06: Kata Kerja

 
6 Kata Kerja
 
DEFINISI
 
Kata kerja yang digunakan untuk menyatakan sesuatu perbuatan. Dalam sesebaris ayat, kata kerja berfungsi sebagai predikat. 
 

 

Kata Kerja Menengah Atas hanya terbahagi kepada 2, iaitu Kata Kerja Transitif (KKT) dan Kata Kerja Tak Transitif (KKTT).

 
 Gambar sebuah diagram: Kata Kerja Transitif Boleh dipastikan ✔ Ada objek selepas Kata Kerja VS Kata Kerja Tak Transitif X Tidak dapat dipastikan X Tiada objek (kata nama) selepas kata kerja
 
Kata Kerja Transitif (KKT)

 

Ciri-ciri KKT :

  1. Boleh dipastikan
  2. Ada objek selepas Kata Kerja

Contoh : Siti membawa kamus (objek) ke sekolah.

 

Kata Kerja Transitif boleh dipasifkan.

Contoh:

Ayat Aktif Ayat Pasif
Ah Moi sedang membasuh kain di dalam bilik air.  Kain sedang dibasuh oleh Ah Moi di dalam bilik air. 
Pekerja-pekerja sedang memperlebar jalan raya.  Jalan raya sedang diperlebar oleh pekerja-pekerja.
Ibu menidurkan adik di dalam kamar. Adik ditidurkan oleh ibu di dalam kamar.
Kami makan kentang goreng itu. Kentang goreng itu dimakan oleh kami. 
Tuan Hakim menjatuhi pengedar dadah itu hukuman mati mandatori.  Pengedar dadah itu dijatuhi hukuman mati mandatori oleh Tuan Hakim. 

 

Kata Kerja Tak Transitif (KKTT)

 

Ciri-ciri KKTT :

  1. Tidak dapat dipastikan
  2. Tiada objek (kata nama) selepas kata kerja

Contoh : Siti berehat di bawah pokok. (pelengkap)

 

Kata Kerja Tak Transitif tidak boleh dipasifkan.