01: Ayat Sama Maksud

 
1 Ayat Sama Maksud
 
DEFINISI
 
Ayat sama maksud ialah ayat yang menyampaikan maksud yang sama tetapi menggunakan susunan ayat yang berbeza.
 
 
Gambar sebuah rajah:   DEFINISI Ayat Sama Maksud ialah ayat yang menyampaikan maksud yang sama tetapi menggunakan susunan ayat yang berbeza.  CONTOH  AYAT SAMA MAKSUD Siapa? : Ayah Firash. Apa? : Melarang Firash bermain. Di mana? : Di jalan raya.  AYAT LARANGAN Ayah melarang Firash bermain di jalan raya. Ayat sama maksud:
 
Nota

 

  • Pelajar perlulah memahami setiap perkataan dalam ayat soalan terlebih dahulu.
  • Pelajar juga boleh menggunakan kaedah ayat songsang.
 

Tips menulis ayat sama maksud ialah gunakan kaedah kata tanya :

  1. Apa
  2. Siapa
  3. Bila/ Mengapa/ Bagaimana/ Di mana
 
Contoh Ayat Sama Maksud

 

Syuhada menyelesaikan kerja yang diberikan oleh Cikgu Aisyah dalam masa setengah jam sahaja.

 

 

Dalam masa setengah jam, kerja yang diberi oleh Cikgu Aisyah dapat disiapkan oleh Syuhada.

 

 

Sungai-sungai di negara ini semakin tercemar kerana tindakan manusia yang tidak bertanggungjawab untuk menjaga kualiti alam sekitar.

 

 

Sikap manusia yang sering mengabaikan peranan terhadap alam sekitar telah menyebabkan sungai-sungai sentiasa tercemar.