengangkutan di Malaysia

 

Perkembangan jaringan pengangkutan di Malaysia adalah seiring dengan kemajuan ekonomi negara. Pengangkutan berfungsi sebagai medium yang menghubungkan satu lokasi dengan lokasi yang berlainan dan membolehkan manusia melakukan pergerakan. Pengangkutan yang terjalin dibentuk oleh jaringan jalan dan pengangkutan dan seterusnya membentuk pergerakan yang berlaku dalam sesebuah kawasan. Oleh itu, perkembangan pengangkutan di Malaysia perlulah seiring dengan matlamat untuk menjadikan sistem pengangkutan sebagai pengangkutan yang lestari.

 
5.1  Pengangkutan Darat di Malaysia
 
Jaringan jalan raya di Malaysia
 
  1. Malaysia mempunyai jaringan pengangkutan yang maju dan efisien.
  2. Jaringan jalan raya lebih padat di Malaysia berbanding pantai timur, Sabah dan Sarawak.
  3. Terdapat beberapa jenis jalan raya di Malaysia iaitu;
 
  • Jalan raya persekutuan
  • Jalan bandaran
  • Jalan berturap
  • Jalan tidak berturap
 
4. Lebuh raya di Malaysia pula terdiri daripada;
 
  • Lebuh raya Utara- Selatan
  • Lebuhraya Persekutuan
  • Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak
  • Lebuh raya Pantai Timur
  • Lebuh raya Timur-Barat
  • Lebuh raya Kuala Krai- Gua Musang-Kuala Lipis
  • Lebuhraya Tun Razak
  • Lebuhraya Pan Borneo (dalam pembinaan)
 
Jaringan landasan kereta api di Malaysia
 
5.  Penjajah British telah membina jaringan landasan kereta api awal di Malaysia untuk mengangkut bahan mentah seperti bijih timah.
 
6.  Oleh itu landasan kereta api yang pertama telah dibina dari Taiping ke Port Weld untuk mengangkut bijih timah.
 
7.  Landasan ini sepanjang 13 km telah dibuka pada tahaun 1885.
 
8.  Landasan kereta api utama di Semenanjung Malaysia  menganjur dari Padang Besar, Perlis ke Johor Bahru, Johor.
 
9.  Terdapat juga landasan kereta api dari Tumpat, Kelantan menganjur ke Gemas, Negeri Sembilan.
 
10.  Pusat pengangkutan rel bersepadu di Kuala Lumpur terletak di Stesen Sentral Kuala Lumpur.
 
 
5.2 Pengangkutan Udara dan Air di Malaysia
 
Lapangan terbang antarabangsa di Malaysia
 
1.  Di Malaysia terdapat sistem rangkaian lapangan terbang domestik dan antarabangsa.
 
2.  Lapangan terbang domestik dan antarabangsa ini lengkap, moden dan bertaraf dunia.
 
3.  Antara lapangan terbang yang terdapa di Malaysia ialah:
 
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Senai
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching
  • Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu
 
Pelabuhan utama di Malaysia
 
1.  Di Malaysia, pelabuhan kontena mempunyai pelbagai fungsi juga mengendalikan urusan eksport dan import.
 
2.  Antara pelabuhan yang terdapat di Malaysia ialah:
 
  • Pelabuhan Pulau Pinang merupakan pintu masuk ke Semenanjung Malaysia.
  • Pelabuhan Klang terdiri daripada dua terminal iaitu Northport dan Westport.
  • Pelabuhan Kuantan menyediakan perkhidmatan pemunggahan.
  • Pelabuhan Kontena Teluk Sepanggar merupakan pelabuhan khusus untuk mengendalikan kontena.
  • Pelabuhan Tanjung Pelepas merpakan terminal kontena paling canggih di Malaysia.
  • Pelabuhan Bintulu merupakan laluan tunggal eksport utama negara, iaitu gas asli cecair.
 
5.3  Pengangkutan Awam di Malaysia
 
1.  Terdapat tiga jenis pengangkutan awam di Malaysia iaitu darat, air dan udara. 
 
2.  Pengangkutan awam darat:
 
  • Jalan raya - Teksi, Uber, Grabcar.
  • Jalan kereta api – Monorel, KTM Komuter, KTM Antarabandar, LRT, ERL, MRT, dan ETS.
 
3.  Pengangkutan awam air:
 
  • Feri
  • Bot
 
4.  Pengangkutan awam udara:
 
Kapal terbang
 
5.4  Faktor yang Mempengaruhi Jaringan Pengangkutan di Malaysia
 
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi jaringan pengangkutan di Malaysia, antaranya ialah:
 
  1. Bentuk muka bumi
  2. Kemajuan teknologi
  3. Dasar kerajaan
  4. Kegiatan ekonomi.
 
5.5  Kepentingan Pengangkutan Darat, Udara dan Air di Malaysia
 
Terdapat beberapa kepentingan pengangkutan di Malaysia antaranya ialah:
 

Jenis Pengangkutan

Kepentingan

Darat

  • Jalan raya- Laluan kenderaan bermotor, mempercepat dan memendekkan masa perjalanan.

Air

  • Membawa penumpang dan barangan ke kawasan pedalaman.
  • Menyediakan pengangkutan untuk penduduk di pedalaman.
  • Memajukan perdagangan domestik dan antarabangsa.

Udara

  • Integrasi nasional terjalin.
  • Membawa penumpang, menggalakkan industri pelancongan dan  membawa barangan.
  • Memendekkan masa perjalanan.
 
5.6  Kepentingan Pengangkutan Awam di Malaysia
 
1.  Terdapat beberapa kepentingan pengangkutan  awam di Malaysia antaranya ialah:
 
  • Mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas
  • Membangunkan industri pelancongan
  • Membangunkan industri pelancongan
  • Mengurangkan kos pengangkutan masyarakat
  • Meningkatkan darjah ketersampaian
  • Mewujudkan peluang pekerjaan yang baharu.
 
5.7  Amalan Pengangkutan Lestari
 
1.  Antara penerapan amalan pengangkutan lestari ialah:
 
  • Penggunaan kereta hybrid dan elektrik
  • Berkongsi kereta
  • Penggunaan pengangkutan awam
 
2.  Kepentingan sistem pengangkutan lestari ialah:
 
  • Mengurangkan kos bahan api
  • Kesesakan lalu lintas dapat dielakkan
  • Pelepasan bahan pencemar ke udara dapat dikurangkan
  • Kemusnahan flora dan fauna dapat diminimumkan
  • Hakisan dapat dikurangkan
  • Keselamatan pengangkutan awam dapat dikurangkan