05: Kata Hubung

5  Kata Hubung
 
 DEFINISI

 Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan perkataan yang lain supaya menjadi ayat majmuk. 
Antara contoh kata hubung yang biasa digunakan ialah dan, sambil, manakala, lalu dan kerana.

 

Kata hubung boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu

Kata Hubung Gabungan
 
Kata hubung gabungan ialah kata hubung yang digunakan untuk menggabungkan dua ayat atau lebih yang sama penting kedudukan dan sifatnya
Ayat yang terhasil dari gabungan ini disebut sebagai ayat majmuk gabungan.
 
Berikut adalah contoh kata dan ayat hubung gabungan:
 
Kata Gabungan Contoh Ayat
kecuali Semua murid ke kelas tambahan itu kecuali Irfan. 
serta Siti seorang pelajar yang pandai serta rajin menolong orang lain.
sambil Ali sedang membaca buku sambil mendengar lagu.
atau Kamu mahu makan tengah hari atau tidak ?
 
Kata Hubung Pancangan
 

Kata hubung pancangan berfungsi untuk menyambungkan satu ayat induk dengan satu atau lebih ayat kecil.

Kata hubung pancangan boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:

  1. Kata Hubung Pancangan Relatif
  2. Kata Hubung Pancangan Komplemen
  3. Kata Hubung Pancangan Keterangan
 

1. Kata Hubung Pancangan Relatif 

 
Kata hubung pancangan relatif ialah kata yang menghubungkan klausa utama dengan satu klausa yang kecil.  
Bentuk kata hubung yang digunakan dalam kata hubung ini ialah 'yang'.
 

Berikut adalah contoh ayat dalam kata hubung pancangan relatif:

  • Buku yang dikarang oleh Ali itu adalah buku bahasa melayu.
  • Restoran yang mementingkan kebersihan itu digemari oleh para pelanggan.
 

2. Kata Hubung Pancangan Komplemen 

 
Kata hubung pancangan komplemen menghubungkan satu klausa sebagai pelengkap kepada satu klausa utama. 
Antara contoh kata komplemen atau pelengkap yang sering digunakan ialah "bahawa" dan "untuk".
 

Berikut adalah contoh ayat dalam kata hubung pancangan komplemen:

  • Pihak bomba telah memberitahu bahawa kejadian kebakaran itu berpunca dari litar pintas.
  • Adik memberitahu ibu bahawa dia tidak ke sekolah hari ini kerana sakit.
  • Pak Abu mempunyai dusun durian yang paling besar di kampung ini.
  • Pelajar yang berjaya dalam peperiksaan akhir tahun itu diberikan hadiah oleh pengetua sekolah.
 

3. Kata Hubung Pancangan Keterangan 

 
Kata hubung pancangan keterangan berfungsi untuk memberi keterangan dengan menghubungkan klausa pertama dan klausa yang jadi penerangan. 
Antara contoh kata yang sering digunakan dalam kata hubung pancangan keterangan ialah kerana, agar, apabila, sekiranya, sementara, setelah, semenjak dan ketika.
 
Berikut adalah contoh kata hubung pancangan keterangan dan kegunaannya:
 
Menerangkan Waktu
sesudah Sesudah makan Ali menyambung tugas beliau.
setelah  Setelah 8 jam perjalanan akhirnya kami sampai jua ke destinasi.
sampai Ali sampai ke sekolah pada pukul 7 pagi.
selama  Selama 11 tahun merantau akhirnya dia pulang ke kampung halaman.

 

Menerangkan Syarat Atau Situasi 
jika "Jika kamu nak mainan tersebut kamu perlu dapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan" pesan mak kepada adik.
andai kata Andai kata mereka tidak dapat datang ke mesyuarat hari ini kita terpaksa meneruskan tanpa mereka.
sekiranya Sekirannya Siti tidak dapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan kali ini dia akan masuk ke kelas tambahan.

 

Menerangkan Akibat
hingga Aminah mengulang kaji pelajaran hingga matanya kemerah-merahan akibat kurang tidur.
sehingga Dia tidak makan sehingga dia jatuh sakit.

 

Menerangkan Sebab Berlakunya Sesuatu Kejadian
kerana Kerana kejadian rompakan yang berlaku pada malam semalam penduduk kawasan rumah ini menjadi lebih berhati-hati terutama pada waktu malam.
sebab Abu tidak hadir ke sekolah sebab dia tidak sihat.

 

Menerangkan Perbandingan
seperti Dia seperti cacing kepanasan apabila ditanya oleh pihak polis.

 

Menerangkan Sesuatu Perbuatan
walaupun Walaupun sudah diberi amaran oleh guru disiplin namun Iqmal masih lagi membuli pelajar-pelajar lain.
meskipun Meskipun kepenatan dia masih meneruskan kerja yang diberikan oleh majikannya.

 

Menerangkan Harapan Yang Boleh Capai Apabila Melakukan Sesuatu Perkara
agar 'Belajarlah rajin-rajin agar kamu boleh berjaya dalam pelajaran" pesan ibu kepada kami.
supaya Ibu membersihkan halaman rumah supaya kelihatan bersih.

 

Keterangan Tujuan Digunakan Untuk Menerangkan Maksud Sesuatu Perbuatan
bagi Bagi menjaga keselamatan para pelajar pihak sekolah telah memperkenalkan beberapa peraturan baru.
demi Hakim bersengkang mata untuk belajar demi untuk berjaya dalam peperiksaan.
 
Kata Hubung Berpasangan
 
Kata hubung berpasangan ialah kata hubung yang digunakan secara berpasangan dalam satu ayat. Kata hubung ini selalu terdiri daripada gabungan kata hubung pancangan dan kata hubung gabungan. Beriku ialah ayat dan contoh kata hubung.
 
Perkataan Contoh ayat
Bukan sahaja\(\underline{\hspace{1cm}}\) bahkan juga Abu bukan sahaja tidak pandai dalam pelajaran bahkan juga seorang yang pemalas
Daripada \(\underline{\hspace{1cm}}\) lebih baik Daripada membuang masa dengan melepak lebih baik saya menolong ubu berniaga.
Walaupun \(\underline{\hspace{1cm}}\) namun Walaupun Ah Chong buta huruf namun beliau masih memastikan bahawa semua anaknya berjaya dalam pelajaran.
Sama ada \(\underline{\hspace{1cm}}\) ataupun Pihak sekolah meminta sama ada ibubapa ataupun penjaga murid-murid untuk hadir ke majlis yang akan diadakan.
Bukan sahaja \(\underline{\hspace{1cm}}\) malah Aiman bukan sahaja seorang pelajar yang pandai malah dia seorang yang aktif dalam bidang sukan.