01: Ayat sama maksud

 
1 Komponen Ayat Sama Maksud
 
DEFINISI
  • Ayat sama maksud ialah ayat yang menyampaikan maksud yang sama tetapi menggunakan susunan ayat yang berbeza
  • Ayat sama maksud datang dalam pelbagai jenis ayat seperti ayat perintah, ayat penyata dan ayat tanya 
  • Terdapat beberapa elemen yang perlu dikenal pasti sebelum menukarkan ayat asal ke ayat yang lain tapi membawa maksud yang sama. Contoh boleh dilihat di bawah
 
 
Contoh Ayat Yang Sama Maksud 
  • Di bawah adalah contoh ayat yang telah ditukar tetapi membawa maksud yang sama seperti ayat yang asal. 
 
 Ayat Sama Maksud Elemen Yang Dikenal Pasti
Amin dilanggar oleh sebuah motosikal semasa dia hendak melintas jalan raya.
Semasa hendak melintas jalan raya, Amin dilanggar oleh sebuah motosikal.

Siapa: Amin dan sebuah motosikal

Apa : Amin dilanggar oleh motosikal 

Bila: Semasa hendak melintas jalan raya

Kawasan kebun datuk nampak bersih dan tenang kerana baru dibersihkan oleh ayah.
Kawasan kebun datuk yang baru dibersihkan oleh ayah nampak bersih dan tenang

Siapa: Datuk dan ayah

Apa: membersihkan kawasan kebun

Bila: Baru ini

"Suruh Siti berjumpa dengan saya di bilik guru selepas waktu rehat." Kata Cikgu Amira kepada Ros.
Cikgu Amira menyuruh Ros untuk memberitahu Siti supaya untuk berjumpa dengannya di bilik guru selepas waktu rehat

Siapa: Cikgu Amira bercakap dengan Ros

Apa: Menyuruh Ros untuk memberitahu Siti untuk berjumpa dengannya di bilik guru

Bila : Selepas waktu rehat

Siti mengajak Amira untuk menonton cerita baharu itu di wayang pada minggu depan.
Amira diajak untuk menonton cerita baharu itu di wayang pada minggu hadapan oleh Siti

Siapa: Siti dan Amira

Apa: Mengajak untuk menonton wayang

Bila : Pada minggu hadapan