Isu dan Pengurusan Alam Sekitar

 

 Sumber Air

 
Jenis-jenis Sumber Air
 

Malaysia menerima jumlah hujan yang tinggi sepanjang tahun, iaitu kira-kira  2 500 mm hingga 3 000 mm setahun.  

Malaysia kaya dengan dua sumber air, iaitu:

  • Air permukaan
  • Air bawah tanah.

Sumber air permukaan adalah sumber air utama

Sebahagian kecil sahaja sumber air bawah tanah digunakan

Secara  umumnya, 97% sumber air negara adalah daripada air permukaan

 

Air Permukaan 

  • Didapati di permukaan daratan.
  • Air hujan akan mengalami beberapa proses hidrologi seperti:
  1. Intersepsi
  2. Infiltrasi.
  • Air hujan mengalir di permukaan bumi sebagai air permukaan  yang akan sampai ke sistem saliran seperti:
  1. Sungai
  2. Empangan
  3. Tasik.
  • Sungai merupakan sumber air utama untuk:
  1. Kegunaan harian
  2. Industri
  3. Sumber pengairan bagi pertanian.
  • Terdapat lebih kurang 150 lembangan sungai utama di Malaysia yang membekalkan sumber air mentah negara.

 

Sungai Yang Membekalkan Sumber Air Utama Di Malaysia
  • Sungai Kelantan, Kelantan
  • Sungai Rajang, Sarawak
  • Sungai  Pahang, Pahang
  • Sungai Muda, Kedah
  • Sungai Kinabatangan, Sabah

 

Tasik Yang Membekalkan Sumber Air Utama Di Malaysia
  • Tasik Banding, Perak
  • Tasik Kenyir, Terengganu
  • Tasik Bera, Pahang
  • Tasik Chenderoh, Perak

 

 

Air bawah tanah

  • Air yang tersimpan dalam lapisan tanah atau batuan yang terletak di bawah permukaan bumi.
  • Malaysia mempunyai kira-kira 5 000 bilion meter padu simpanan air bawah  tanah  yang  belum  diterokai
  • Hanya tiga peratus air bawah tanah yang digunakan di Malaysia.
 
Punca Krisis Air Di Malaysia
 

Merujuk  kepada  situasi  kekurangan  sumber  air  yang  dapat  digunakan.

Krisis  air pernah berlaku di Malaysia seperti di  Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur pada tahun 2014.

 
Kesan Krisis Air Di Malaysia
 

 
Langkah Mengurangkan Kesan Krisis Air 
 
 

 

 

 Sisa Domestik

 
Jenis Sisa Domestik
 

Sisa domestik terdiri daripada pepejal dan cecair yang boleh dikategorikan sebagai:

  • Bahan organik
  • Bahan bukan organik.
 
Bahan Organik Bahan Bukan Organik
  • Sisa makanan
  • Sisa kebun
  • Kertas
  • Tin
  • Plastik
  • Besi buruk
  • Kaca
 
Sisa-sisa Bahan Domestik Di Malaysia
 

Sisa domestik di Malaysia dikenali sebagai sisa yang terhasil dari kawasan perumahan

Sisa domestik ini terdiri daripada:

  • Sisa pepejal
  • Sisa cecair.
 
Sisa Pepejal Sisa Cecair
  • Sisa makanan
  • Plastik
  • Kertas
  • Logam
  • Perabot
  • Lampin pakai buang
  • Minyak masak
  • Kumbahan
 
Kesan-kesan Pembuangan Sisa Domestik Di Malaysia
 

Alam sekitar akan mengalami:

  • Kemusnahan secara berperingkat
  • Seterusnya memberi kesan secara langsung kepada hidupan lain

Kesan-kesan ini termasuklah berlakunya :

  • Pencemaran
  • Penularan wabak penyakit
  • Kejadian banjir kilat  
  • Kesan kepada  sosioekonomi
 

Pencemaran

Pencemaran air

  • Sumber air terutamanya sungai akan tercemar apabila sampah sarap dibuang ke kawasan sumber air

Pencemaran udara

  • Udara tercemar disebabkan pembakaran sisa domestik di tapak pelupusan sampah

Pencemaran bau

  • Timbunan sisa domestik yang tidak diurus dengan baik menyebabkan bau
 

Wabak penyakit

Sisa pembuangan sampah secara langsung dapat menjadi tempat penularan  wabak penyakit yang disebarkan oleh haiwan seperti tikus, lipas dan lalat

Sebagai contoh:

  • Penyakit taun
  • Demam denggi
  • Malaria
  • Zika
  • Rotavirus.
 

Peningkatan kos penyelenggaran

Peningkatan jumlah sisa domestik akan meningkatkan kos penyelenggaraan yang diuruskan oleh pihak kerajaan khususnya pihak berkuasa tempatan (PBT)

Kos penyelenggaraan yang perlu dibiayai oleh PBT melibatkan:

  • Kos penyelenggaraan tapak pelupusan
  • Baik pulih kemusnahan
  • Perawatan air tercemar
  • Gaji pekerja pembersihan.
 

Banjir kilat

Membuang sisa domestik ke dalam longkang, parit dan sungai akan menyebabkan aliran air tersekat.

Apabila hujan lebat, jumlah air meningkat secara mendadak sehingga menyebabkan banjir kilat berlaku.

 
Langkah-langkah Mengurangkan Kesan Pembuangan Sisa Domestik
 

Antara  langkah - langkah mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik

  1. Amalan 3R
  2. Penggunaan Teknologi Terkini
  3. Penguatkuasaan Undang-undang
  4. Pendidikan
  5. Kempen
 

Amalan 3R

Penerapan amalan 3R dapat mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik iaitu:

Kurangkan  (Reduce)

  • Mengurangkan apa-apa yang boleh menyebabkan sampah seperti penggunaan beg plastik dan bekas polistirena.

Guna semula (Reuse)

  • Menggunakan semula bekas minuman, surat khabar, majalah atau mendermakan bukubuku dan pakaian.

Kitar semula (Recycle)

  • Menghasilkan barangan baharu daripada barangan terbuang seperti penghasilan kraf tangan dan baja kompos

Masyarakat seharusnya dididik untuk memahami konsep amalan berkenaan.

 

Penggunaan teknologi terkini

Loji Waste to Energy (WtE)

  • Merupakan teknologi terkini yang mampu - mengurangkan sisa yang perlu dihantar ke tapak pelupusan sehingga 85%
  • Mampu mengurangkan pencemaran bau berbanding tapak pelupusan sedia ada.

Penciptaan pinggan daripada ubi kayu dapat menggantikan pinggan polistirena  dan mengurangkan kesan pembuangan sisa domestik.

 

Penguatkuasaan undang - undang

Pihak berkuasa tempatan (PBT) mengenakan denda dan hukuman yang lebih berat bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat.

Akta untuk menguruskan sisa domestik dengan baik dan sistematik.:

  1. Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672)
  2. Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 673)
 

Pendidikan

Program pendidikan tentang penjagaan alam sekitar telah diterapkan kepada generasi muda  terutama dari peringkat awal.

Mata pelajaran geografi dan sains dapat memupuk kesedaran dalam kalangan murid.

Pelbagai aktiviti seperti kitar semula boleh dilaksanakan sebagai aktiviti tambahan di sekolah.

 

Kempen

Pelbagai kempen telah dijalankan oleh agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan orang perseorangan.

Kempen-kempen dijalankan secara menyeluruh melalui pelbagai media sosial.

Jabatan Alam Sekitar telah menjalankan pelbagai kempen seperti Kempen Kesedaran Alam Sekitar, Kempen 3R dan Kempen Cintai Sungai Kita.